Sumber : Google |
1. Pertama sekali anda mestilah mempunyai cita-cita. Sebab itu sejak dari sekolah rendah lagi anda sudah ditanya mahu bekerja sebagai apa apabila besar nanti.
2. Setelah anda mempunyai cita-cita, barulah anda boleh memilih kursus pengajian di universiti. Daripada kursus pengajian inilah anda akan menentukan apakah bentuk pekerjaan yang akan anda lakukan setelah tamat pengajian nanti.
3. Semasa memilih kursus di universiti, pastikan anda mengetahui skop kerja dalam kursus tersebut. Contohnya, jika anda mengambil kursus bahasa Melayu di universiti, jadi skop kerja anda pastilah guru, editor, pensyarah, penterjemah, wartawan dan sebagainya.
4. Seandainya anda belajar kursus lain dan anda ingin bekerja dalam bidang yang lain, pastikan bidang pekerjaan anda itu tidak berada dalam bentuk teknikal. Hal ini kerana, perkara tersebut akan menyusahkan diri anda sendiri. Misalnya, anda belajar dalam kursus perakaunan tetapi anda ingin bekerja sebagai pegawai perubatan. Pemilihan kerja anda itu bukan sahaja terlalu jauh dengan kursus yang anda ambil, malah akan menyulitkan diri anda sendiri.
5. Bukan semua kelayakan atau kursus yang anda ambil di universiti itu sesuai untuk semua bidang pekerjaan. Contohnya, orang yang belajar dalam kursus kejuruteraan, mereka boleh menjadi Pegawai Pelaburan (Investment Manager) tetapi orang yang belajar perakaunan tidak boleh bekerja dalam bidang kejuruteraan.
6. Bagi memasuki bidang pekerjaan yang luar daripada kelayakan/kursus/ijazah, pastikan anda mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pekerjaan tersebut.
7. Semasa temuduga, pastikan anda mempunyai kelebihan yang berbeza dengan orang yang sememangnya mempunyai kelayakan/kursus/ijazah dalam bidang pekerjaan yang anda mohon itu. Dan anda juga mesti tahu bagaimana untuk membuktikan kelebihan yang anda ada itu.
8. Anda juga harus tahu tentang kemahiran tambahan yang anda ada dalam kelayakan/kursus/ijazah untuk anda memohon kerja yang di luar daripada kelayakan anda itu. Contohnya, bagi orang yang mempunyai kelayakan dalam bidang kejuruteraan tetapi mereka ingin bekerja sebagai Pegawai Pelaburan, kemahiran tambahan yang dia ada adalah dari segi pemasaran kejuruteraan (engineering market). Dia juga mempunyai kemahiran untuk bercakap dengan jurutera. Oleh yang demikian, dia boleh menarik pelanggan daripada firma kejuruteraan.
9. Pendek kata, anda mestilah tahu mengapa anda adalah calon terbaik untuk bekerja dalam bidang yang di luar kelayakan/kursus/ijazah anda. Seandainya anda mengetahuinya, pastilah mudah untuk anda bertukar kerjaya daripada kelayakan/kursus/ijazah yang anda ada.
10. Untuk pengetahuan anda, laman web Maukerja sekarang ini menyediakan platform untuk anda bekerja secara separuh masa atau part time jobs. Maukerja juga ada menyediakan e-recruitment yang selalu membantu job seeker mencari peluang pekerjaan. Anda bolehlah ke laman web mereka untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.