Rabu, 3 Mei 2017

SONETA UNTUK BUDI

Image result for budi bahasa


Kerana Tuhan yang punya budi,
Kita bisa lahir ke atas bumi,
Kerana ibu bapa yang punya budi,
Kita bisa hidup sehingga ke hari ini,
Kerana guru yang punya budi,
Kita menjadi bijak bestari.


Jika ingin menjadi orang berbudi,
Adat dan budaya jangan ditinggal pasti,
Yang kurik itu kundi yang merah itu saga, 

Jika baik budi maka akan indahlah bahasa. 

Bila berhujah gunalah akal budi,
Bila bergurau gunalah hati budi,
Bila berkelahi gunalah budi pekerti,
Bila mengkritik gunalah budi bahasa,
Bila bermasalah gunalah budi bicara.


Jika manusia berakarkan budi,
Pasti dunia selamat dan harmoni,
Jika hidup tidak berbudi,
Umpama pokok yang sudah mati. 


Jangan segan menabur budi,
Walau hanya sekadar mimpi,
Mungkin mimpi menjadi realiti,
Hidup Melayu mengenang budi.


Related Posts:

  • SAJAK : CUKUP CUKUPLAH KAWAN Jangan hanya kerana sebuah tempat, Kita bergaduh bersama sama, Jangan kerana satu teguran, Kita mencetuskan api persengketaan. Kenapa kita mesti ber… Read More
  • SAHABAT BLOGGER Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* … Read More
  • SAJAK : KALIAN SERING BEGITU Kalian sering begitu, Sering meninggalkanku, Meninggalkan aku kesepian, Meninggalkan aku bersendirian, Sedangkan kalian, Berseronok kegembiraan. … Read More
  • APA GUNA? Gambar Hiasan Apa guna punya anak seribu, Jika seorang pun tidak bisa membantu, Apa guna punya banyak harta, Jika dibenci oleh sanak saudara, Wa… Read More
  • BUKAN AKU TIDAK MAHU IKUT KAMU Sumber : Google Jangan kau marah diriku, Kerana tidak bisa mengikutimu, Bukan kerana aku tidak suka, Bukan pula kerana aku tidak rela, Tetapi a… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.