Rabu, 31 Mei 2017

CARA MUDAH MERAIH POPULARITI



Image result for justin bieber
Sumber : Google


Tiada ramai orang di dunia ini yang tidak suka akan populariti. Yang tidak suka populariti itu ada tetapi mereka adalah golongan minoriti. Ahli politik, ahli perniagaan, dan selebriti adalah golongan manusia yang suka akan populariti. Mengapa mereka amat suka dengan populariti? Kerana dengan popularitilah mereka boleh mendapat bermacam perkara di dunia ini. Wang dan kuasa misalnya, boleh disedut dengan sebanyaknya melalui populariti.


Sebab itulah kebanyakkan manusia berusaha untuk meraih populariti. Mereka meraih populariti itu dengan bermacam cara. Sama ada cara itu baik atau buruk itu sudah jatuh ke soal yang nombor dua. Yang penting populariti itu mesti datang segera agar mereka boleh memanfaatkannya.


Di zaman moden ini untuk meraih populariti itu mudah sahaja. Dengan berbekalkan wajah kacak dan cantik, anda sudah boleh meraih populariti dengan sebanyaknya. Cuma anda perlu tahu cara sahaja untuk menyalurkan wajah kacak dan cantik yang anda ada itu untuk meraih populariti dengan segera. 


Kebanyakkan anak muda yang berwajah kacak dan cantik ini, mereka menggunakan media sosial untuk meraih populariti. Cukup sekadar mereka tempelkan wajah kacak atau cantik mereka di media sosial seperti Twitter misalnya, kemudian mereka tulis atau taip perkara perkara yang ramai orang suka, pasti mereka akan meraih populariti dengan segera. Yang penting wajah kacak dan cantik itu memang perlu ada.      

Jika mahu meraih populariti yang lebih tinggi, cetuskanlah perkara-perkara yang bersifat kontroversi. Hinalah mana-mana agama dan bangsa orang lain (misalnya) tanpa sekelumit pun perasaan berdosa atau bersalah di dalam hati. Dengan penuh yakin, dalam tempoh satu hari sahaja anda akan meraih begitu banyak populairiti. Populariti itu datang daripada orang ramai yang menyokong dan menghentam anda di media sosial dengan begitu banyak sekali. 


Manusia yang meraih populariti dengan cara sebegini risikonya amat tinggi. Selain dimaki hamun oleh orang ramai setiap hari, dikenakan tindakan undang-undang itu sudah pasti. Orang yang meraih populariti dengan cara begini adalah orang yang berani mati!

Satu lagi cara mudah untuk meraih populariti adalah dengan menjadi selebriti. Menjadi selebriti pada zaman sekarang tidak susah seperti dahulu lagi. Jika anda punya bakat sebagai penyanyi, dikurniakan pula dengan wajah yang kacak atau cantik sekali, pasti anda mudah untuk meraih populariti. Gunalah media sosial seperti Youtube dan Smule misalnya, untuk pamerkan bakat yang anda ada. Bagi meraih populariti dengan cara begini, bakat sahaja tidak mencukupi, wajah kacak atau cantik itu pun diperlukan sekali. Jika wajah anda tidak cantik atau tidak kacak, sukar untuk populariti anda naik dengan mendadak. 


Seorang selebriti memang sangat sangat memerlukan populariti. Bermacam cara untuk seseorang selebiriti itu boleh meraih populariti. Sama ada mereka memperagakan wajah kacak atau cantik mereka, atau cukup mereka mencetuskan kontroversi sahaja, itu sudah cukup untuk mereka meraih populairiti dengan sebanyaknya. Dengan menggunakan bakat mereka sebagai selebriti juga boleh membantu mereka untuk meraih populariti. Tetapi itu pun terpulang kepada tuah nasib tuan empunya diri.


Selebriti yang bergantung kepada bakat sahaja dan tidak paras rupa, ada di antara mereka yang boleh bertahan lama. Tetapi selebriti begini memang tidak ramai di dalam dunia. Kebanyakkan selebriti memang bergantung kepada rupa semata-mata untuk meraih populariti dan bertahan lama. Tetapi bakatnya sebagai selebriti itu langsung tidak boleh dibawa ke mana-mana.  


Yang paling penting dalam dunia seni ini adalah bakat dan kualiti sebenarnya. Tetapi mesyarakat kita ini lebih suka memandang paras rupa selebriti itu sahaja. Selebriti yang kacak atau cantik tetapi tidak berbakat dan berkualiti lebih mudah diterima. Selebriti yang tidak kacak atau cantik tetapi berbakat dan berkualiti akan terpinggir begitu sahaja. Sebab itulah seni hiburan kita tidak ke mana mana dan masih lagi berada di takuk yang lama. 


Selebriti yang mempunyai wajah yang kacak dan cantik serta berbakat dan berkualiti pula, selebriti inilah yang mesti diterima dan disokong oleh semua. Untuk mencari selebriti sebegini pun begitu sukar sebenarnya. Tetapi jika ada, pastilah selebriti sebegini adalah selebriti yang amat berjaya.  Contoh terdekat adalah Datuk Siti Nurhaliza misalnya. 


Populariti itu memang dikehendaki. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemajuan diri dalam sesuatu pekerjaan yang diceburi. Tetapi populariti itu perlu dilihat bagaimana cara ia diperolehi. Jika cara mendapatkan populariti itu adalah dengan cara yang tidak baik, maka populariti yang diperolehi itu pun pastinya datang dengan amat jelik!


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.