Ahad, 22 Mei 2016

DRAMA : MAAF MASIH DI HATI BAB 4, 5, DAN 6



 

BABAK 4 : DI BILIK GURU
Nota : Pada waktu tengah hari
Amirah : Kenapa kau termengah mengah ni Aida? Kau berlari dari mana ni? Ada orang kejar kau ke?
Aida : Bukanlah. Aku ada berita penting ni nak bagitahu kat kau. (tercungap-cungap)  
Amirah : Berita penting? Apa dia? Cakaplah.
Aida : Kau ingat tak Danish? Budak lelaki yang handsome gila tu lepas tu dapat straight A dalam SPM tahun lepas?
Amirah : Ohhh Danish…mestilah aku kenal. Dia selalu datang tuisyen kat rumah aku kot dulu. Aku la yang ajar dia Matematik Tambahan masa dia SPM tahun lepas. Kenapa dengan dia?
Aida : Dia terlibat dalam kemalangan ngeri pagi tadi. Cuba kau baca kat akhbar ni. (beri akhbar kepada Amirah)
Amirah : (Seusai membaca) Haah la…Astaghfirullahalazim. Kesiannya dia.
Aida : Kesian kan? Muda muda lagi dah meninggal. Eh kau tahu tak sekarang dia belajar kat mana?
Amirah : Yang aku tahu, lepas habis SPM hari tu, dia sambung belajar kat UIA. Ambil Asasi Undang Undang.
Aida : Oh macam tu. Haihh, kesian kat budak ni. Baru lapan belas tahun dah menemui ajal. Semoga Allah mencucuri rahmat rohnya dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.
Amirah : Amin…begitulah hendaknya.

BABAK 5 : DI BILIK TIDUR AMIRAH DAN HAZIQ
Nota : Pada waktu malam
Haziq : Awak ada baca akhbar pagi tadi?
Amirah : Ada. kenapa bang?
Haziq : Ni berita pasal budak Danish yang terlibat dalam kemalangan ngeri tu. Budak Danish tu budak yang selalu datang ke rumah ni kan yang selalu tuisyen Matematik Tambahan dengan awak tu.
Amirah : Haah betul tu bang.
Haziq : Kesian kan dengan budak tu? Muda muda lagi dah meninggal. Haihh, takut saya bila baca berita berita pasal kemalangan ngeri ni. .
Amirah : Dah ajal bang, nak buat macam mana. Bukankan jodoh dan ajal tu di tangan Tuhan?  
Haziq : Betul tu. Hmmm… (tersengih-sengih sambil memandang ke arah Amirah)
Amirah : Kenapa abang sengih sengih pandang saya ni? (bingung)
Haziq : Takdelah, sebenarnya abang gembira sangat sangat sayang. Sebab kita nak dapat baby baru tak lama lagi.
Amirah : Saya pun gembira juga tapi… saya ada sesuatu yang perlu saya beritahu pada abang. (kelihatan risau dan takut takut)
Haziq : Apa dia? Cakaplah. (fokus pada Amirah)
Amirah : Tapi abang kena janji yang abang takkan marah saya.
Haziq : Okay abang janji. Apa dia?
Amirah : Janji betul betul dulu.
Haziq : Ya sayang, abang janji abang takkan marah. Cakap je la.
Amirah : Sebenarnya…
Haziq : Sebenarnya apa sayang? Cakaplah cepat. Abang dah tak sabar ni. (teruja)
Amirah : Sebenarnya baby yang saya kandung ni bukan anak abang. (menegur air liur kerana takut)
Haziq : Hah? Apa awak cakap?! (suara menjadi keras dan terkejut)
Amirah : Maafkan saya bang. Saya rasa berdosa sangat. Ampunkan saya bang. (menangis teresak-esak)
Haziq : Kejap kejap. Saya tak faham. Ulang baik apa yang awak cakap tadi? (sudah mula mahu marah)  
Amirah : Baby yang saya kandung ni sebenarnya bukan anak abang. Tapi anak Danish. Maafkan saya bang sebab berlaku curang dengan abang. Saya minta maaf banyak banyak. Saya terlalu mengikut nafsu serakah saya. Saya tak fikir panjang masa tu. Saya dah terlanjur dengan Danish beberapa kali  masa abang takde kat rumah pada waktu malam sampai saya mengandung. Maafkan saya bang. Maafkan saya.  (menangis teresak esak sambil mencapai tangan Haziq)
Haziq : Danish? Danish mana ni? Danish yang selalu datang tuisyen kat rumah ni malam malam tu? Danish yang dah mati kemalangan tu?
Amirah : Ya bang, maafkan saya bang. Ampunkan saya. (merayu dan menangis)  
Haziq : Astaghfirullahalazim… Sampai hati awak curang dengan saya. Apa salah saya dengan awak? Kenapa awak buat saya macam ni? (meradang)
Amirah : Ampunkan saya bang. Saya terlalu mengikut nafsu masa tu. Ampunkan saya. (merayu)
Haziq : Saya tak sangka Amirah, macam ni perangai awak. Awak perempuan bertudung, sembangyang tak tinggal tapi buat benda terkutuk tu kat dalam rumah ni. Awak patut ajar Matematik Tambahan kat budak tu, bukan ajar benda lain!
Amirah : Tapi dia yang goda saya bang. Dia yang selalu ambil kesempatan atas saya.
Haziq : Arhhh…itu semua alasan! Kalau iman awak kuat, kalau awak fikir yang saya ni suami awak, awak takkan buat macam tu! Perempuan jenis apa awak ni hah?!
Amirah : Ampunkan saya bang. Saya tahu saya berdosa. Sebab tu Allah hukum saya dengan bagi mimpi mimpi buruk kat saya tiap tiap malam. Saya tahu tu peringatan dari Allah supaya saya mengaku dengan abang. Maafkan saya bang. Saya tak nak mati macam Danish mati. Tolonglah bang maafkan saya.
Haziq : Kau dah curang belakang aku, lepas tu kau nak suruh aku ampunkan kau?! Jangan haraplah perempuan sundal! Kau dengar sini Amirah binti Saufi, mulai hari ni aku ceraikan kau dengan talak tiga! Kau boleh berambus dari rumah ni sekarang! Berambus!   

BABAK 6 : DI RUMAH AQILAH
Nota : di tangga rumah Aqilah
Aqilah : Astaghfirullahalazim…kenapa la kau boleh buat macam tu Mira? Kau kan tahu zina tu berdosa? Kenapa kau sanggup curang dengan Haziq? Dia tu suami yang baik Mira. Sangat tak patut kau buat dia macam tu.   
Amirah : Aku terlalu mengikut nafsu masa tu long. Aku tak tahu kenapa aku sanggup buat macam tu. Aku rasa bersalah sangat dengan abang Haziq. (penuh rasa bersalah)  
Aqilah : Sudahlah tu. Benda dah nak jadi. Nasi dah pun jadi bubur. Aku harap kau lekas sedar benda ni. Segeralah memohon ampun kepada Allah di atas dosa dosa zina yang telah kau lakukan tu.
Amirah : Insha Allah long. Terima kasih atas nasihat tu. Dan terima kasih juga sebab sudi terima aku duduk kat rumah kau ni. Kalau kau takde, aku tak tahu nak pergi ke mana.
Aqilah : Aku ni kan kakak kau. Kita berdua sahaja yang masih tinggal dalam dunia ni. Ahli keluarga kita yang lain semuanya dah meninggal dunia. Kalau aku tak tolong kau, siapa lagi yang nak tolong kau. Lagipun kau je la satu satunya ahli keluarga aku yang masih ada dalam dunia ni.
Amirah : …. (hanya diam dan kelihatan seperti termenung)
Aqilah : Kau cuti sampai bila Mira?
Amirah : Aku tak cuti long. Aku berhenti kerja terus.
Aqilah : Apa? Kenapa kau berhenti?
Amirah : Aku tak boleh kerja long. Aku malu dengan diri aku. Aku malu nak jadi cikgu setelah apa yang telah aku lakukan selama ni. Aku rasa berdosa dengan diri aku. Aku rasa berdosa dengan Allah. Aku rasa berdosa dengan abang Haziq dan aku rasa berdosa dengan anak anak murid aku. (mula mengalirkan air mata)  
Aqilah : Takpelah. Kau duduk je la kat rumah aku ni sampai bila yang kau nak. Pasal belanja semua kau tak payah la risau. Gaji aku sebagai cikgu kat sekolah tu cukup nak tanggung kita berdua makan. Lagipun aku ni duduk sorang. Kalau kau ada boleh jugalah temankan aku kat rumah ni. Tapi aku harap kau selesalah duduk kat rumah kampung aku ni. Ye la…ni rumah kampung je. Tak sebagus rumah kau kat Kuala Lumpur tu. 
Amirah : Takpe long. Dapat duduk kat rumah ni pun dah cukup baik dah. Aku dah rasa bersyukur sangat.
Aqilah : Hmmm…yalah. Sudahlah tu. Janganlah menangis lagi. Kau kena jaga kesihatan kau dengan kesihatan bayi dalam kandungan kau tu. Kau jangan stress sangat. Nanti beri kesan buruk pada diri kau dengan bayi dalam kandungan kau tu.
Amirah : … (sekadar mengangguk


BACA BAB 1, 2, dan 3 di sini ---> DRAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.