Rabu, 18 Mei 2016

DRAMA : MAAF MASIH DI HATI BAB 1, 2, DAN 3



BABAK 1 : DI BILIK TIDUR AMIRA DAN HAZIQ
Amirah : Arrhhhh!!!!
Haziq : Kenapa ni? (terkejut dan terpinga-pinga)
Amirah : Saya mimpi buruk bang. (berpeluh-peluh dan tercungap-cungap)
Haziq : Mimpi buruk? Tu la…sebelum tidur tak nak ambil wuduk. Sebab tu syaitan kacau masa tidur. Sudahlah tu. Jom tidur balik. Esok pagi nak kerja. Takut tak bangun pula esok nanti. (baring semula)
Amirah : Ya la bang. Abang tidur dulu. Saya nak ke bilik air kejap.
Haziq : Okay.

BABAK 2 : DI BILIK GURU
 Aida : Kau ni kenapa mira? Aku tengok muka kau sembab je. Kau tak tidur ke semalam?
Amirah : Tidur… Tapi semalam pukul 4.30 pagi aku tersedar. Aku mimpi buruk semalam.
Aida : Mimpi buruk? Mimpi apa?
Amirah : Aku mimpi seorang lelaki yang besar, lepas tu dia pukul pukul aku dengan cemeti dalam keadaan tangan aku terikat. Lepas tu dia suruh aku mengaku. Tapi aku tak tahu aku nak mengaku apa kat dia.
Aida : Selalu ke kau mimpi benda benda macam tu?
Amirah : Sejak kandungan aku berusia tiga bulan macam tu, aku dah mula mimpi benda benda ngeri tu. 
Aida : Sudahlah tu. Janganlah fikir yang bukan bukan. Mainan tidur je tu. Banyakkan berselawat dan baca ayat ayat suci Al Quran sebelum tidur. Ambil wuduk sekali. Insha Allah…pasti mimpi mimpi macam tu takkan datang lagi. 
Amirah : Hmmm…terima kasih Aida atas nasihat tu.
Aida : Okay, sama sama. (tersenyum)


BABAK 3 : DI RUANG TAMU RUMAH AMIRAH DAN HAZIQ 
Haziq : Abang sebenarnya betul betul tak sabar nak tunggu kelahiran baby kedua kita. Lepas ni, tak lama lagi, Aiman ada adik perempuan. Takdelah Aiman tu sunyi sangat.
Amirah :….. (diam dan termenung jauh)
Haziq : Sayang…awak dengar tak ni apa yang abang cakap? Kenapa dia je ni? Kenapa nampak murung? Awak sakit ke? (risau)
Amirah : Eh, takdelah bang. (tersentak) Saya okay. Abang cakap apa tadi? Saya tak dengar.
Haziq : Awak ni kenapa? Sejak akhir akhir ni awak asyik diam je. Lepas tu selalu termenung. Awak ada masalah ke?
Amirah : Takde bang. Saya okay je. Cuma penat sikit. Yalah, mengajar dari pagi sampai petang. Tu yang penat tu. Hehehe.
Haziq : Hmmm…patutlah. Yalah, abang faham. Tugas seorang guru ni berat. Mendidik anak bangsa demi agama, bangsa, dan tanah air. Tapi kita kena ingat, segala penat lelah kita tu Allah pasti akan bayar dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Amirah : Ya, betul cakap abang tu. Disebabkan itulah kenapa saya nak sangat jadi guru. Sebab saya suka mengajar. Saya nak mendidik anak bangsa saya ni untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Boleh membela agama Allah, boleh memajukan orang Melayu dan boleh menjulang nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Haziq : Baguslah kalau awak fikir macam tu. Tapi apa pun, awak tak boleh la kerja kuat sangat. Awak tu mengandung dah tujuh bulan. Nanti beri kesan buruk kepada anak dalam kandungan tu nanti.
Amirah : Baik bang. Saya akan ingat pesan abang. (tersenyum)

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.