Sumber : Google |
Keadaan politik negara yang kacau
bilau lewat belakangan ini seolah olah memberi satu kebuntuan kepada umat
Melayu yang menjadi warganegara majoriti di negara ini. Semua tahu peri
pentingnya undi orang Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang namun di
saat keadaan politik negara yang tidak menentu ini, orang Melayu terus dihambat
dengan kekeliruan dan kebuntuan.
Secara umumnya, rakyat Malaysia
sekarang terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan yang
mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO manakala kumpulan yang kedua
adalah kumpulan yang menentang Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.
Kumpulan pertama yakni kumpulan yang
mempertahankan Datuk Seri Najib dan UMNO ini adalah kumpulan yang sering
dipanggil ‘pemakan dedak’ oleh kumpulan yang menentang Datuk Seri Najib dan
UMNO tadi. Pada saya, kumpulan ini bukanlah semuanya terlalu obses dengan Datuk
Seri Najib atau bukan juga mendapat apa apa habuan (dedak) daripada Perdana
Menteri itu. Kumpulan ini tegar mempertahankan Datuk Seri Najib dan UMNO kerana
mereka mahukan survival Melayu dan Islam itu kekal terpelihara sampai
bila bila. Mereka tidak mahu DAP yang chauvinis itu memerintah negara
ini kerana mereka khuatir entiti Melayu dan Islam itu akan terhapus.
Kumpulan kedua pula yakni kumpulan
yang menentang Datuk Seri Najib dan UMNO atau lebih tepat lagi kumpulan yang
diketuai oleh Dr. Mahathir ini mahukan Datuk Seri Najib turun daripada
singgahsana kuasanya sebagai Perdana Menteri. Bagi mereka, seorang Perdana
Menteri yang dihambat pelbagai isu dan skandal tidak boleh untuk menjadi
Perdana Menteri. Oleh sebab itu, mereka bersungguh sungguh mahukan Datuk Seri
Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, kumpulan ini
dilihat tempang oleh sesetengah orang Melayu apabila Lim Kit Siang ada di dalam
kumpulan ini.
Apabila munculnya dua kumpulan ini,
maka pengundi Melayu atas pagarlah yang menjadi semakin keliru. Siapakah yang
hendak mereka sokong dalam PRU nanti apabila munculnya dua kumpulan ini?
Jika mereka sokong UMNO, maka mereka
dianggap sebagai orang yang bersetuju dengan segala isu dan skandal yang
menghinggapi Datuk Seri Najib. Jika mereka menentang UMNO, mereka perlu
bersedia untuk hilang segala-galanya jikalau DAP yang memerintah negara.
Kebuntuan ini dapat dipecahkan jika
Datuk Seri Najib dapat menjawab, memberi bukti, dan membersihkan namanya dari
segala persoalan, dakwaan, dan tuduhan yang dilemparkan oleh kumpulan kedua tadi.
Jika Datuk Seri Najib terus selesa dengan keadaan seperti sekarang, maka orang
Melayu terus kekal keliru dan buntu. Mereka tidak tahu siapa yang perlu mereka
pilih sebagai pemimpin pada PRU akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.