Isnin, 11 April 2016

DR. ZAKIR NAIK ADALAH ‘SATAN’ BAGI DAP



Sumber : Google


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy baru baru ini telah menggelar pendakwah dan pendebat Islam terkenal dari India, Dr. Zakir Naik sebagai ‘satan’ (bahasa Melayunya adalah ‘syaitan’) di laman Facebooknya apabila pendakwah terkenal itu datang ke Malaysia atas jemputan kerajaan Negeri Terengganu.



Tindakan pemimpin DAP itu telah mencerminkan sikap jengkelnya terhadap agama Islam di negara ini walaupun nanti akan ada orang yang akan mengatakan itu adalah pandangan peribadi.



Kehadiran Dr. Zakir Naik ke negara ini sudah pasti untuk menjalankan kerja kerja dakwah. Dr. Zakir Naik setahu saya tidak pernah mencampuri apa apa urusan politik Malaysia apatah lagi ‘menjentik’ mana mana politikus di negara ini. Beliau juga tidak pernah mencampuri apa apa urusan agama atau kaum melainkan agama Islam sementelahan dia adalah orang Islam. Oleh itu, apa perlunya pendakwah terkenal itu dipanggil ‘satan’ dan  apa perlunya dia dihalau dari negara ini?




Saya mahu tahu juga apakah maklum balas yang akan dikeluarkan oleh pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang mengaku Islam itu atas apa yang dilontarkan oleh pemimpin DAP tersebut. Umum mengetahui bahawa pemimpin PAN adalah pendokong nombor wahid kepada parti DAP. 



Saya juga mahu tahu apakah maklum balas pemimpin pemimpin Melayu (Islam) yang kononnya dijulang tinggi dalam parti DAP terhadap kenyataan Dr. P. Ramasamy tersebut?  


Sebab itu saya sebagai orang Islam agak skeptikal dengan parti DAP walaupun ramai pihak cuba mempamerkan kebaikkan parti tersebut berbanding parti parti lain. Walaupun ramai pemimpin DAP cuba mempamerkan diri bahawa mereka ‘mesra’ Islam, tetapi saya tetap tidak percaya kerana saya tahu itu hanyalah retorik peragaan semata mata. Hanya yang dungu sahaja yang percaya dan menyokong mereka.



Sebagai anak muda Islam yang akan mengundi tidak lama lagi, saya tidak akan sesekali mengundi DAP. Biarlah saya mengundi PAS yang dituduh sebagai jumud dan konservatif itu asalkan agama Islam akan kekal terpelihara di bumi Malaysia ini. Untuk apa saya mengundi sebuah parti yang dikatakan boleh memakmurkan negara (belum tentu lagi) tetapi Islam tidak berjalan seiring dengan kemakmuran yang cuba ditagih oleh ramai anak muda itu.



Saya percaya jika kita menjaga Islam, maka Allah akan jaga kita. Bukankah Islam itu agama rahmat? Rahmatanlilalamin. Buktinya, di saat segala gala harga barang naik di sana sini, tidak ada pula orang yang mati kebuluran di negara ini. Ini semua kerana kita menjaga agama Allah dengan sebaiknya walaupun tidak sempurna. Isu mahasiswa yang kelaparan sehingga terkoyak usus itu bukan salah Islam tetapi salah kerajaan yang tidak pandai mentadbir negara ini dengan cara yang betul. Jika betul cara, isu tersebut tidak akan berlaku. 



Kejengkelan Dr. Ramasamy terhadap kehadiran Dr. Zakir Naik di negara ini adalah satu bukti dari Allah Taala bahawa pemimpin DAP sukar menerima agama Islam walaupun sesudah mereka memerintah nanti waima Dr. Zakir Naik tidak pernah sekali pun melakukan apa apa kesalahan terhadap beliau.


Oleh kerana keceluparan Dr. Ramasamy dan beberapa lagi pemimpin ultrakiasu lain, maka Ketua Polis Negara tidak membenarkan Dr. Zakir Naik melakukan kerja kerja dakwahnya. Ini berikutan pihak polis tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku jika Dr. Zakir Naik terus melakukan kerja kerja dakwah seperti biasa.



Harap orang muda Islam segera sedar agar tidak mengundi DAP pada PRU nanti supaya Islam tidak menjadi ‘anak tiri’ di negara sendiri.


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.