Sumber : Google |
Percaturan politik (?) bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam bekerjasama dengan pemimpin pemimpin
parti pembangkang terutama dari PAN, PKR, dan DAP dalam menumbangkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilihat tempang oleh sesetengah pihak
terutama orang Melayu.
Ini kerana, kerjasama itu wujud
dengan kehadiran Lim Kit Siang. Semua orang kenal Lim Kit Siang dari DAP itu
dan apa sikapnya terhadap Islam dan Melayu.
Walaupun kerjasama itu dilihat gah,
namun masih ada cacat celanya kerana ramai orang Melayu tidak bersetuju dengan
kerjasama itu memandangkan Lim Kit Siang ada dalam kerjasama tersebut. Sebab
itu, ada beberapa penganalisis politik berpendapat, kerjasama tersebut tidak
mampu untuk menyingkirkan Najib dari singgahsana kuasanya sebagai Perdana
Menteri.
Kita tahu Dr. Mahathir benar benar
buntu sekarang bagi mencari jalan untuk menyingkirkan Najib. Najib tidak
seperti Pak Lah yang mudah dijatuhkan dengan serangan bertubi tubi sahaja. Saya
kira kerjasama yang dibuat oleh Dr. Mahathir itu adalah jalan terakhirnya untuk
menyingkirkan Najib.
Ramai yang terkejut dan tertanya
tanya mengapa Dr. Mahathir boleh bersedia untuk duduk sebaris dengan ramai
musuh politiknya. Kita semua sedia maklum, jika beliau bersedia untuk
menumbangkan Najib, beliau juga harus bersedia untuk menumbangkan UMNO. Jika
beliau bersedia menumbangkan UMNO, beliau juga perlu bersedia untuk membebaskan
Anwar Ibrahim dari penjara. Dan ramai ingin tahu, adakah beliau bersedia untuk
bekerjasama dengan bekas timbalan yang pernah beliau penjarakan dahulu atas kes
liwat?
Kita tidak tahu apa yang ada dalam
fikiran Dr. Mahathir dan apakah percaturannya kali ini akan berjaya. Kita juga
tidak tahu apakah kesan pada masa akan datang jika percaturan beliau ini
berjaya. Dan ramai orang mahu tahu, apakah beliau bersedia untuk menghadapi
segala kesan tersebut sama ada baik mahupun buruk?
Kita tahu Dr. Mahathir adalah seorang
yang bijak, tetapi beliau bukanlah bijak semua. Jika sampai masa, dia pun boleh
jadi tidak bijak juga. Saya khuatir jika percaturan beliau untuk bekerjasama
dengan musuh musuh politiknya itu adalah satu tindakkan tidak bijak lalu bukan
sahaja boleh menggugat dirinya, malah boleh ‘menggigit’ rakyat jelata.
Bekerjasama dengan musuh pada saya
bukanlah satu jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutama
masalah negara. Tetapi kita tahu Dr. Mahathir seorang yang bijak. Jadi kita
berharap tindakannya ini bijak juga.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.