Jumaat, 18 Mac 2016

BLOGGER REVIEW BLOG SEPERTI SAMPAH!


Sumber : Google


Tidak lama dahulu saya ada menyertai satu segmen yang dianjurkan oleh seorang blogger (tidak perlulah saya menyebut namanya di sini) yang mana, jika saya menang segmen itu, blog kerdil saya ini akan diulas atau direview oleh blogger tersebut.

Ditakdirkan oleh Allah, saya menang segmen tersebut dan blog saya menjadi blog yang paling akhir yang akan direview oleh blogger itu. Saban hari, saya menantikan blogger tersebut membuat ulasan secara terperinci mengenai blog saya. Ini bertujuan supaya saya dapat mengetahui segala kekurangan yang ada pada blog ini dan saya boleh membuat penambahbaikkan pada masa akan datang.

Sebagai peserta, saya telah mengikuti segala syarat yang telah diminta oleh blogger itu untuk menyertai segmen yang dianjurkannya tanpa banyak soal!


Walaubagaimanapun, setelah saya membaca apa yang blogger tersebut tulis (review) mengenai blog saya, saya berasa benar benar hampa. Apa yang saya jangkakan sungguh meleset sama sekali.

Hal ini kerana, blogger tersebut membuat ulasan mengenai blog saya seperti sampah! Ulasannya mengenai blog saya dibuat secara sambil lewa, terlalu ringkas, dan tiada apa yang menarik dalam ulasan tersebut. Saya mengharapkan ulasan tersebut dapat menarik sejumlah traffik ke blog saya namun dengan ulasan yang seumpama sampah sebegitu, harapan saya itu telah berkecai sama sekali.

Jelas, blogger itu bukan mahu membuat ulasan untuk membantu rakan rakan blogger yang lain sebaliknya hanya untuk meramaikan pengikut (follower) dan menaikkan jumlah traffik di blognya sahaja.

Saya benar benar terkilan dengan sikap blogger itu dan saya berharap agar blogger lain yang membuat sesuatu segmen atau giveaway dapat membuatnya secara bersungguh sungguh. Sikap sambil lewa sebegitu memang tidak baik sebenarnya.

Jujur sampai sekarang saya adalah pengikut (follower) kepada blog blogger tersebut dan kadang kala saya membaca entri yang ditulisnya. Sekarang dia sudah berbangga setelah blognya sudah yang mempunyai hosting sendiri. Seribu tahniah saya ucapkan kepadanya.

Diharapkan kepada blogger lain tidak melakukan hal sebegini lagi pada masa akan datang.    

8 ulasan:

  1. i feel u. =( dlm situasi yg sama juga

    BalasPadam
  2. tak baik macam tu...sama-sama blogger....bagilah kritikan membina..bukannya menjatuhkan blogger lain....apalah blogger tu... =(

    BalasPadam
  3. Hmm. kadang - kadang sy pun gagal membuat ulasan yang baik.

    BalasPadam
  4. maksudnya blogger tu review sambil lewa ke kutuk blog awak ? saya tak faham. heee

    BalasPadam
  5. errr.. tak suka part yang tu.. buat GA / segmen just untuk tambahkan follower.. bukan untuk membantu bersama

    BalasPadam
  6. Zumal pun masih lemah dalam membuat ulasan atau review kena belajar lagi supaya tak ada yang terasa kan

    BalasPadam
  7. Sebab tu la masalah sangat nak join kebanyakan segmen. Dah la syarat berat macam bumi, pemenang pula hanya sekerat, banyak ketidak adilan berlaku. Tambahan pula kalau berlaku perkara seperti ini. Menyusahkan!

    BalasPadam
  8. Saya dapat rasakan perkara tersebut..
    Terbaik blog anda.. Saya dapat belajar serba sedikit di blog ini.. anda boleh follow blog saya juga (http://megawealthvet.blogspot.my/)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.