Jumaat, 11 Mac 2016

PENERBIT NOVEL DI MALAYSIA RAMAI YANG PILIH KASIH!


Sumber : Google

Saya adalah penulis novel dan cerpen secara atas talian (online) di blog. Anda boleh melihat dan mungkin juga menilai hasil karya saya yang terdapat di dalam blog ini.

Ramai yang bertanya dan memberi saranan kepada saya supaya menghantar karya karya saya sama ada yang berbentuk cerpen, novel, atau puisi kepada mana mana akhbar/majalah atau mana mana syarikat penerbitan.

Saya pernah berbuat demikian tetapi karya saya ditolak kerana dikatakan  tidak kreatif dan tidak mempunyai nilai nilai komersial. Saya perlu mengaku di sini saya menulis bukan hanya untuk meraih pendapatan semata mata tetapi juga kerana ingin menyampaikan pemikiran, berkongsi pandangan, melontarkan ilmu selain ingin memenuhi tuntutan minat yang mendalam dalam bidang penulisan.


Karya yang saya tulis juga mungkin terlalu bebas. Karya yang terlalu bebas yakni yang boleh mencabar kepompong minda masyarakat Malaysia mungkin sukar diterima oleh penerbit.

Penerbit di Malaysia terutama penerbit novel hanya menerbitkan novel novel yang ditulis dengan gaya yang penuh kreatif (mengikut tafsiran mereka) dan mempunyai nilai nilai komersial sahaja yakni novel novel yang berpotensi untuk laris di pasaran seperti novel novel cinta.

Novel novel yang kurang kreatif (mengikut tafsiran penerbit dan editor novel) dan tidak mempunyai nilai nilai komersial tetapi mengandungi nilai, pengajaran, ilmu, pemikiran, prinsip, dan falsafah seperti karya karya saya sampai kiamat pun tidak akan diterbitkan. Maka, blog adalah medium terbaik untuk memaparkan karya karya saya yang tidak kreatif dan tidak mempunyai nilai nilai komersial itu.    

Pasti ramai yang bertanya apa tafsiran karya yang kreatif bagi saya? Bagi saya, karya yang kreatif adalah karya yang mengandungi cerita atau cereka yang ditulis oleh seorang penulis yang mempunyai nilai, pengajaran, ilmu, pemikiran, prinsip, dan falsafah. Contoh contoh karya kreatif yang menepati tafsiran saya ini adalah karya karya yang ditulis oleh para Sasterawan Negara.

Walaubagaimanapun, saya tidak menolak sama sekali karya karya yang ditulis oleh penulis penulis mapan seperti Anis Ayuni, Damya Hana, Aisya Sofea, Fauziah Ashaari dan ramai lagi sebagai karya kreatif. Karya mereka juga adalah karya kreatif mengikut tafsiran penerbit novel dan editor novel mereka yang pilih kasih itu!

Saya tidak sedih jika karya saya tidak diterbitkan memandangkan saya faham bahawa manusia moden memang mementingkan penguasaan ekonomi dan keuntungan. Apa apa perkara yang tidak boleh memberi keuntungan kepada mereka tetapi boleh memberi nilai tambah kepada masyarakat pasti akan dibakulsampahkan. Jadi cukuplah saya menerbitkan semua karya karya saya di dalam blog ini dan karya karya saya itu dibaca oleh sekalian pembaca blog ini.

Perlu diingatkan kepada penerbit novel di Malaysia, novel Salina yang ditulis oleh A. Samad Said bukanlah sebuah novel yang kreatif (bagi saya) kerana jalan ceritanya sungguh membosankan dan tidak pun mempunyai nilai nilai komersial yakni keuntungan yang diperoleh hasil penjualan novel ini tidak mampu melawan keuntungan hasil penjualan novel Adam dan Hawa karya Aisya Sofea sehingga diterbitkan menjadi sebuah drama, tetapi novel ini adalah mahakarya kepada A. Samad Said sehingga bergelar Sasterawan Negara.

Wujud persoalan, apakah tafsiran sebenar karya yang kreatif bagi penerbit novel di Malaysia ini?


8 ulasan:

  1. Wahhh... Salina tu dulu saya suka melukis wajahnya tau...

    Pada pendapat saya, karya kreatif adalah karya hasil sendiri tiada unsur ciplak dan ada pelbagai genre mengikut isu semasa.

    Baik Haziq hantar karya kepada pihak berkaitan. Mereka lebih berhak menilai.

    BalasPadam
  2. Kupasan yang kreatif dan wajar menjadi renungan penerbit novel.

    BalasPadam
  3. Saya setuju dengan pendapat tuan...kerana saya sudah mengalaminya...saya ada manuskrip novel..jalan ceritanya melawan arus tema yang klise..ada pihak penerbit yang memberikan penarafan 4 bintang..tapi di tolak juga.

    BalasPadam
  4. Slm...sy berminat untuk menulis kisah hidup saya untuk dinovelkan dan ingin menggunakan nama samaran bagi tujuan penulisan ... pada penerbit mana yang sesuai untuk saya tuju hasil penulisan saya...

    BalasPadam
  5. Slm...sy berminat untuk menulis kisah hidup saya untuk dinovelkan dan ingin menggunakan nama samaran bagi tujuan penulisan ... pada penerbit mana yang sesuai untuk saya tuju hasil penulisan saya...

    BalasPadam
  6. Slm...sy berminat untuk menulis kisah hidup saya untuk dinovelkan dan ingin menggunakan nama samaran bagi tujuan penulisan ... pada penerbit mana yang sesuai untuk saya tuju hasil penulisan saya...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.