Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak |
Setinggi tinggi tahniah dan syabas
saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak di
atas kejayaannya berunding dengan pihak pemisah di Ukraine yang pro Russia
(diketuai oleh Alexander Borodai) untuk menyerahkan mayat mangsa nahas MH17,
menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada Malaysia dan memberi jaminan
keselamatan untuk penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas itu. Sesungguhnya
jasa dan komitmen Najib dalam hal ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Selama hari ini sekian ramai orang mengecam
anak lelaki Tun Razak itu. Pelbagai salah laku, kepincangan, keburukkan dan
kebobrokkan Najib dilondehkan oleh pemimpin pembangkang dan sekalian rakyat
yang bencikannya. Saya sendiri pun ada beberapa kali menegur kepimpinan beliau
di dalam blog ini yang saya aggap paling bermasalah di Malaysia selepas Tunku Abdul Rahman
dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Walaubagaimanapun, saya tidak boleh menutup mata begitu sahaja apa yang telah Najib lakukan kepada negara ini lebih lebih lagi dalam tragedi MH17 itu. Seluruh dunia memuji Najib atas kebijaksanaannya berunding dengan pihak pemisah yang pro Russia itu. Sedangkan Russia dan Amerika pun belum tentu mampu untuk melakukan seperti mana yang telah Najib lakukan. Apalah salahnya saya memuji Najib sekali ini setelah sekian banyak saya menegur dan mengkritik kepimpinnya yang bermasalah itu?
Saya harap rakan rakan pembaca pun
janganlah terlalu ego sehingga tidak mahu langsung memberi sedikit pujian
kepada Najib. Saya tahu ramai di luar sana
tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau namun kita peganglah satu perkara :
yang baik kita sokong yang mungkar kita tentang. Bukan semua Najib buat itu
buruk dan bukan semua Nik Aziz buat itu baik. Kita manusia biasa. Tidak lepas
dari melakukan silap dan dosa. Hanya Nabi sahaja yang tidak berdosa. Selain
dari itu semua berdosa. Kalau tidak buat silap dan berdosa, bukan manusia
namanya!
Apa pun Najib telah menunaikan aspirasi
saya iaitu untuk menyelesaikan masalah ini sesegera mungkin kerana saya tidak
mahu akan timbul masalah yang lebih besar lagi yang akan muncul di belakang
hari. Saya harap siasatan yang akan dijalankan terhadap tragedi ini dibuat
dengan penuh ketelusan dan keadilan. Orang yang bertanggungjawab menembak jatuh
pesawat itu sepatutnya dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan dengan hukuman
yang setimpal dengan perbuatannya. Kita pula sebagai rakyat Malaysia perlu memberi sokongan moral kepada
kerajaan dalam usaha untuk menyelesaikan kes ini di samping tidak putus putus
untuk memberi bantuan dan doa kepada penduduk Gaza
yang sedang ditindas oleh Israel.
Di sebalik orang ramai memperkatakan
tentang kejayaan Najib itu, muncul suara suara sumbang dari ‘sebuah hutan belantara’
yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa
Najib mendapatkan semua ini dengan cara merasuah militan militan di Ukraine
itu.
Saya tidak kata salah untuk menjadi
pembangkang tetapi tolonglah jangan jadi pembangkang yang berfikiran jumud
tahap kaki seperti ini! Kalau betul sekalipun Najib menggunakan duit rakyat
untuk merasuah militan Ukraine
itu untuk mendapatkan kotak hitam, apalah salahnya jika itu sahaja cara terbaik
yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kotak hitam dan jenazah rakyat Malaysia yang bergelimpangan di sana.
Sampai bila kita mahu lihat jenazah
orang Islam dari Malaysia
terbiar begitu sahaja? Bukankah itu akan menyeksa jenazah tersebut? Oleh itu,
jika Najib terpaksa menggunakan duit rakyat untuk mendapatkan jenazah dan kotak
hitam, itu adalah sesuatu perkara yang perlu. Jika kita terlalu pandai, bagilah
idea dan cadangan kepada Najib bagaimana untuk mendapatkan kotak hitam dan
jenazah itu tanpa menggunakan duit rakyat! Jangan hanya pandai bercakap tetapi
tidak pandai bertindak.
Politik PKR dan Selangor yang sejak
akhir akhir ini kerap bergelora tiba tiba sahaja kembali mengganas apabila
Anwar Ibrahim telah melantik isterinya sendiri iaitu Wan Azizah sebagai Menteri
Besar Selangor yang baru walaupun penyandangnya, Tan Sri Khalid Ibrahim masih
belum meletak jawatan. Benarlah tekaan beberapa blogger politik antaranya Blog
Zulkifli Nordin dan Blog Mohd Sayuti Omar bahawa memang Wan Azizahlah yang akan
menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.
Apa yang melucukan Azmin Ali yang
disebut sebut sebagai pengganti Khalid terpaksa berputih mata melihat kerusi
itu akan disandang oleh isteri ‘tuannya’ sendiri. Menangis tidak berlagulah
Azmin selepas ini kerana rancangannya untuk menyandang jawatan itu ternyata
gagal.
Anwar yang selama ini mengatakan
kerajaan Najib sebagai mengamalkan kronisme, nepotisme, dan menipu dalam
pilihan raya ternyata dia sendiri melakukan perkara yang sama! Beliau turut
sama mengamalkan kronisme dalam partinya sendiri apabila isteri, anak perempuan
dan orang kepercayaannya menjadi pemimpin tertinggi PKR pada hari ini. Dan sekarang
dia turut melantik isterinya sebagai MB Selangor sebagai persediaan buatnya
yang dikatakan akan terhumban di penjara tidak lama lagi jika kes liwatnya
bersabit di mahkamah.
Dia juga turut mengamalkan penipuan dalam
pemilihan partinya sendiri. Lihat sahaja pemilihan partinya baru baru ini,
seperti peperangan di dalamnya. Jika tidak bergaduh, bertumbuk dan berdarah
dalam pemilihan itu, bukan pemilihan PKR namanya itu! Jadi Anwar ini bolehlah
diertikan sebagai pemimpin yang cakap tidak serupa bikin dan seperti orang
meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri!
Apa yang tambah mendukacitakan adalah
nasib MB Selangor sekarang iaitu Khalid Ibrahim. Ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Adakah beliau akan melepaskan
jawatannya dan akan memberi laluan kepada Wan Azizah? Saya fikir tidak! Khalid
akan terus duduk di kerusi itu selagi tidak ada sebarang perkara yang boleh
mengganggu gugat kedudukannya sekarang seperti undi tidak percaya yang boleh
dibuat oleh DUN Selangor.
Nasihat saya kepada Khalid, teruskanlah
berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor itu. Jangan sesekali tunduk kepada
desakan yang dibuat oleh pihak pihak yang buta mata dan buta hati seperti itu.
Saya yakin rakyat Selangor masih sayangkan beliau. Jika tidak, masakan rakyat Selangor
masih memberikan mandat kepada beliau untuk menjadi kerajaan di negeri itu.
Apa yang penting, Khalid mesti
berkhidmat sebagai Menteri Besar dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Khalid
jangan terlalu banyak berpolitik sebaliknya berusahalah untuk menjadi seorang
Menteri Besar yang mengutamakan rakyatnya dan bukan Menteri Besar yang
mengutamakan tembolok, ahli keluarga dan kroni kroninya!
Kiki : salah
tidak, betul pun tidak!
Sejujurnya yang berasa kasihan dengan
nasib yang menimpa Siti Fairrah Asyikin binti Kamaruddin atau nama samarannya
Kiki yang dikenakan hukuman denda sebanyak RM 5000 dan diperintah melakukan
khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Syeksyen di
Kuantan kerana merosakkan sebuah kereta yang menggesel keretanya dengan menggunakan
pengunci stereng.
Mangsa dalam kejadian itu adalah
seorang warga emas yang bernama Sim Siak Hong atau lebih dikenali dengan
panggilan Uncle Sim.
Ya, dari satu segi perbuatan Kiki itu
memang melampau kerana bertindak seperti itu. Dia sepatutnya hanya perlu
meminta ganti rugi dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Itu sahaja!
Namun, akibat nafsu amarahnya sudah menguasai diri, maka dia bertindak secara
terburu buru dan mengikut emosi. Walaubagaimanpun, jika diperlihatkan secara
terperinci, muncul perlbagai soalan antaranya mengapa Kiki boleh bertindak
seperti itu? Mengapa dia bisa naik berang sebegitu rupa? Masakan hanya kerana
keretnya rosak sedikit dia sudah begitu berani untuk mengancam orang dengan
menggunakan pengunci stereng lebih lebih lagi dia seorang perempuan.
Sepatutnya pihak berkuasa perlu menyiasat secara terperinci berkenaan
dengan perkara ini. Uncle Sim itu pun sepatutnya tidak boleh terlepas daripada
disiasat oleh pihak berkuasa. Begitu juga orang yang merakam video itu dan
menyebarkannya di internet. Orang ini pun seharusnya disiasat. Apa tujuannya
menyebarkan video itu?
Saya tidak yakin seratus peratus Kiki
bersalah dalam hal ini. Pasti ada sesuatu perkara yang tidak beres berlaku
menyebabkan Kiki tega bertindak seperti itu.
Pihak berkuasa terutama polis begitu
ghairah untuk menyelesaikan kes ini. Itu adalah satu tindakan yang bagus namun
saya berharap sangat agar tindakan yang sepantas itu juga pasti boleh diambil
terhadap kes kes yang serupa di luar sana.
Saya bukan mahu menimbulkan isu
perkauman tetapi jika Kiki itu seorang Cina saya yakin akan muncullah segala
NGO Cina, akhbar Cina, parti politik Cina yang akan mempertahankan Kiki. Sudah
pasti juga mereka akan mempertikaikan keputusan mahkamah yang menghukum Kiki
seandainya Kiki itu berbangsa Cina. Mereka akan mendakwa bahawa kes itu adalah
kecil sahaja dan tidak perlu diperbesar besarkan.
Inilah realiti yang dihadapi oleh orang
Melayu di Malaysia. Keadilan sebenarnya sudah tidak banyak lagi untuk orang
Melayu di negara ini. Kita hanya mendapat sisa sisa keadilan sahaja kerana
kerajaan kita lebih sayangkan bangsa lain berbanding dengan bangsa Melayu
walaupun kerajaan kita dikuasai oleh orang Melayu.
saya bkn peminat najib. tpi sy bangga dgn najib kali ini!
BalasPadamwww.ourlovebonding.com
Betul. Saya pun sama.
Padam