Gambar Hiasan |
Sekali lagi Malaysia dan penduduk dunia
digegarkan dengan tragedi yang menimpa pesawat MH17 yang mengorbankan 298
nyawa. Pesawat itu telah ditembak jatuh di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia
pada Khamis lalu. Ingatan dan kejutan rakyat Malaysia belum pun tamat atas tragedi
yang menimpa pesawat MH370 pada Mac lalu dan kini satu lagi tragedi terbaru
yang telah menimpa syarikat penerbangan negara – Malaysia Airlines.
Sejak akhir akhir ini, sekian banyak
masalah yang menimpa negara ini. Era Najib merupakan era yang paling tragik
yang pernah dialami oleh Malaysia.
Bermula dengan pencerobohan di Lahad Datu, kemudian tragedi yang menimpa
pesawat MH370 dan kini pula tragedi yang menimpa pesawat MH17. Ini tidak
termasuk pelbagai lagi tragedi tragedi kecil yang menimpa negara ini. Adakah
yang berlaku ini kerana dosa dosa Najib dan UMNO? Tidak! Jangan sesekali
berfikir seperti itu! Jangan sesekali menyalahkan orang lain di atas apa yang
berlaku.
Ingatlah, Allah menurunkan sesuatu
musibah kepada kita bukan untuk kita mencari siapa benar dan siapa salah. Allah
menurun musibah supaya kita berfikir dan melakukan muhasabah diri. Lihat sahaja
di negara kita. Bermula dengan perpecahan umat Islam di negara kita oleh kerana
kuasa politik, kemudian dengan lambakan hiburan tanpa batasan di samping
pelbagai lagi perkara mungkar yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat –
sepatutnya musibah yang menimpa kita ini adalah satu petunjuk dari Allah supaya
kita sedar agar berhenti dari melakukan perkara perkara yang dimurkai oleh
Allah.
Kita sebagai pengguna laman sosial
jangan sesekali menimbulkan fitnah dan spekulasi kerana itu akan mengganggu
proses siasatan. Apa yang kita perlu buat adalah berdoa. Berdoa agar masalah
ini dapat diselesaikan, berdoa agar semua penumpang yang meninggal dalam
pesawat itu supaya rohnya dicucuri rahmat terutama yang beragama Islam dan
berdoa agar Allah membantu rakyat Palestin yang sedang ditindas oleh Israel
sekarang ini.
Apa yang penting sekarang kerajaan Malaysia
perlu mencari dalang siapakah yang bertanggungjawab dalam tragedi itu? Russia? Ukraine?
Tentera pemisah Ukraine?
Amerika Syarikat? Israel?
Kerajaan perlu sesegera mungkin mencari
jalan penyelesaian ini kerana jika terlambat dikhuatiri dunia mungkin akan
berada di ambang perang dunia ketiga! Adalah tidak mustahil untuk perkara ini
berlaku. Jika kerajaan Malaysia
lambat bertindak, nescaya masalah ini akan bertambah parah dan semakin
membarah. Sebelum terlambat, adalah lebih baik kita bertindak terlebih dahulu.
Mengapa saya kata dunia berada di
ambang peperangan? Cuba
kita lihat lokasi pesawat itu terjatuh. Pesawat itu terjatuh di wilayah Ukraine.
Kerajaan Ukraine dan Russia serta tentera pemisah Ukraine masing masing menafikan
yang mereka bertanggungjawab di atas tragedi itu. Tambah memburukkan keadaan,
apabila kerajaan Ukraine dan
Russia
saling tuduh menuduh di antara satu sama lain untuk memberitahu kepada penduduk
dunia bahawa mereka tidak bersalah!
Ingatlah, persengketaan kedua dua negara
ini boleh bertambah parah dengan tragedi ini. Tragedi yang menimpa Malaysia ini adalah tidak mustahil boleh menjadi
sebab musabab kepada peperangan antara Ukraine
dan Russia.
Apabila mereka berperang, peperangan itu akan berjangkit ke negara negara lain
dan tidak mustahil Malaysia
turut akan terkena tempiasnya! Oleh itu sama samalah kita berdoa agar perkara
itu tidak berlaku dan sama samalah kita berdoa agar masalah ini dapat
diselesaikan dengan kadar segera.
Apa yang saya khuatirkan adalah bukan Russia dan Ukraine yang bersalah sebaliknya
ada ‘tangan tangan ghaib’ yang sengaja mencetuskan isu ini untuk menjaga
kepentingan dan agenda mereka. Malaysia
adalah sebuah negara yang kecil namun peranan yang dimainkan oleh Malaysia
mampu untuk mempengaruhi suasana dan iklim dunia. Jadi, tidak mustahil peranan
yang dimainkan oleh Malaysia
ini telah menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan musuh musuh negara dan
mereka sengaja membuat onar agar Malaysia menjadi lemah.
Cuba
kita lihat isu yang melanda Palestin – Israel. Malaysia
adalah negara pertama yang mengutuk serangan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.
Dan akibat tragedi MH17 ini, tiba tiba sahaja tumpuan penduduk dunia dan rakyat
Malaysia
sendiri beralih kepada MH17. Tidakkah kita berasa sangsi seolah olah ada
‘sesorang’ yang sengaja merancang ini semua untuk menjaga kepentingan dan
agenda mereka? Fikir fikirakanlah!
Pelbagai persepsi perlu ditangani oleh
kerajaan atas peristiwa tragik ini. Kerajaan di bawah pimpinan Najib tidak
boleh sesekali memandang remeh atas persepsi persepsi yang muncul di sebalik
tragedi yang menyayat hati ini. Kita tidak mahu masalah yang lebih besar akan
berlaku di belakang hari. Nasihat saya, Najib sebagai Perdana Menteri perlu menyelesaikan
masalah ini sesegera mungkin kerana kelewatan kita bertindak akan memakan diri
kita sendiri.
Kecuaian kerajaan merosakkan
negara
Sekali lagi pantai timur Sabah diceroboh oleh pengganas. Tidak lama dahulu negeri
itu telah dicerobohi oleh pengganas Sulu dan kini pula sekali lagi negara
dikejutkan dengan kematian seorang anggota polis marin (PGM) kerana ditembak di
Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Koperal Ab Rajah Jamuan diserang oleh
pengganas Sulu atau Kumpulan Abu Sayyaf pada 12 Julai yang lalu. Rakannya,
Konstabel Zakiah Aliep telah diculik oleh kumpulan yang sama.
Melihat kepada kedua dua kejadian ini,
dapatlah kita simpulkan bahawa pengawasan sempadan pengairan negara cukup
lemah. Bagaimana pengganas boleh masuk ke perairan Sabah
sedangkan pengawasan yang dilakukan kononnya cukup ketat. Benarkah begitu?
Sekiranya benar mengapa kejadian yang sama boleh berlaku sebanyak dua kali? Apa
yang pihak berkuasa lakukan? Tidur? Berkhayal?
Sepatutnya kejadian seperti ini tidak boleh berlaku dan tidak akan
berlaku. Malaysia
adalah sebuah negara yang berdaulat. Negara yang mempunyai sistem pertahanan
yang baik. Kerajaan sepatutnya mengarahkan
pihak yang bertanggungjawab supaya membuat kawalan di sempadan Sabah itu dengan ketat dan dilakukan sepanjang masa. Jika
tidak, perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku semula.
Jika kita lihat pada hari ini, begitu
ramai pendatang asing yang masuk ke negara ini seolah olah tanpa sekatan dan
kawalan. Ini bukan satu perkara yang baik. Kita tidak mahu tragedi Lahad Datu
berulang kembali. Kerajaan sepatutnya lebih tegas dalam menangani masalah ini.
Kecuaian kerajaan boleh membawa padah kepada keselamatan negara ini.
Ingatlah, musuh tidak pernah tidur.
Mereka sentiasa bersiap siaga untuk melakukan apa sahaja untuk menguasai negara
ini. Jika kerajaan kita masih tidur, cuai dan khayal nescaya negara ini boleh
hancur pada bila bila masa. Mahukah kita melihat negara ini hancur oleh kerana
kecuaian kita sendiri?
Saya melihat kerajaan sekarang terlalu
leka dan khayal serta cuai dalam menangani apa pun masalah yang datang. Mereka terlalu
berlembut dan tidak tegas dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Lihat
sahaja apa yang berlaku di Lahad Datu dahulu. Begitu lama untuk diselesaikan
kerana perundingan yang berpanjangan. Jika beginilah sikap yang diambil
kerajaan, tidak mustahil negara ini akan hancur pada masa akan datang.
Kerajaan kita juga suka mengambil sikap
sudah terhantuk baru terngadah. Apabila kejadian itu sudah teruk dan melarat,
barulah sibuk untuk mengambil tindakan. Sikap seperti ini perlu dikikis dalam
hati setiap pemimpin, kakitangan kerajaan dan penguatkuasa. Jika tidak, tunggu
sahajalah negara ini hancur. Sikap ini perlu diubah secepat mungkin.
Khalid Samad
: Ego, bodoh sombong dan besar kepala!
Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah baru baru ini bertitah dengan menegur Ahli Parlimen Shah
Alam iaitu YB Khalid Samad (adik kepada Tan Sri Shahrir Samad) kerana terlalu
biadap dan jahil. Ini berikutan kerana Khalid mempersoalkan kuasa eksekutif
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan mencadangkan kerajaan negeri Selangor
agar menghapuskan kuasa eksekutif badan agama Islam yang menjadi penasihat
dalam hal ehwal Islam kepada Sultan Selangor itu. .
Tindakan Khalid itu sebenarnya
memperlihatkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang ego, bodoh sombong dan
besar kepala. Beliau sengaja berbuat demikian untuk memperlihatkan bahawa
beliau adalah seorang ahli politik yang berani bukan sahaja menentang UMNO/BN
malahan juga menentang Sultan! Beliau juga sengaja berbuat demikian untuk
menjadi hero kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini.
Sebagai seorang wakil rakyat yang bukan
berasal dari Selangor, Khalid sepatutnya memahami dan mamatuhi undang undang
dan peraturan yang terdapat di negeri itu. Tidak sepatutnya Khalid bercakap di
luar konteks undang undang yang sedia ada. Itu akan memperlihatkan kejahilannya
sebagai seorang pemimpin politik yang miskin ilmu dan miskin idea. Jika dia
tidak tahu, dia sepatutnya bertanya dan belajar bukannya mengeluarkan kenyataan
sesuka hati!
Ini bukan kali pertama Khalid
mencetuskan kontroversi. Sudah acapkali Khalid yang lantang berkata kata namun kelantangannya
berada pada jalan yang salah. Tidak sepatutnya seorang yang beragama Islam dan
berbangsa Melayu boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu yang mempertikai
kuasa MAIS. Inilah yang membuktikan Khalid seorang yang besar kepala dan sukar
dikawal oleh mana mana kuasa (menurut Mohd Sayuti Omar).
Khalid jangan fikir yang dia sudah
menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal yang dia boleh menunjukkan
keegoaannya. Dia perlu sedar diri di mana dia sekarang. Tambahan pula, dia
bukan lahir di Selangor. Oleh itu, hormatilah undang undang yang ada di negeri
itu. Jangan sesekali bersikap biadap kepada mana mana pihak kerana sikap itu
akan memakan dirinya sendiri.
Nasihat saya kepada Khalid,
muhasabahlah diri itu dahulu. Letakkanlah kepentingan Islam dan Melayu dihadapan
dan bukannya kepentingan politik diri dan partinya sendiri. Ingat, jangan
kerana pulut santan binasa, jangan kerana mulut badan binasa!.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.