Khamis, 3 Julai 2014

PERHATIAN KEPADA BLOGGER DAN PELAWAT YANG DIKASIHI

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger dan pelawat yang sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini. Jasa baik anda amat saya hargai. 

Semalam saya ada terbaca sebuah blog yang menceritakan tentang tetapan (setting) yang tidak perlu ada di dalam sebuah blog. Setelah membaca sekian banyaknya, barulah saya tahu mengapa blog saya sangat kekurangan komen. Jadi saya telah mengubah tetapan saya agar memudahkan para blogger dan para pelawat untuk memberi komen kepada entri yang saya terbitkan di blog ini.

Ini bermaksud anda tidak perlu mengisi word verification apabila anda mahu memberi komen pada setiap entry saya. Saya sangat menjunjung kebebasan bersuara yang terkawal dalam blog ini. Justeru itu, sesiapa sahaja boleh memberi komen kepada blog saya walaupun anda menggunakan ID anonymous sekalipun.  Anda berhak untuk memberi komen apa sahaja sama ada komen itu positif atau negatif namun awas! Jangan menulis kenyataan yang berbaur lucah, menghina mana mana pemimpin, menyentuh isu isu sensitif seperti agama dan bangsa lebih lebih lagi Islam dan Melayu kerana saya sayang akan kedua duanya. 

Komen anda sama ada positif atau negatif akan saya terima dengan tangan terbuka. Jika komen anda telah melanggar pantang larang yang telah saya sebutkan di atas kemungkinan besar untuk saya padam komen anda itu adalah tinggi. Jadi berhati hati dalam memberi komen. Saya tidak mahu blog ini disaman atau disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen komen anda yang tidak beretika itu. 

Berselisih pendapat itu adalah baik kerana ulama' sendiri pun berselisih pendapat namun perlulah mengikut lunas lunas yang betul apabila kita berselisih pendapat di atas sesuatu perkara. 

Jika anda memberi komen di dalam blog ini, komen anda akan terus dipaparkan tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada saya tetapi saya berharap sangat agar anda tidak meletakkan sebarang spam di dalam ruangan komen itu. Saya akan pantau setiap komen anda dari semasa ke semasa.

Buat para blogger yang melawat blog ini, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi. Anda boleh meletakkan link entri anda di ruangan komen atau di chatbox yang berada di sebelah kanan blog ini. Insya Allah, jika ada kelapangan saya akan lawat blog anda pula. Bantu membantu sesama blogger adalah perlu. 

Saya akhiri entri ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini. Tanpa anda blog ini tidak ada apanya. Selamat berpuasa semua...

4 ulasan:

  1. memudahkan kerja org lain, insyallah kerja kita pun dipermudahkan.

    BalasPadam
  2. Bloggeer blogger ..
    :)
    salam kenal ya ..
    mintak komentarnya untuk kue ini
    http://resepberbagaikueenak.blogspot.com/2014/07/cara-membuat-banana-cake.html

    BalasPadam
  3. Post yang menarik. Terima kasih kongsi. Jangan lupa singgah artikel terbaru saya 4 Langkah mudah untuk 1 juta backlinks Tingkatkan dan gandakan traffic di blog anda

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.