Jumaat, 25 Julai 2014

PANTUN RAYA BUAT BLOGGER/PENULIS DAN SELURUH UMAT ISLAM




ditujukan khas kepada blogger Kindaichi Kid,  Fadzi RazakPa'an Healers Life,  dan CIA


Jalan jalan di kota raya,
Singgah sebentar di taman Maran,
Selamat Menyambut Hari Raya,
Moga kukuh ikatan persaudaraan.

Kolek sampan ke Pulau Gaya,
Ke Pulau Gaya bertemu si dayang,
Berhati hati di jalan raya,
Ingatlah orang yang tersayang.

Pergi ke hutan menangkap kera,
Kera di pokok memakan lada,
Sungguh enak menjamu selera,
Jangan lupa pada yang tiada.

Menulis diari menggunakan kalam,
Sambil menulis sambil berangan,
Yang jauh berkirim salam,
Yang dekat berkunjung kunjungan.

Makan nasi dengan halia,
Cicah bersama dengan perasa,
Kita menyambut hari yang mulia,
Setelah sebulan kita berpuasa.

Menangkap ikan menggunakan joran,
Bawa sekali si kain kafan,
Silalah melawat teman dan jiran,
Untuk bersalam dan bermaaf maafan.


2 ulasan:

  1. Selamat menyambut hari raya aidilfitri. semoga dipermudahkan untuk balik kampung dan balik semula ke sini. jumpe lepas raya nanti :)

    BalasPadam
  2. selamat hari raya....sorry lambat nk komen....kat kmpung payah nak online...nak balas balik pantun tak pandai....:)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.