Jangan hanya kerana sebuah tempat,
Kita bergaduh bersama sama,
Jangan kerana satu teguran,
Kita mencetuskan api persengketaan.
Kenapa kita mesti bergaduh wahai kawan?
Kita adalah serumah, sebangsa dan seagama,
Juga senegara,
Hormatilah sesama kita,
Kalau kita tidak suka ditegur,
Jangan lakukan perkara yang karut marut,
Kelak kita yang akan ke laut.
Hidup di dalam sebuah masyarakat,
Perlu mempunyai hati dan perut,
Jangan terlalu ego dan kalut,
Kalau kita mahu orang hormat sama kita,
Kita perlu hormat orang lain juga.
Jangan kerana satu tempat duduk,
Kita bermasam muka,
Kita berkelahi,
Apa untungnya itu?
Dapat harta?
Dapat pahala?
Atau wang ringgit?
Hidup ini umpama sebuah bahtera,
Bukan kita sahaja yang akan mengemudi bahtera itu,
Kita perlukan anak kapal untuk membantu kita,
Dalam melayari bahtera itu,
Kita tidak mampu mengemudinya secara sendirian,
Kita perlukan kerjasama,
Daripada semua.
Cukup cukuplah wahai teman,
Hentikan sahaja permusuhan ini,
Jangan dipanjangkan lagi,
Kelak kita semua akan merana diri,
Hidup kita akan menyepi,
Kita juga akan merosakkan diri sendiri,
Jangan kerana sebuah tempat,
Jangan kerana satu teguran,
Kita menempah perang dan api!
Kita bergaduh bersama sama,
Jangan kerana satu teguran,
Kita mencetuskan api persengketaan.
Kenapa kita mesti bergaduh wahai kawan?
Kita adalah serumah, sebangsa dan seagama,
Juga senegara,
Hormatilah sesama kita,
Kalau kita tidak suka ditegur,
Jangan lakukan perkara yang karut marut,
Kelak kita yang akan ke laut.
Hidup di dalam sebuah masyarakat,
Perlu mempunyai hati dan perut,
Jangan terlalu ego dan kalut,
Kalau kita mahu orang hormat sama kita,
Kita perlu hormat orang lain juga.
Jangan kerana satu tempat duduk,
Kita bermasam muka,
Kita berkelahi,
Apa untungnya itu?
Dapat harta?
Dapat pahala?
Atau wang ringgit?
Hidup ini umpama sebuah bahtera,
Bukan kita sahaja yang akan mengemudi bahtera itu,
Kita perlukan anak kapal untuk membantu kita,
Dalam melayari bahtera itu,
Kita tidak mampu mengemudinya secara sendirian,
Kita perlukan kerjasama,
Daripada semua.
Cukup cukuplah wahai teman,
Hentikan sahaja permusuhan ini,
Jangan dipanjangkan lagi,
Kelak kita semua akan merana diri,
Hidup kita akan menyepi,
Kita juga akan merosakkan diri sendiri,
Jangan kerana sebuah tempat,
Jangan kerana satu teguran,
Kita menempah perang dan api!
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.