Christiano Ronaldo Kapten Pasukan Kebangsaan Portugal |
Seluruh dunia pada waktu ini
sedang dilanda demam Piala Dunia FIFA (bola sepak) – sukan kegemaran ramai
lelaki dan tidak kurang juga perempuan. Ramai yang sanggup bersengkang mata
atau bangun pada dinihari semata mata untuk menonton perlawanan pasukan
kegemaran mereka. Tetapi sayangnya mereka tidak pula mahu bangun pada waktu
dinihari untuk solat sunat tahajud atau solat sunat taubat!
Pelbagai andaian yang telah
dibuat – siapakah yang akan menjuarai Piala Dunia kali ini? Brazil ? Jerman?
Portugal ?
Argentina ?
Tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Gunalah sotong kurita
atau kura kura yang diambil dari lautan mana sekalipun, tiada siapa yang dapat
meneka dengan tepat siapakah yang mampu menggondol piala berprestij itu pada
musim ini. Sebagai seorang penulis, saya ramalkan Brazil sebagai juara kerana mereka
ada Neymar!
Di sebalik kerancakan
perlawanan yang diadakan hampir setiap hari, muncul cakap cakap politik bilakah
pasukan Malaysia
– Harimau Malaya - akan mampu untuk
bertanding di Piala Dunia? Setiap kali perlawanan kelayakan diadakan, setiap
kali itulah Malaysia
akan menempah kekalahan! Jika menang sekalipun, hanya tipis sahaja.
Menjadi impian saya dan
rakyat Malaysia
untuk melihat pasukan di negara kita mampu untuk bertanding di Piala Dunia.
Untuk menjadi juara saya fikir tidak mungkin namun cukuplah menjadi sepuluh
yang terbaik. Tetapi, itu hanya harapan yang tinggal harapan atau bak kata
Zaiton Sameon hanya Menaruh Harapan dan Menadah Impian!
Aneh bin pelik apabila Malaysia gagal untuk masuk ke Piala Dunia
sedangkan banyak lagi negara negara yang lebih miskin dari Malaysia
berjaya untuk memasuki pertandingan berprestij itu. Ghana
dan Nigeria
sebagai contoh yang saya boleh berikan di sini. Dari segi kemudahan, ternyata
negara kita mempunyai banyak kelebihan namun mengapa mereka berjaya masuk dan
kita tidak?
Siapa yang harus
dipersalahkan dalam hal ini? Pemain? Presiden FAM? Kementerian Belia dan Sukan?
Atau Kerajaan Barisan Nasional? Tepuk dada dan tanya iman. Sampai bila kita
hanya mampu untuk bersorak di atas kemenangan pasukan lain? Bilakah agaknya
kita akan bersorak kegembiraan apabila pasukan bola sepak kita berjaya
menjaringkan gol untuk negaranya dalam perlawanan Piala Dunia itu?
Apa yang lebih pelik,
mengapa pasukan negara kita pada masa ini tidak mampu untuk mengecapi
kegemilangan seperti era Mokhtar Dahari, Santokh Singh dan ramai lagi pemain
pemain di era 80an dan 90an dahulu? Di mana salah dan silapnya? Sepatutnya
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Khairy Jamaluddin dan Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) perlu membuat kajian yang lebih mendalam mengapa pasukan
negara kita selemah ini?
Jika bermain dalam Sukan SEA
pun kita sudah semput, bagaimana pula kita mahu berlawan dalam Piala Dunia yang
mempunyai tokoh tokoh bola sepak yang hebat seperti Ronaldo, Messi, Muller dan
Neymar itu? Inilah kajian yang perlu dilakukan oleh pihak KBS dan FAM. Bukan
hanya boleh berpeluk tubuh dan mengeluarkan kenyataan yang karut marut sahaja.
Jika ditanya kepada orang ramai,
mengapa pasukan kini boleh menjadi begitu lemah, ada pelbagai andaian yang
dibuat. Ada yang mengatakan pasukan bola sepak kita tidak ada semangat
patriotik, ada yang kata pasukan bola sepak kita terlalu dimanjakan, ada yang
kata pasukan bola sepak kita penakut, ada yang kata pasukan bola sepak kita
tidak cukup ilmu dan kemahiran, ada yang kata pasukan bola sepak kita terlalu
mementingkan wang ringgit dan seribu satu andaian yang dibuat berkenaan dengan
prestasi pasukan bola sepak negara setakat ini.
Apa benarkah semua andaian
andaian itu? Atau itu hanya khabar khabar angin sahaja? Inilah yang sepatutnya
disiasat oleh FAM dan KBS. Saya tidak mempunyai cukup ilmu untuk membicarakan
masalah ini dengan lebih mendalam sementelahan saya bukan peminat sukan namun
besarlah harapan saya agar pasukan bola sepak kita mampu cemerlang, gemilang
dan terbilang di pentas antarabangsa dan bukannya menjadi jaguh kampung.
Sebagai penulis, saya hanya
mampu melemparkan krtikan dan teguran. Ambillah teguran saya ini sebagai satu
teguran yang positif untuk kemajuan sukan bola sepak tanah air kita yang
tercinta ini.
Cukup tentang isu sukan.
Sekarang kita beralih pula kepada isu Islam dan Melayu yang mula malanda
politik Malaysia .
Beberapa bantahan yang dilakukan oleh NGO
yang memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu seperti ISMA terhadap tiga
Rang Undang Undang (RUU) iaitu RUU Harmoni Nasional, RUU Perpaduan Nasional,
dan RUU Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional yang akan menggantikan
Akta Hasutan perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan umat Islam di
Malaysia.
Ini kerana draf RUU yang
telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri
akan diperkenalkan tidak lama lagi itu dikatakan akan menghapuskan dasar
pemilihan antara agama, bangsa, keturunan, tempat lahir, jantina, atau
ketidakupayaan dan lain lain yang berkenaan. . Banyak NGO – NGO Islam yang
menentang tentang panggubalan tiga RUU ini yang akan menggantikan Akta Hasutan (dikatakan sudah tidak relevan
lagi pada masa ini). Menurut NGO NGO Islam ini, RUU ini akan menggugat Islam,
Melayu dan Raja Raja Melayu secara tersembunyi.
Apakah benar dakwaan yang
dilemparkan oleh NGO NGO Islam ini? Jika benar, Najib dan BN sedang menuju
kehancuran! Mengapa Najib begitu sanggup untuk menghapuskan agama, bangsa dan
Raja Raja Melayu? Apakah dosa yang telah dilakukan oleh orang Islam dan orang
Melayu di negara ini terhadap dirinya? Sudahlah dasar 1Malaysia itu umpama kera
di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan dan sekarang Najib mahu
mengganggu gugat Islam dan Melayu pula?
Apakah agenda Najib
sebenarnya? Adakah penggubalan RUU ini adalah semata mata untuk menarik
pengundi Cina agar kembali menyokong Barisan Nasional? Jika itu yang difikir
oleh Najib, ternyata Najib silap besar! Apa pun yang Najib lakukan, pengundi
bukan Melayu terutama yang ultra kiasu tidak akan sesekali mengundi BN
lagi.
Sedarkah Najib bahawa orang Melayulah yang
telah memberi kemenangan kepada BN pada PRU yang lalu. Tanpa orang Melayu, saya
yakin Pakatan Rakyat sudah mampu menang dan sekarang Najib bukan lagi Perdana
Menteri tetapi Ketua Pembangkang! Inilah contoh Melayu mudah lupa yang selalu
disebut oleh Tun Dr. Mahathir. Tun Mahathir sendiri pun tidak bersetuju dengan
RUU yang hendak dibentangkan oleh Najib ini.
Apakah Najib telah lupa bahawa UMNO adalah sebuah
parti yang memperjuangkan Islam dan Melayu? Jika Najib meluluskan RUU ini,
bermakna Najib sedang menghancurkan Islam dan Melayu itu sendiri. Najib akan
menyesal seumur hidup jika dia sanggup melakukannya.Perkara ini bukan hanya akan ditanggung oleh umat Islam dan Melayu di
negara ini, tetapi juga oleh cucu cicit dia juga.
Seburuk buruk Pak Lah dan
Mahathir, mereka tidak pernah mahu mengganggu gugat Islam dan Melayu. Tetapi
Najib yang tidaklah sehebat mana walaupun jika hendak dibandingkan dengan Pak
Lah begitu berani untuk melakukan perbuatan sebegini rupa.
Inilah akibatnya jika kita
meletakkan kepentingan politik di atas dan bukannya kepentingan agama, bangsa
dan tanah air di atas. Kita akan lebih mengutamakan kuasa politik berbanding
dengan agama, bangsa dan tanah air kita sendiri. Jika UMNO pun dua kali lima sahaja dengan DAP,
pada siapa lagikah orang Islam dan Melayu akan bergantung harap untuk terus
berjuang mempertahankan Islam dan Melayu itu sendiri?
Jika beginilah permainan
politik Najib, maka sia sialah sokongan yang diberikan oleh orang Melayu pada
PRU yang lalu kepada UMNO dan BN. Maka pada hemat saya sudah sampai masanya
kita sudah tidak boleh lagi bergantung harap kepada parti politik sedia ada
untuk menjaga Islam dan Melayu dengan sebaik mungkin. Sudah sampai masanya kita
menubuhkan parti baru yang dianggotai oleh ahli ahli NGO NGO Islam dan Melayu
untuk bertanding dalam PRU akan datang untuk menjaga asas asas Malaysia
ini.
Ayuh, bangkitlah wahai
saudara saudaraku, bersatulah kita dibawah payung Islam dan Melayu untuk terus
mempertahankan hak kita yang semakin terhakis oleh kerana ketamakan dan
kerakusan pemimpin pemimpin kita dalam mengejar kuasa. Kita tidak boleh berdiam
diri dan berpeluk tubuh sahaja, Marilah kita membulatkan tekad untuk sama sama
berjuang mempertahankan hak hak kita yang telah dijamin di dalam Perlembagaan
itu.
Jika kita tidak
mempertahankan Islam dan Melayu, siapa lagi? Wahai rakan rakan pembaca, mahukah
kalian Islam dan Melayu terus ‘disiksa’ di tempatnya sendiri? Jika tidak mahu,
marilah kita bersatu dalam mempertahankannya. Hidup Islam! Hidup Melayu!
Ya Allah, Tuhan yang
mentadbir seluruh alam. Yang mempunyai kekuasan tujuh petala langit dan tujuh
petala bumi. Dengan Rahmat dan HidayahMu, dengan kuasa dan keagunganMu,
tolonglah kami umat umat Islam di Malaysia. Bantulah kami agar terus dapat
mempertahankan Islam – agama Mu yang suci ini. Bantulah kami untuk
mempertahankan bangsa kami yang semakin tertindas ini. Bukalah hati saudara
saudara kami dalam mempertahankan Islam dan Melayu ini. Tiada tempat lagi yang
boleh kami mengadu dan bergantung harap. Hanya engkau sahajalah, Tuhan semester
Alam.
Kau sedarkan dan bukalah
hati pemimpin pemimpin kami agar terus menjaga Islam dan Melayu ini seperti
mana mereka menjaga nyawa mereka sendiri. Kau satukanlah hati hati pemimpin
pemimpin kami agar agama Mu yang suci ini akan kekal terpelihara hingga ke
akhir zaman. Perkenankanlah doa kami Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha
Mengetahui. Amin ya Rabbal Alamin.
Baru baru ini terdengar
cakap cakap politik mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan
Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO akan meletak jawatan. Benarkah apa
yang didakwa oleh ramai blogger blogger itu? Menurut Muhyiddin, itu hanya
khabar khabar angin sahaja. Tetapi menurut pepatah : kalau tidak ada angin
masakan pokok bergoyang.
Apa yang saya harapkan itu
hanyalah khabar khabar angin sahaja. Mengapa Muhyiddin yang perlu meletak
jawatan sedangkan dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan begitu baik
sekali. Pada saya, adalah lebih bagus jika Najib meletak jawatan dan
serahkannya kepada Muhyiddin. Najib yang jelas lebih teruk dari Pak Lah perlu
memberikan tampuk pentadbiran negara ini kepada Muhyiddin. Biar kita lihat pula
bagaimana pula Muhyiddin mentadbir negara ini. Adakah sama seperti Pak Lah,
Najib dan Mahathir?
Apa
yang melucukan MCA yang selama ini mengugut untuk keluar BN jika UMNO bersetuju
untuk melaksanakan Hudud bersama PAS tiba tiba sahaja ‘terhegeh hegeh’ untuk
menerima jawatan dalam kabinet yang hendak dirombak oleh Najib tidak lama lagi. Inilah dia contoh contoh
ultra kiasu. Perjuangan MCA, GERAKAN dan DAP adalah sama. Sama sama
berjuang untuk mendapatkan kuasa politik demi kepentingan kaum mereka – Cina!
Jangan mudah terpedaya dengan lakonan dan
sandiwara mereka. Apa yang penting kita sebagai umat Melayu perlu bersatu untuk
mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita agar tidak diganggu gugat oleh
pemimpin pemimpin ultra kiasu yang sakit hati dengan kita.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.