Sabtu, 1 Mac 2014

RANCANGAN HIBURAN DI MALAYSIA : SATU KETANDUSAN IDEA

     Pertama sekali saya ingin menyusun sepuluh jari kepada para pembaca kerana saya tidak sempat untuk mengemaskini blog ini memandangkan kesibukan saya sebagai seorang pelajar amat membataskan masa saya untuk terus berkarya. Namun begitu, ini bukanlah bermaksud saya tidak akan menulis cerpen lagi di blog ini. Tidak lama lagi cuti semester akan bermula. Maka di kesempatan itu nanti saya akan terus menulis cerpen cerpen yang berkualiti untuk tatapan pembaca semua.

     Sebagai seorang mahasiswa dan penulis, saya ingin melemparkan kritikan terhadap rancangan rancangan hiburan yang ada di Malaysia ini. Pada hemat saya, rancangan hiburan yang ada di Malaysia ini sudah ketandusan idea. Mengapa saya berkata sedemikian? Cuba kita lihat rancangan rancangan yang disiarkan di stesen stesen televisyen tempatan seperti RTM, TV3 dan ASTRO. Asyik rancangan yang hampir sama sahaja disiarkan. Rancangan yang sudah disiarkan di saluran televisyen lain kemudian diubah format dan disiarkan pula di televisyen lain.

     Contoh yang saya dapat berikan di sini adalah Mentor dan Akademi Fantasia. Rancangannya hampir sama sahaja cuma formatnya diubah. Begitu juga dengan rancangan Mentor dan Bintang Mencari Bintang. Rancangan yang hampir sama juga. Jika Mentor mengetengahkan nyanyian manakala Bintang Mencari Bintang pula mengetengahkan lawak dan nyanyian. Namun, satu perkara yang tidak diubah adalah kedua dua rancangan ini mempunyai seorang mentor dan seorang protege. 

     Tidak ketinggalan rancangan rancangan yang memberi anugerah kepada artis artis Malaysia. Anugerah Skrin, Anugrah Meletop, Festival Filem Malaysia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik, dan banyak lagi. Semuanya mempunyai konsep yang sama cuma fotmatnya sahaja yang diubah untuk mencipta kelainan dalam rancangan itu.

     Begitu juga dengan Melodi, Propaganza, dan Diva. Semuanya hampir SAMA cuma sekali lagi saya menulis, FOTMATNYA SAHAJA YANG DIUBAH.  Saya sendiri berasa pening menonton rancangan rancangan seperti ini. Memaparkan gosip, fitnah dan umpat keji orang kemudian disajikan dengan meluas kepada kita semua. 

     Ini tidak termasuk dengan rancangan rancangan yang diambil dari luar seperti MasterChef, Fear Factor, dan banyak lagi. Semuanya langsung tidak memperlihatkan kekreatifan stesen televisyen yang berada di negara kita. Lebih menyedihkan apabila rancangan Fear Factor yang boleh mengancam nyawa itu disiarkan di negara kita. Tahukah anda semua Fear Factor itu adalah ciptaan Yahudi Laknatullah? Tahukah anda apakah agenda yang dilakukan oleh orang orang Yahudi itu melalui rancangan itu? Orang Yahudi membuat rancangan itu untuk menghina bangsa Anglo Saxon Amerika dan orang kulit hitam Amerika. Mereka mahu menghina orang orang ini dengan cara orang orang ini sanggup melakukan apa sahaja demi wang! 

     Yahudi berjaya menghina orang orang ini dengan cara membuat aktiviti aktiviti yang boleh mengancam nyawa dan membuat perkara yang menjijikkan untuk mendapatkan wang. Kita pula - orang Islam telah terpengaruh dengan agenda Yahudi itu dengan menyertai rancangan itu. Kemudian kita berbangga apabila kita berjaya melepasi cabaran yang sukar itu. Kita berbangga apabila kita menang dan mendapat wang yang banyak hasil kerja kita yang merbahaya tanpa kita sedari akan agenda Yahudi itu.

     Inilah padahnya apabila kita terlalu taksub dengan hiburan yang melalaikan  sehingga kita lupa mengkaji najitah daripada rancangan itu. Bayangkan, jika peserta peserta itu memanjat bangunan yang tinggi untuk melakukan misi, kemudian dengan takdir Allah dia jatuh dan patah tulang belakang sehingga lumpuh, apa guna wang juta juta itu kalau sudah tidak boleh berjalan? Inilah kesilapan kita. Kita terlalu alpa dan leka sehingga kita tidak sedar akan penghinaan yang orang lain lemparkan terhadap kita.

     Saya juga merasakan rancangan hiburan di negara kita ini sudah terlalu banyak sehingga boleh melalaikan. Tidak salah untuk kita berhibur namun mestilah mengikut landasan agama yang betul. Berbalik semula tentang topik yang hendak saya perkatakan, Kebanyakkan rancangan hiburan di negara kita tetap sama. Cuba kita cari bagaimana untuk kita membuat rancangan rancangan yang lain,  lebih berkualiti dan lebih memberi manfaat. Saya bukan mahu berbangga dengan negara Korea Selatan, namun cuba kita lihat bagaimana mereka boleh membuat rancangan rancangan televisyen yang hebat hebat seperti Runningman, Family Outing, X Man dan sebagainya.

     Pada pandangan saya, sudah sampai masanya pihak televisyen tempatan belajar daripada mereka bagaimana mahu membuat rancangan rancangan yang berkualiti seperti itu. Kita perlu berubah dan tidak boleh berada di takuk yang lama jika kita mahu menjadi sebuah negara Islam yang maju tanpa melanggar undang undang Islam, norma masyarakat Melayu dan undang undang negara.

Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.