Sabtu, 18 Mac 2017

TATKALA TUHAN MENYAMPAIKAN PESAN

Image result for tuhan
Sumber : Google



Ketika kita melangkah pergi meninggalkan Tuhan,

Sedikit pun Tuhan tidak pernah berasa sedih mahupun rawan,

Tetapi, Tuhan tidak pernah lupa untuk menyampaikan pesan,

Seandainya di suatu ketika nanti kita ditimpa kesedaran,

Janganlah pernah sesekali berasa malu ataupun segan,

Untuk menadah tangan dan memohon keampunan.



Berapa banyak pun dosa yang telah kita buat,

Tuhan tidak pernah culas untuk menerima taubat,

Dan Tuhan terus berpesan entah yang ke berapa kali,

Janganlah ditempuh maksiat itu lagi dan lagi.



Tuhan pun berpesan lagi,

Janganlah dicari Tuhan lain sebagai pengganti,  

Kelak kita tidak mampu menahan siksa Tuhan yang amat pedih sekali,

Meskipun kita keseorangan di dalam dunia ini,

Akibat disisih atau dipinggir oleh lain lain manusiawi,

Tuhan pasti datang untuk menemani.



Walaupun kita sering mengingkari perintah Tuhan,

Namun kasih Tuhan terhadap kita tidak pernah berkurangan,

Buktinya kita masih bernafas dan masih lagi bisa menikmati kehidupan.



Tuhan selalu bertanya : mengapa kita sering melupakan diri-Nya.

Apakah kita tidak sedar akan keesaan-Nya,

Ingatlah, walau di mana sahaja kita berada,

Tuhan sentiasa menyayangi dan mengingati kita semua.



Dan Tuhan terus lagi menyampaikan pesanan,

JIkalau suatu ketika nanti kita berada dalam keresahan dan kecelakaan,

Janganlah sesekali Tuhan itu kita lupakan,

Segeralah datang kepada-Nya untuk memohon pertolongan,

Kelak bantuan itu akan Tuhan kirimkan.






2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.