Sumber : Google |
Dr. Shazril Shaharuddin memanglah
tidak popular seperti mana Remy Ishak atau Fahrin Ahmad namun ketampanan dan
kesasaan tubuhnya memang tidak terkalah dengan dua orang pelakon kacak itu. Dia
pernah beberapa kali muncul dalam iklan televisyen dan majalah majalah tempatan
sebagai ikon pertandingan badan cantik yang sudah menjadi satu trend kegemaran lelaki masa kini. Sebagai seorang doktor,
jarang sekali golongan professional sepertinya mahu menceburi bidang sebegitu
(jika saya tidak silap).
Saya mengetahui nama Dr. Shazril
melalui majalah majalah yang saya baca. Namanya seangkatan dengan nama ikon
badan cantik yang lain antaranya Faez Nick, Dino Azizi dan ramai lagi. Anda
boleh tahu mengenai mereka jika anda mempunyai akaun Instagram atau membaca
majalah Maskulin, Mangga dan Lelaki selain ‘bertanya sendiri’ dengan
Dr. Google.
Nama Dr. Shazril yang selama ini
hanya ‘suam suam kuku’ sahaja tiba tiba panas apabila diundang menjadi tetamu
jemputan dalam satu rancangan sebuah stesen radio popular iaitu Hot FM. Orang tidak
pertikaikan kehadirannya sebagai tetamu di stesen radio itu tetapi orang
pertikaikan panggilan yang dibuat oleh sekumpulan pendengar wanita kepadanya
melalui stesen radio tersebut. Masyarakat menjadi bingung mengapa pendengar wanita
terutama dari golongan ibu sanggup bertindak ‘liar’ sebegitu?
Saya tidaklah mendengar apa yang
sekumpulan pendengar wanita itu ucapkan sewaktu sesi itu berlangsung tetapi
hasil pembacaan saya dari laman sesawang Free Malaysia Today dan media media sosial terutama dari Facebook Amran Fans, ada diantara
pendengar wanita tersebut yang sanggup melahirkan anak di hadapan doktor
terbabit kerana ketampanannya (Free Malaysia Today, 2015).
Menurut Free Malaysia Today (2015)
lagi, ada juga pemanggil yang sanggup menempah doktor berkenaan untuk bersalin
selain menawarkan isteri kedua.
Dahulu saya pernah terbaca beberapa
kali di dada dada akhbar tentang para ibu yang sukar mahu bersalin dengan
doktor wanita. Mereka seboleh bolehnya mahu doktor wanita yang menjadi bidan
mereka dan bukannya doktor lelaki atas faktor menjaga aurat, alat sulit dan
rasa malu. Tetapi saya menjadi bingung dengan pendengar wanita yang membuat
panggilan kepada doktor lelaki tersebut menerusi stesen radio Hot FM itu.
Mereka ini spesis ibu yang bagaimana?
Saya tidak berminat untuk mengulas
lanjut tentang hukum hakam Islam terutama dalam darihal menjaga aurat dalam
artikel saya yang cukup terhad ini memandangkan saya bukanlah seorang agamawan.
Saya rasa anda boleh membaca dan memahami teguran yang dibuat oleh pemimpin
Pemuda PAS Pusat, Hafeez Sabri berkenaan dengan hal itu. Teguran yang dibuat
oleh ustaz Hafeez sangat menarik dan cantik sekali.
Apa yang boleh saya katakan adalah
pemanggil pemanggil wanita yang membuat panggilan ‘gersang’ tersebut agar
segera bertaubat dan memohon maaf kepada suami masing masing. Apa yang anda
lakukan itu jelas salah dan perlu segera insaf supaya tidak tersasar jauh lagi
dari jalan yang benar. Jangan kerana baru diuji oleh Allah dengan
ketampanan seorang manusia yang sudah pasti tidak dapat melawan ketampanan Nabi
Yusuf, kita sudah menjadi ‘tidak keruan’ dan ‘gersang’ dengan membuat panggilan
yang karut marut sebegitu. Insaf dan bertaubatlah.
Perempuan Melayu lebih lebih lagi
Islam sangat terkenal dengan kelembutan dan kesopanan. Jangan sesekali kita
merosakkan imej tersebut dengan mendedahkan sikap kita yang entah apa apa itu.
Jangan kerana sikap kita yang tidak tentu hala, imej Islam dan imej Melayu yang
menjadi rosak. Jangan sampai orang bukan Islam memandang rendah pada bangsa dan
agama kita.
Walau apa pun, setiap manusia itu
tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Apa yang penting kita
mesti mengambil pengajaran daripada peristiwa itu dan segera bertaubat agar
perkara yang semacam itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
sy pun xdgr kt radio psl dr nih...sy tau dr medai sosial jer....tp naik segan lak bila tau ada wanita yg snggup ckp mcm tu....huhuuhuhuh
BalasPadam