Khamis, 22 Oktober 2015

UMNO MESTI PERTAHAN SAIFUDDIN ABDULLAH

Sumber : Google

Pelbagai reaksi diterima dari masyarakat tentang kemasukkan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada yang menyokong tidak kurang juga yang menentang. Namun, beberapa pendapat yang dikeluarkan oleh sekumpulan orang UMNO, kemasukkan Saifuddin ke dalam PKR itu bukanlah suatu perkara yang mengejutkan. Menurut mereka, banyak pegangan Saifuddin sama dengan pegangan pemimpin pemimpin pembangkang. Jadi, jika Saifuddin masuk pembangkang pun, itu memang sudah lumrah kerana apa yang Saifuddin cuba perjuangkan, sama seperti pembangkang perjuangkan.

Sekumpulan orang UMNO menganggap Saifuddin agak lunak dengan pembangkang. Aspirasi Saifuddin sama seperti aspirasi pembangkang. Jadi, sekumpulan orang UMNO itu merasakan lebih baik Saifuddin masuk pembangkang kerana tindak tanduk Saifuddin itu bertentangan dengan tindak tanduk yang UMNO suka. Tindak tanduk Saifuddin lebih mirip kepada tindak tanduk pembangkang.

Dalam soal universiti, AUKU, belia, orang muda, mahasiswa, kebebasan,  dan banyak lagi, fahaman yang Saifuddin pegang sama macam fahaman yang pemimpin pembangkang pegang. Oleh sebab itulah, ramai orang UMNO benci kepada Saifuddin. Saifuddin dianggap sebagai jurucakap pembangkang di dalam UMNO. Saifuddin dianggap sebagai ‘Rafizi Ramli’ dalam kelompok UMNO.


Bila Saifuddin ambil keputusan untuk sertai PKR, ramai orang UMNO suka. Mereka mengatakan itulah tempat terbaik untuk Saifuddin. Aspirasi yang diperjuangkan Saifuddin tidak sesuai di dalam UMNO. Apa yang Saifuddin mahu perjuangkan sesuai di dalam parti pembangkang khususnya PKR dan DAP.  

Namun begitu, sebagai mahasiswa, saya melihat satu kerugian buat UMNO apabila Saifuddin keluar dari parti keramat itu dan sertai PKR. Saifuddin adalah pemimpin muda yang mesti UMNO pertahankan. Ini kerana, hanya dia sahaja pemimpin UMNO selepas Khairy Jamaluddin yang berani berdebat dengan pemimpin pembangkang. Mana mahu cari lagi pemimpin yang berwibawa untuk diajak berhujah dengan pemimpin pembangkang selain daripada Saifuddin?

Mahu diletak Zahid Hamidi atau Hishamuddin Hussein, jangan diharap perkara itu akan terjadi. Saifuddin seorang sahaja orang muda dalam UMNO yang berani ke depan mempertahankan UMNO yang diasak dari kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Pemimpin yang lain hanya menjadi pemerhati pasif tanpa mahu berbuat apa apa bagi mempertahankan parti yang entah sampai bila akan bertahan itu. Sikap mereka tambah merugikan UMNO.

Jika UMNO suka Saifuddin keluar dari UMNO hanya kerana dia berbeza pandangan dengan UMNO, maka dungulah UMNO! Jelas UMNO adalah parti yang tidak boleh ditegur, sombong, dan tidak boleh menerima perubahan. Walaupun banyak yang saya tidak setuju dengan Saifuddin, namun saya rasa dia sesuai berada di dalam UMNO. Dia boleh menjadi pengimbang yang baik untuk UMNO. UMNO mesti mempertahankan dia bukannya mencemuh dia.

Dalam sekumpulan manusia terutama manusia yang duduk di dalam sebuah negara demokrasi, berbeza pendapat adalah perkara biasa. Jika semua orang mesti mengemukakan pendapat yang sama, itu bukan demokrasi tetapi kaki kipas dan pak angguk namanya. UMNO tidak sepatutnya keji Saifuddin tetapi kaji pemikirannya adakah sesuai dilaksanakan menurut acuan Islam, Melayu dan Malaysia. Belum pun UMNO buat kajian tentang aspirasinya, UMNO sudah pun melabelnya dengan bermacam gelaran. Jelas UMNO menjalankan demokrasi yang tidak sihat.


UMNO rugi kerana kehilangan pemimpin berkaliber sepertinya. Pembangkang untung kerana dia sudah pun menyertainya. Kemasukkan Saifuddin ke dalam barisan pembangkang akan menyebabkan UMNO tambah sakit. Rakyat melihat UMNO semakin lama semakin tidak relevan. Kemasukkan Saifuddin ke dalam barisan pembangkang secara tidak langsung menguatkan semula pembangkang yang baru sahaja pulih dari ‘kecederaan’ itu. 

2 ulasan:

  1. Izin berkunjung ya gan? Semoga kunjungan saya kali ini bisa bermanfaat,,, makasih banyak ya??

    BalasPadam
  2. Tanda sudah semakin parah barah dalam daging UMNO..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.