Isnin, 17 Jun 2024

REVIEW : THE GUEST

Baru-baru ni baru selesai tengok drama Korea ni. Nampak macam drama seram tetapi sebenarnya lebih kepada drama thriller. 


Aku tak tahu pun drama ni ada. Mungkin sebab drama ni underrated kot. Sebab tu tak ramai orang yang cakap pasal drama ni. 


Aku tahu drama ni pun dari kawan perempuan aku. Dia memang peminat filem atau drama yang ada unsur seram, darah, hantu, pembunuhan dan yang sewaktu dengannya. Dia yang cadangkan aku untuk tengok drama ni lepas dia paksa aku tengok filem Exhuma. 


Aku tertarik nak tengok drama ni sebab drama ni menghimpunkan tiga orang yang berbeza latar belakang untuk selesaikan kes pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang kena rasuk dengan satu iblis yang bernama Park Il Do. 


Tiga watak dalam drama ni - polis, paderi dan psikik (orang yang boleh tengok perkara-perkara ghaib) bekerjasama untuk mencari dan menghapuskan Park Il Do yang suka merasuk dan membunuh orang. 


Drama ni best sebab tak cliche macam drama-drama yang aku pernah tengok sebelum ni. Jalan cerita drama ni ada laju ada lambat. Tapi aku tak rasa bosan tengok drama ni. Kadang, mana part yang cakap banyak tu aku lajukan video sebab tak penting. 


Kekuatan drama ni sebenarnya pada watak. Watak Yoon Hwa Pyung sebagai psikik dan watak Choi Yoon sebab paderi yang boleh buat ritual pengusiran syaitan yang sebenarnya membuatkan drama ni jadi best. Selebihnya adalah jalan cerita yang tak bosan. Ending dia pun bagi aku best. 


Pendapat aku, aku boleh bagi 7/10 untuk drama ni. Drama ni agak underrated tapi best juga bagi aku.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.