Rabu, 6 Februari 2019

PESANAN UNTUK MAHASISWA


Image result for mahasiswa
Sumber : Google


Ketika kau datang ke daerah kemahasiswaan,
Usah kau hanyut dalam badai percintaan,
Perlu kau tahu mengapa kau di universiti, 
Untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyaknya di dalam hati.

Jadi mahasiswa ini bukanlah mudah,
Tugasan dan peperiksaan memang amat payah,
Perlu kau rasa susah pada masa sekarang,
Supaya kau tidak susah pada masa akan datang.

Taatkan dirimu kepada Tuhan,
Kerana Tuhan sememangnya mempunyai kekuasaan,
Usah taatkan dirimu kepada ahli politik,
Kerana mereka hanyalah seketul taik!

Lihatlah suasana di bandar besar sana,
Bangsa mana yang paling ramai berniaga,
Lihat juga saudara kita di Palestin sana,
Bawalah segera pembelaan untuk mereka.

Kau sebatang lilin yang tega membakar diri,
Untuk menerangi bangsamu yang ditelan gelap dinihari,
Perlu kau bawa keadilan kepada dunia,
Kerana dunia akhirnya milik semua anak muda.

Related Posts:

  • MATINYA KEDAULATAN Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE … Read More
  • BICARA SEORANG SENIMAN Sumber : Google   Aku yang bergelar seorang seniman, Hanya mampu berlakon di pentas teater yang kurang tontonan, Engkau yang bergelar… Read More
  • KENCING RAKYAT Sumber : Google Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE … Read More
  • HADIAH KEADILAN Sumber : Google  Ketika kau beri sejambak bunga cinta, Tubuh munggilku kau nikmati sepuasnya, Lalu kau kongsi bersama teman-teman, Yang… Read More
  • BERTEMAN DENGAN SENI Sumber : Google Sepi yang lena telah keluar dari kamar kalbu, Runsing yang pegun telah berdiri tanpa kaku, Petaka yang senyap sudah tidak la… Read More

4 ulasan:

  1. Bukan semua orang berpeluang menimba ilmu sehingga ke menara gading.

    BalasPadam
  2. haiiii. saya tak reti menuturkan bahasa bahasa yang indah tapi saya sangat kagum dengan puisi ni. terima kasih atas peringatan. besar sekali maksud puisi ini

    BalasPadam
  3. bukan semua orang dapat ke U...

    bila dah masuk tu, hargailah sebab U = menara gading. dah nama pun menara, kalau jatuh sakit weyh.. akak taknak sambut kat bawah, kekkeee... :D

    BalasPadam
  4. dah masuk universiti.. belajarlah betul2.. bukan belajar kat mcd!

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.