Ahad, 31 Mei 2015

ORANG MELAYU DAN KRISIS IDENTITI

Sumber : Google
Memandangkan orang Melayu telah memasuki zaman moden, cara kehidupan mereka juga sudah bertukar menjadi moden. Serba serbinya moden. Jika dahulu orang Melayu tidak tahu apa itu telefon pintar, androids, Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya, kini semuanya sudah berada di hujung jari orang Melayu. Orang Melayu sudah begitu ramai yang menguasai penggunaan media media dan teknologi baru pada hari ini.

Dari satu sudut, saya berasa bangga dengan pencapaian orang Melayu itu. Setidak-tidaknya orang Melayu tidak dianggap kuno atau ketinggalan zaman. Namun, kemajuan teknologi pada masa kini bukan sahaja mengubah gaya hidup orang Melayu tetapi juga turut menghilangkan jati diri mereka.

Dalam pemerhatian saya, sifat sifat orang Melayu yang lemah lembut, bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi sudah tidak wujud lagi. Apabila orang Melayu sudah menjadi kaya atau sudah mencapai kedudukan tertinggi dalam masyarakat, perasaan sombong mula menular dalam hati mereka. Mereka memandang orang di bawah mereka dengan pandangan hina dan gemar memperlekehkan. Cara percakapan mereka sudah mula berubah menjadi bongkak memandangkan mereka telah diuji oleh Allah dengan harta kekayaan yang melimpah ruah.


Golongan muda Melayu merupakan golongan yang paling banyak berubah. Rambut mereka sudah lain benar dengan orang Melayu zaman dahulu. Potongan rambut mereka bukan sahaja sudah mengikut fesyen terkini yang jelas mengarut tetapi juga sudah tidak lagi berwarna hitam. Warna merah, biru, perang, kuning sudah melekat pada rambut mereka.

Itu tidak dicampur lagi dengan pelbagai aksesori aksesori yang entah apa apa seperti gelang, rantai dan subang. Ironinya, aksesori aksesori itu dipakai oleh kaum lelaki sedangkan dalam Islam, Rasulullah menentang keras seorang lelaki menyerupai seorang wanita. Inilah akibatnya jika Islam itu difahami dengan logik akal dan bukannya dengan Al Quran dan As Sunnah.    

Fesyen orang Melayu sama ada lelaki atau perempuan zaman dahulu dan zaman sekarang sudah banyak berubah. Fesyen orang zaman dahulu jelas menutup aurat dan sopan. Fesyen orang zaman sekarang seboleh bolehnya mahu mendedahkan aurat dan kalau boleh mahu mendedahkan seluruh anggota badan untuk tatapan anggota masyarakat lainnya.

Pemuda pemudi zaman dahulu bukan senang untuk bercinta. Berjumpa sebulan sekali pun begitu sukar sekali. Kadang kala mereka tidak pernah bercinta pun sebaliknya berkahwin atas dasar kemahuan keluarga. Pemuda pemudi zaman sekarang bukan sahaja selalu berjumpa, malah berpelukkan, berpegangan malah bercumbuan pula di khalayak ramai. Lebih parah lagi ada diantara mereka sudah pun melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dan akhirnya mengandung anak luar nikah. Kemudian membuang bayi itu seperti membuang kertas pembalut gula gula di dalam tong sampah, longkang, di masjid, di sungai, tasik dan sebagainya.

Jelas orang Melayu zaman sekarang sedang mengalami krisis identiti. Sedikit demi sedikit mereka membuang identiti mereka sebagai orang Melayu/Islam dan menggantikannya dengan identiti orang orang Barat. Nampaknya cubaan pihak pihak tertentu yang mahu menghapuskan identiti Melayu/Islam dalam diri orang Melayu sudah pun berjaya. Dalam jangka masa seratus tahun akan datang, jika orang Melayu/Islam masih leka, alpa dan lupa, identiti Melayu/Islam ini akan terhapus suatu hari nanti.     

Jangan hairan bin terkejut jika suatu hari nanti anak cucu kita akan mengetahui akan hal bangsa Melayu dan agama Islam bukan lagi dari buku buku yang ditulis oleh orang Melayu dan orang Islam sebaliknya oleh orang orang Barat. Tatkala perkara itu terjadi, nescaya bertambah rosaklah anak Melayu/Islam yang sudah rosak itu kerana seperti yang kita sedia maklum, orang Barat selalu tidak jujur dalam penulisan mereka dan gemar menyeleweng untuk menyesatkan sesuatu bangsa dan agama.

Sebagai orang Melayu/Islam, kita perlu kembali kepada fitrah kita yang asal iaitu kembali kepada agama kita iaitu Islam. Jika kita menjauhi agama kita, nescaya Allah tidak akan menjaga kita lagi. Tidak mustahil nasib kita akan sama dengan nasib yang menimpa rakyat Rohingnya dan Bosnia Herzegovina kerana telah terlalu jauh dari Allah Azza Wajalla suatu ketika dahulu. Mahukah kita menjadi seperti itu? Tepuk dada dan tanya iman kita.

Sebagai orang Melayu/Islam juga, kita mesti menjaga budaya, seni, gaya hidup dan warisan bangsa kita. Jangan sesekali kita meninggalkannya kelak ia akan hilang diluput zaman. Budaya makan, berpakaian, bergaul, bersopan santun harus dikekalkan dalam hidup kita sebagai orang Melayu supaya generasi baru hari ini dapat mengenalnya dan akan mengamalkannya sampai bila bila.

Kalau orang Melayu/Islam terus alpa dan leka, terus mengekalkan cara hidup orang Barat, lupa pada Allah dan Islam, jangan menangis tidak berlagu atau menyesal seumur hidup jika kita hilang identiti Melayu kita dan kita hilang rahmat Allah yang Maha Luas itu. Fikir fikirkan…


2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.