Selasa, 7 Jun 2022

BOSS



Antara punca seseorang pekerja boleh bertahan lama dalam sesebuah organisasi adalah kerana boss / ketua / pengurus / supervisor yang baik. 

Boss yang mempunyai sikap yang baik pasti akan disukai pekerja dan pekerja akan kekal lama dalam sesebuah syarikat.

Dapat boss yang mempunyai sikap yang buruk akan membuatkan pekerja cari kerja lain.

Aku antara orang yang kerja banyak tempat.

Setiap tempat aku kerja, aku akan dapat boss yang berbeza.

Aku pernah dapat boss yang baik dan pernah juga dapat boss yang teruk.

Walau bagaimanapun, boss adalah manusia biasa. Jadi tak terlepas dari kesalahan.

Boss yang baik pun ada perangai dia yang aku tak suka. Tapi aku boleh kekal lama sebab aku selesa bekerja dengan dia.

Boss yang mempunyai sikap yang buruk memang aku tak suka. Boss jenis ni, aku boleh bertahan kerja dengan dia, sebulan je. Lepas tu aku cabut.

Memang best kalau dapat boss yang baik.

Boss yang baik maksud aku adalah tegas tetapi boleh bertolak ansur dan memahami pekerja.

Boss yang aku tak suka adalah boss yang sikit-sikit nak marah. Tak boleh bertolak ansur dan tak mengambil berat atas kebajikan pekerja.

Alhamdulillah, aku belum pernah lagi dapat boss yang pilih kasih dan tak berlaku adil. Kawan aku pernah dapat boss macam ni.

Jadi boss memang tak mudah, tapi jadilah boss yang memahami dan bertolak ansur dengan pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

Ahad, 17 April 2022

PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

 PUNCA SAKIT KEPALA

 1. Tidak makan sehingga menyebabkan perut kosong. 

2. Tidak mengambil makanan yang mengandung gula. 

3. Makan dengan gelojoh dan tidak dihadam dengan sempurna. 

4. Kerap mengambil minuman bergas dan berkafein. 

5. Tekanan di tempat kerja atau belajar 

6. Kurang tidur 

7. Tekanan Darah tinggi 

8. Menggunakan komputer atau telefon pintar dalam masa yang lama. 

9. Mengalami demam dan selsema. 

10. Alahan terhadap persekitaran, bau dan cuaca. 

11. Ketidakstabilan hormon dan tanda awal haid. 

12. Tanda-tanda awal mengandung. 

Jika ada mengalami sakit kepala, silalah makan ubat atau bertemu dengan juru terapi urut berdekatan anda. 

Boleh whatsapp 011 7070 5922 untuk booking urut. 


Ahad, 7 November 2021

PEAR

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pear atau nama saintifiknya Pyrus Spp. mempunyai lebih daripada 30 spesis daripada keluarga Rosaceae. Dalam bahasa Melayu, buah Pear dikenali sebagai Buah Lai. Malaysia banyak mengimport buah ini dari negara China setiap tahun dengan kuantiti yang banyak. Lazimnya, buah Pear berkulit hijau atau kuning pudar.


Kandungan : 

Mengandungi serat, antioksidan, vitamin C, vitamin K, tembaga, vitamin A, boron, kalsium, dan asid folat.


Khasiat :

1.     Membantu mencegah penyakit jantung

2.     Mengurangkan risiko serangan strok

3.     Mencegah barah payudara

4.     Mengurangkan masalah osteoporosis

5.     Membekalkan tenaga


Selasa, 20 Julai 2021

EPAL

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Epal atau nama saintifiknya Malus Domestica adalah sejenis buah dalam genus Malus dan dalam keluarga mawar (Rosaceae). Epal adalah antara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia. Epal berasal dari Asia Barat. Terdapat lebih daripada 7,500  baka epal yang dikenali di dunia yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza.


Kandungan :

Mengandungi vitamin C, antioksidan, serat, fenol (kuersetinepikatekin, dan prosianidin B2), dan asid ursolik.


Khasiat :

1.     Mengurangkan risiko barah kolon, barah prostat dan barah paru-paru

2.     Membendung risiko penyakit jantung

3.     Mengawal berat badan dan kolestrol

4.     Melambatkan proses penuaan

5.     Menjaga kesihatan tulang


ANGGUR

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Anggur atau nama saintifiknya Vitis spp. ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minumankismisjuswain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ditanam bersesuaian dengan iklim tropika.


Kandungan :

Mengandungi vitamin C, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalori, kalium dan phytonutrient.


Khasiat :

1.     Membantu mengurangkan paras kolestrol

2.     Membantu sistem percernaan

3.     Mengatasi masalah sembelit

4.     Melindungi mata daripada masalah katarak

5.     Melindungi dari penyakit kanser