Jumaat, 26 Februari 2016

BENARKAH RAKYAT MALAYSIA MALAS BEKERJA?


Sumber : Google


Riuh seluruh negara apabila kerajaan berhasrat untuk ‘menjemput’ 1.5 juta rakyat Bangladesh untuk bekerja di negara ini.

Ramai yang membantah kerana kedatangan warga Bangladesh itu bukan sahaja boleh menutup periuk nasi rakyat Malaysia malah akan meningkatkan kadar jenayah di negara ini yang sudah sedia meningkat.

Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri telah membuat tuduhan dengan mengatakan bahawa rakyat Malaysia pemalas! Oleh sebab itu, (menurut anak TPM) bapanya perlu memanggil warga Bangladesh untuk bekerja di negara ini bagi mengisi kekosongan kerja yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia yang didakwa malas tadi.

Isnin, 22 Februari 2016

REALITI YANG MEMBUATKAN RAMAI PEMIMPIN UMNO TIDAK SENANG DUDUK



Di atas itu adalah satu undian yang dibuat oleh Syed Saddiq di laman Twitter. Syed Saddiq adalah seorang pendebat terbaik di Malaysia dari UIAM.

Jika dilihat dari undian tersebut, kita boleh mendapati bahawa anak anak muda sudah tidak mahu lagi menyokong UMNO-BN. Jika saya menjadi pemimpin UMNO, sudah pasti saya tidak akan senang duduk melihat perkara ini.

Sejak dari PRU12 lagi, anak anak muda memang sudah tidak lagi menyokong UMNO terutama mahasiswa di universiti. Mereka begitu dekat dengan parti pembangkang khususnya PKR dan DAP kerana kebijaksanaan parti parti itu mengekspolitasi fikrah anak anak muda ini supaya menyokong mereka di samping dasar keterbukaan parti parti tersebut yang dilihat cocok dengan pemikiran politik anak anak muda pada masa kini. 

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 16


Melisa memandu keretanya keluar dari rumah Husna. Sudah lama dia tidak bertemu dengan teman baiknya itu kerana kesibukkannya sebagai seorang model. Pelbagi cerita yang mereka bualkan. Husna memang tidak banyak berubah. Masih chubby seperti dulu dulu. Husna adalah teman sebiliknya sewaktu mereka menuntut di universiti dulu dan sampai sekarang mereka masih bersahabat. 


Ketika Melisa melewati taman permainan yang berdekatan dengan rumah Husna itu dia melihat Mahmudah sedang membeli ais krim. Serta merta hatinya teringat akan Mahani. Gara gara perbuatan Mahani, Sahiril telah mengahwini janda itu. Dia amat bencikan Mahani. Dia menganggap Mahani sebagai seorang manusia yang licik. Mahani kelihatan baik di depan mata namun hakikatnya wanita itu seorang yang jahat dan licik. 



Sanggup dia memerangkap Sahiril supaya dia boleh berkahwin dengan lelaki itu dan mengaut kekayaan milik Sahiril. Perbuatan Mahani memang tidak boleh dimaafkan. Ketika dia melalui taman permainan itu dia melihat Irfan sedang melintas jalan. Serta merta ilham jahat timbul di fikirannya. Apabila dia melihat tiada orang yang melihat dirinya pada waktu itu, dia terus menekan minyak dan merempuh Irfan yang sedang mengambil bola dan meninggalkan anak kecil itu bersendirian. Dia langsung tiada perasaan bersalah di hatinya melainkan perasaan gembira dan senang hati. 

“Padan dengan muka kau Mahani. Kau rasakan pembalasan dari aku. Berani kau rampas Sahiril dari tangan aku dan sekarang aku pula merampas nyawa anak kau.” Ujar Melisa bersendirian. Dia terus ketawa di dalam keretanya.

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Ahad, 21 Februari 2016

SEGMEN SESI MENGENALI AHLI BLOGGER 2016

Klik banner kalau nak join



Impian terhadap blog 

Diharapkan suatu hari nanti blog ini dapat menjadi sebuah blog yang dikenali ramai seterusnya segala penulisan di dalam blog ini dapat dibukukan suatu hari nanti. Amin... :)


Biodata

Nurhaziq Abdul Hafiz adalah seorang pelajar Bahasa Melayu, penulis blog, dan pengamat sosial. Beliau menulis blog untuk kepuasan dan kebebasan berkarya. 


Ajak ahli blogger lain untuk join  

Sesiapa yang membaca entri ini boleh sertai (join) segmen yang cukup menarik ni. Dapat juga kita eratkan silaturrahim ya tak? Sambil sambil tu boleh kemaskini (update) blog yang dah bersawang tu. Hehehe.  


Nombor telefon dan laman sosial yang ada

Email : nurhaziqm@gmail.com

Twitter : @NURHAZIQHAFIZ

Facebook :  Haziq Abdul

Nombor telefon : boleh berhubung melalui laman sosial yang diberikan. 

Sabtu, 13 Februari 2016

HARGA SEBUAH KESONGSANGAN

Sumber : Google

Sekeping hati telah diberi untuk dikasihi,
Sebuah cinta telah diserah untuk dihargai,
Sebatang tubuh telah digadai untuk dinodai,
Tetapi kecurangan dibalas sebagai pengganti.

Cinta itu tumbuh kerana kebaikkan,
Cinta itu subur kerana kemaafan,
Cinta itu mekar kerana penyeksaan,
Cinta yang datang itu sebenarnya tanpa pengiktirafan,
Kerana cinta itu hanyalah sebuah kesongsangan

Kasih itu telah ditunjangi dengan serakah nafsu,
Kasih itu telah dipengaruhi oleh wajah tampan nan penipu.

Cinta itu telah digadai dengan seribu pembohongan,
Kerana cinta itu tidak disukai dan dilaknat oleh Tuhan,
Memandangkan cinta yang hadir itu telah dibahagi lapan,
Yang juga sudah termasuk ke lurah kecurangan,
Dan sudah juga terkandas ke lembah permainan.
Itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kesongsangan.


Baca Novel Mencari Makna Cinta Bab 1 - 15 di sini ---> .Novel Mencari Makna Cinta



Jumaat, 12 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 15


Ramli menghirup kuah tom yam campur yang dipesannya di Restoran Melah. Sungguh enak kuah tom yam tersebut dimakan bersama nasi dan telur bungkus. Lebih membuka selera apabila dia turut memesan kailan goreng belacan. Sudah lama dia tidak makan di restoran tersebut kerana kesibukkanya bekerja mengurus hotel tersebut. Kali terakhir dia makan di restoran tersebut ketika bersama Mahani selepas pulang dari mahkamah.
Tiba tiba fikirannya teringat akan Mahani. Tidak semena mena hatinya menjadi sebak. Tapi apa yang boleh dia lakukan. Mahani kini sudah sah menjadi milik Sahiril. Dia hanya mampu berdoa agar Mahani boleh berbahagia dengan suami yang langsung tidak mencintai dirinya. “Assalamualaikum, Encik Ramli.” Ramli memandang kepada orang yang memberi salam tersebut.
Kelihatan Nadia sedang berdiri tidak jauh dari mejanya. Gadis itu memakai baju kemeja T dan berseluar jeans. “Waalaikumussalam. Awak nak beli makanan kat sini ke?” Soal Ramli. “Tidak. Saya nak makan kat sini. Encik Ramli seorang saja?” Soal Nadia pula. “Ya. Saya seorang saja. Kalau macam tu mari kita makan bersama. Boleh kita berbual bual.” Pelawa Ramli.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 14



Mahani bangun seawal pukul 5.30 pagi lalu membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Subuh. Seusai solat, dia terus mengejutkan Irfan. Sementara menunggu Irfan mandi Mahani turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Semalam Sahiril telah menyuruhnya untuk membuat sarapan pagi itu. Dia membakar roti dengan menggunakan toaster.
Dia malas mahu membuat sarapan yang berat berat buat Sahiril kerana khuatir kejadian semalam akan berulang lagi. Setelah siap, dia dan Irfan bersarapan dengan memakan roti bakar dan disapu dengan kaya. Setelah itu, dia dan Irfan berjalan ke perhentian bas bagi menghantar Irfan ke sekolah. Dia tidak mengejutkan Sahiril untuk bersarapan. Dia tidak mahu dimarahi oleh lelaki itu seperti semalam ketika mengejutkan Sahiril bangun untuk makan tengah hari.
Biarlah apa yang Sahiril mahu lakukan yang penting tidak menyakitkan hatinya. Setelah menghantar Irfan ke sekolah dia menaiki bas untuk ka RaHa Hotel. Tujuannya ke hotel tersebut bukan untuk bertugas seperti biasa tetapi untuk berhenti. Dia fikir lebih baik dia berhenti setelah apa yang berlaku. Dalam perjanjian itu Sahiril akan memberinya RM2000 setiap bulan sebagai upah perkahwinan itu sehingga perjanjian itu tamat.

Khamis, 11 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 13



 “Aku terima nikahnya Mahani binti Mahat dengan mas kahwin sebanyak RM2500 tunai.” Lancar sekali Sahiril melafazkan ucapan nikah itu. Tanpa menggembirakan hati semua tetamu apabila saksi yang mendengar ucapan Sahiril itu telah mengesahkannya. Maka, bermulalah kehidupan Mahani sebagai isteri yang sah kepada Sahimi Sahiril bin Datuk Seri Mansur walaupun hanya selama dua tahun.
Mahani menitiskan air mata. Dia menitiskan air mata bukan kerana gembira tetapi sedih dengan perkahwinan itu. Dia tidak tahu apakah yang bakal ditempuhnya sepanjang perkahwinan kali keduanya itu. Majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan dibuat di rumah banglo Datuk Hasanah. Perkahwinan itu sungguh hambar sekali. Tiada ucapan tahniah daripada ahli keluarga dan sahabat handai yang datang.
Ini semua dirancang bagi menutup kes Mahani dan Sahiril yang ditangkap khalwat baru baru ini. Malam esok persandingan dua mempelai ini akan dibuat di RaHa Hotel dan penjelasan kepada pihak media akan dibuat. “Tahniah Mahani, sebab kahwin buat kali kedua. Kau dah dua kali kahwin aku tak tahu bila.” Ujar Mahmudah dengan riak wajah meminta simpati.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 12


Air Tasik Cempaka sungguh tenang pada petang itu namun ketenangan itu tidak dapat menenangkan hati Ramli yang sedang dilanda kesedihan. Dia memandang beberapa orang pengunjung Taman Tasik Cempaka yang sedang melakukan aktiviti riadah. Ada yang bersenam, ada yang berlari dan ada juga yang bersantai di bawah pondok yang disediakan.

Ramli teringat akan perbualannya dengan Mahani pagi tadi. Dia tahu keputusannya untuk menikahi wanita itu agak terburu buru tapi yang pasti dia ikhlas mencintai wanita itu. Dia tidak kisah dengan status Mahani sebagai janda beranak satu yang penting Mahani mempunyai hati budi yang baik. Tetapi Ramli tidak menyangka sama sekali Mahani menolak lamarannya mentah mentah.

Mungkin kerana kes ditangkap khalwat itu Mahani menjadi tidak keruan jadi itu dapat mengganggu keputusannya. “Apa Encik Ramli buat kat sini?” Soal satu suara dari arah belakang. Suara itu seperti sudah biasa di dengarnya. Ramli berpaling ke belakang dan melihat Nadia berada di situ. “Kenapa? Tak boleh ke saya datang kat tasik ni?” Soal Ramli pula.

Rabu, 10 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 11



Berita tentang anak seorang pengusaha hotel terkenal iaitu Sahimi Sahiril ditangkap khalwat bersama seorang pengemas bilik hotel telah tersebar di seluruh Malaysia. Setiap akhbar di Malaysia telah memaparkan berita tergempar itu memandangkan Datuk Hasanah merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya di negara ini dan satu satunya orang terkaya di Malaysia dalam kalangan wanita.

Apa yang lebih mengejutkan Sahimi Sahiril telah ditangkap bersama dengan pengemas bilik RaHa Hotel iaitu hotel yang dimiliki oleh keluarga Datuk Hasanah. Datuk Hasanah dan Sahimi Sahiril telah menanggung malu yang amat besar di atas berita tersebut. “Kamu tengok akhbar ni Sahiril. Semua surat khabar tulis pasal cerita kamu dengan perempuan kampung tu. Kamu tak malu ke?” Soal Datuk Hasanah sambil menghempas surat khabar di atas peha Sahiril.

Sahiril yang berada di ruang tamu itu sudah tidak senang duduk. Dirinya bagai cacing kepanasan pada waktu itu. Dia sendiri tidak menyangka perkara seperti itu boleh terjadi pada dirinya. Dia hanya berbual bual dengan Mahani di dalam bilik. Mereka tidak melakukan apa apa pun yang salah. Akibat berita palsu itu reputasinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif RaHa Hotel telah tercemar.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 10



Ramli memandang bintang bintang di langit. Dia yang sedang duduk di kerusi taman yang berada di halaman rumahnya mengira ngira bintang yang berada di langit itu. Sesekali dia mencari buruj buruj yang diketahuinya seperti buruj scorpio dan buruj pari namun tidak ditemuinya. Dia memandang langit ciptaan Allah s.w.t itu dengan khusyuk. “Subhanallah. Indah sungguh pemandangan pada malam ini.” Desis hatinya.

Apabila terpandang bintang dia teringat akan Mahani. Wanita itu seperti bintang dalam hidupnya. Bersinar menggantikan cahaya bulan dalam kegelapan malam. Dahulu dia takut untuk bercinta. Dia masih teringat bagaimana ibunya berlaku curang dengan ayahnya. Dia teringat kisah dua puluh tahun lalu. Ketika umurnya baru sepuluh tahun. Ayahnya sering sibuk dengan tugasnya sebagai peguam dan sering meninggalkan ibu dan dirinya di rumah.

Ayahnya sering pulang lewat malam ketika dia sudah tidur. Apabila ayahnya pulang pasti kedua dua ibu bapanya bertengkar. Dia amat takut dengan keadaan itu. Dia melihat kawan kawannya mempunyai ibu dan ayah yang amat mengambil berat tentang diri mereka sedangkan ibu bapanya sering sibuk dan seperti langsung tidak mahu mengambil tahu perihal dirinya.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 9



Sahiril sedang membaca buku Fail Sulit Presiden Amerika Syarikat yang ditulis oleh Muhd. Nur Iman Ramli. Buku itu sungguh menarik. Buku itu sebenarnya sudah lama dibelinya namun dia tidak ada kesempatan untuk membacanya memandangkan tugasannya di pejabat seolah olah tidak mahu habis. Dirinya sentiasa sibuk sehingga dia tidak ada masa untuk berehat.

Pada malam inilah baru dia boleh berehat sambil membaca buku yang telah dibelinya beberapa bulan yang lalu. Buku itu menceritakan tentang sejarah pembinaan negara Amerika Syarikat, Biodata Presiden dan Wanita Pertama negara itu, pertubuhan pertubuhan yang berada dalam negara itu dan sebagainya. Pokok pangkalnya buku itu sungguh menarik untuk dibaca. Pelbagai pengetahuan tentang negara Uncle Sam itu yang boleh dia dapati.

“Kamu tak tidur Sahiril?” soal Datuk Hasanah yang tiba tiba muncul di muka pintu bilik Sahiril. “Belum mama.” jawab Sahiril ringkas. Dia menutup buku tersebut dan meletakkan buku itu di sisinya. “Bila klien kita dari Arab Saudi tu nak datang?”  Soal Datuk Hasanah sambil duduk di birai katil. “Itu saya tak pasti. Saya rasa diaorang datang hari Isnin..” Jawab Sahiril.

Selasa, 9 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 8




Sahiri sudah menunggu di dalam keretanya sudah setengah jam. Sesekali dia menjeling jam di tangannya. Dia juga melihat jika ada kelibat Melisa muncul di bangunan Suhara Inc itu namun hampa. “Mana Lisa ni? Kenapa lambat sangat.” Desis hati Sahiril. Kerja paling dia benci adalah menunggu. Dia tidak suka menunggu. Menunggu hanya membuang masa sedangkan masa itu emas.

Papa dan mamanya sering berpesan supaya dia sentiasa menepati masa dan menepati janji yang telah dibuat. Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. Itulah pesanan Cikgu Badariah yang masih segar di mindanya. Tiba tiba dia terdengar ada ketukan kecil di tingkap keretanya. Dia melihat Melisa sedang melambai lambai padanya dari luar kereta.

Lantas dia membuka pintu kereta untuk membenarkan Melisa masuk. “Sorry lambat. Tadi Datin Suhara nak bincang dengan I pasal pertunjukan fesyen kat Milan bulan depan. Tu yang lambat turun. You marah ke?” Melisa memandang ke arah Sahiril yang kelihatan sugul itu. “Tentu dia marah.” Desis hati kecil Melisa. “No. I tak marah tapi next time kalau you lambat pastikan you call I. Jangan buat I tertunggu tunggu macam orang bodoh. You tahu kan I tak suka menunggu dan membuang masa.” Ujar Sahiril.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 7



Seawal pukul 6.30 pagi Mahani dan Mahmudah telah bangun dari tidur. Mereka membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Ibu mereka sering berpesan agar jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama. Solat dapat memberi pendinding kepada diri kita dari bala dan kita akan sentiasa mendapat perlindungan Allah. Puan Salmah juga sering berpesan supaya mereka bangun pada waktu pagi kerana rezeki akan mudah datang kepada mereka.

Itulah pesanan yang masih segar di ingatan Mahani dan Mahmudah sampai sekarang. Setelah menunaikan solat Subuh Mahani mengejutkan Irfan dan mereka bertiga berjalan jalan di pantai. Mereka mahu menikmati pemandangan di tepi laut buat kali terakhir. Sesungguhnya percutian mereka pada kali ini amat menyeronokkan dan meninggalkan seribu satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Setelah puas berjalan jalan, mereka bertiga pulang ke bilik untuk mengemas barang kerana mereka harus mendaftar keluar pada pukul sembilan pagi. Jam menunjukkan pada pukul lapan pagi bermakna mereka masih ada masa untuk bersarapan. Tiba tiba mereka terdengar ada orang memberi salam di luar bilik mereka. Mahmudah bergegas ke pintu untuk melihat siapakah yang datang pada awal pagi itu.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 6



Cepatlah ibu, Irfan dah tak sabar dah ni. Cepatlah mak long.” Teriak Irfan di luar rumah. Hatinya melonjak kegirangan kerana mereka sekeluarga akan ke Port Dickson. Sebuah pantai peranginan yang terkemuka di Malaysia. Port Dickson mempunyai banyak pantai pantai yang cantik di samping mempunyai banyak chalet dan hotel penginapan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar datang ke Port Dickson untuk melancong dan bermandi manda.

“Ya, cuba bersabar Irfan. Jangan nak gelojoh sangat. Tak lari Port Dickson itu dikejar.” Tegur Mahani. “Biarlah dia Ani. Dia tengah teruja tu. Biasalah budak budak. Lagipun dia jarang jarang dapat bercuti macam ni. Kali terakhir kita pergi Langkawi tu pun Irfan baru empat tahun.” Ujar Mahmudah. Mahani sekadar mendiamkan diri. Dia malas mahu berhujah dengan Mahmudah.

Sikap Mahmudah sama seperti arwah ibunya. Suka membela Irfan jika dia memarahi Irfan di hadapan mereka. Setelah memastikan semua barang barang yang hendak dibawa telah di masukkan ke dalam kereta, mereka memulakan perjalanan. Mahani sebenarnya cuti pada hari Jumaat itu sempena sambutan hari Deepavali. Memandangkan hari Sabtu dan hari Ahad esoknya dia bercuti, Mahmudah mengajaknya untuk makan angin Port Dickson.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 5


Telefon bimbit milik Bakri berbunyi nyaring. Seluruh ruang tamu rumah teres setingkat itu dapat mendengar suara telefon bimbit Bakri di pagi ahad itu. Bakri terus mendapatkan telefon bimbitnya yang berada di atas meja kayu itu. Dia mengambil masa beberapa minit untuk bercakap dengan si pemanggil. “Siapa tu bang?” soal Nabila. “Kawan saya. Dia suruh saya datang sekarang.” Jawab  Bakri.

“Kenapa?” soal Nabila lagi. “Ada perkara yang dia nak bincang dengan saya.” Jawab Bakri sambil terus mendukung Irfan. “Hari Ahad pun kena jumpa ke?” Soal Nabila lagi yang tidak berpuas hati. “Manalah saya tahu. Dia nak saya jumpa dia.” Kata Bakri. “Irfan, hari ni Irfan tinggal dengan mama ye. Papa kena kerja jumpa kawan ni.” Kata Bakri sambil mencium pipi anaknya.

“Irfan tak nak duduk dengan mama. Irfan nak ikut papa.” Rayu Irfan. “Tak boleh sayang. Papa pergi sekejap je. Petang nanti papa balik. Kita boleh main sama sama ye.” Pujuk Bakri. Nabila memandang dengan perasaan benci. “Asyik asyik anak dia je yang dia pujuk. Habis aku ni buat apa? Jadi tunggul je kat sini.” Desis hati Nabila. Bakri terus menuju ke biliknya.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 4

Embedded image permalink


Bakri menunggu dengan penuh kesabaran. Dia sudah tidak sabar sabar mahu bertemu dengan anaknya iaitu Irfan. Dia berjalan mundar mandir di sekitar ruang tamu rumahnya itu. Gelagatnya itu mengundang rasa pelik di hati Nabila. 

“Abang ni dah kenapa? Ke sana ke mari ke sana ke mari. Peninglah kepala saya. Nak tengok televisyen pun tak senang tahu tak?” ujar Nabila sedikit kemarahan.

“Saya tengah tunggu Irfan sekarang ni. Saya takut Mahani mungkir janji. Perempuan tu bukan boleh percaya sangat.” Kata Bakri. 

“Saya tahulah awak tunggu anak kesayangan awak tu tapi sabarlah dahulu.” Ujar Nabila. Tiba tiba mereka terdengar orang memberi salam. Bakri terus berlari ke pintu utama rumah. 

“Sampai pun.... Aku ingat kau tak datang.” Kata Bakri.

“Aku bukan jenis orang yang suka mungkir janji. Tadi Irfan ni yang buat perangai. Dia tak nak datang ke sini. Dia cakap bini kau suka pukul dia. Betul ke?” Soal Mahani. 

“Merepeklah Irfan ni. Mana ada Nabila pernah pukul dia. Nabila sayang dia tahu tak. Aku pun sayang dia. Kau ni kan suka sangat ajar anak cakap bohong.” Ujar Bakri. 

“Kau jaga sikit mulut kau Bakri. Aku tak pernah ajar Irfan cakap bohong ye.” Tukas Mahani.

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 3



I

Walaupun badannya masih letih namun dia tetap mahu turun ke Cofee House yang terletak di tingkat bawah RaHa Hotel itu. Kalau diikutkan kehendak hatinya, mahu sahaja dia tidur di bilik. Seharian dia bekerja pada hari ini. Berjumpa dengan para pelabur, pengarah pengarah syarikat dan seterusnya melunaskan tugasan yang ada di pejabat. Sungguh penat dirasakan pada hari itu namun untuk tidak mahu menghampakan buah hatinya, Sahiril tetap turun untuk menikmati makan malam bersama dengan Melisa.

“Hai! Dah lama tunggu?” soal Sahiril setelah duduk berhadapan dengan Melisa. 

“Baru je. you apa khabar? Sihat? I rindu sangat dengan you. Dah lama kita tak jumpa kan?” soal Melisa bertalu talu dengan nada manja. 

I sihat cuma sekarang ni I sibuk sikit. Maklumlah orang berniaga. You sibuk dengan modelling you dan I pula sibuk dengan hotel I.” Ujar Sahiril.

Perbualan mereka terganggu seketika apabila ada pelayan datang untuk mengambil pesanan. Setelah memesan makanan yang diingini, mereka mula menyambung perbualan.

 “I ingat lepas kita kahwin I nak berhenti jadi model. I nak buka perniagaan sendiri.” Ujar Melisa. 

Really? Bagus la kalau macam tu. You nak berniaga apa?” soal Sahiril pula.  

“I ingat nak jual alat alat kosmetik. I kan suka bersolek.” Ujar Melisa.

Ahad, 7 Februari 2016

CIRI CIRI SEORANG SAHABAT SEJATI YANG PERLU ANDA KETAHUI

Sumber : Google

Maafkan saya kerana tidak dapat menulis dan mengemaskini blog ini hampir setiap hari seperti lazimnya memandangkan saya perlu memberi tumpuan kepada penulisan sebuah novel yang akan saya terbitkan di dalam blog ini tidak lama lagi. Menulis sebuah novel sebenarnya tidak sama seperti menulis sebuah artikel. Menulis sebuah novel memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi. Saya sendiri pun tidak dapat menjangka bila novel itu dapat disiapkan seterusnya diterbitkan di dalam blog kerdil saya ini.

Ramai orang bertanya kepada saya, mengapa saya tidak menghantar satu pun karya karya saya sama ada yang berbentuk puisi, novel, atau cerpen kepada mana mana syarikat penerbitan atau kepada mana mana akhbar/majalah? Bukan saya tidak pernah menghantar karya karya saya itu tetapi apabila saya menghantarnya, mesti akan ada penolakkan daripada syarikat atau penerbitan tersebut memandangkan saya bukanlah seorang penulis yang kreatif. Saya menulis sekadar untuk bercerita, menyampaikan pengetahuan, menyampaikan pendapat, membuat teguran, dan menyampaikan pemikiran. Karya karya saya mungkin tidak ada nilai nilai komersial untuk diterbitkan dan disebabkan itu ia sering ditolak. Saya sudah berputus asa untuk menghantar semua karya saya itu kepada mana mana syarikat penerbitan dan oleh sebab itu, saya lebih selesa untuk menerbitkan semua hasil cipta saya tadi di dalam blog ini sahaja.

Jika anda adalah pembaca setia kepada blog ini, mesti anda akan sedar ada dua tiga buah novel online yang tidak siap yang pernah saya terbitkan di dalam blog ini. Salah satu faktor mengapa saya tidak dapat menghantar karya karya saya itu adalah disebabkan saya gagal menyiapkannya dalam masa yang singkat memandangkan saya perlu menumpukan kepada tugasan hakiki saya sebagai seorang mahasiswa. Novel novel yang saya pernah terbitkan di dalam blog ini seperti novel Aku, Dia, Blog, dan Madu dan novel Jembalang kekal terbengkalai begitu sahaja sehingga ke hari ini. Namun begitu, jika ada masa terluang, saya akan sudahkannya dalam bentuk yang lain. Jalan ceritanya mungkin berubah atau mungkin juga menjadi lebih ringkas tetapi saya tetap akan menyiapkannya suatu hari nanti.