Bakri menunggu dengan penuh kesabaran. Dia sudah tidak sabar sabar mahu
bertemu dengan anaknya iaitu Irfan. Dia berjalan mundar mandir di sekitar ruang
tamu rumahnya itu. Gelagatnya itu mengundang rasa pelik di hati Nabila.
“Abang ni dah kenapa? Kesana ke mari ke sana ke mari. Peninglah
kepala saya. Nak tengok televisyen pun tak senang tahu tak?” ujar Nabila
sedikit kemarahan.
“Abang ni dah kenapa? Ke
“Saya tengah tunggu
Irfan sekarang ni. Saya takut Mahani mungkir janji. Perempuan tu bukan boleh
percaya sangat.” Kata Bakri.
“Saya tahulah awak tunggu anak kesayangan awak tu tapi sabarlah dahulu.” Ujar Nabila. Tiba tiba mereka terdengar orang memberi salam. Bakri terus berlari ke pintu utama rumah.
“Sampai pun.... Aku ingat kau tak datang.” Kata Bakri.
“Saya tahulah awak tunggu anak kesayangan awak tu tapi sabarlah dahulu.” Ujar Nabila. Tiba tiba mereka terdengar orang memberi salam. Bakri terus berlari ke pintu utama rumah.
“Sampai pun.... Aku ingat kau tak datang.” Kata Bakri.
“Aku bukan jenis orang
yang suka mungkir janji. Tadi Irfan ni yang buat perangai. Dia tak nak datang
ke sini. Dia cakap bini kau suka pukul dia. Betul ke?” Soal Mahani.
“Merepeklah Irfan ni. Mana ada Nabila pernah pukul dia. Nabila sayang dia tahu tak. Aku pun sayang dia. Kau nikan
suka sangat ajar anak cakap bohong.” Ujar Bakri.
“Kau jaga sikit mulut kau Bakri. Aku tak pernah ajar Irfan cakap bohong ye.” Tukas Mahani.
“Merepeklah Irfan ni. Mana ada Nabila pernah pukul dia. Nabila sayang dia tahu tak. Aku pun sayang dia. Kau ni
“Kau jaga sikit mulut kau Bakri. Aku tak pernah ajar Irfan cakap bohong ye.” Tukas Mahani.
“Apa yang kecoh kecoh
ni. Kalau dah hantar anak tu sudahlah. Lepas tu kau boleh balik. Jangan nak
buat kecoh depan rumah aku. Malu jiran tengok.” Ujar Nabila angkuh.
“Kau ingat aku nak sangat ke duduk di sini lama lama. Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak hantar Irfan ke mari tau. Buat habis duit aku aje. Tapi bila fikirkan yang dia perlu kasih sayang seorang ayah, aku hantar juga dia kat sini. Irfan, mama balik dulu. Assalamualaikum.” Kata Mahani lalu terus beredar dari rumah Nabila dan Bakri.
“Kau ingat aku nak sangat ke duduk di sini lama lama. Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak hantar Irfan ke mari tau. Buat habis duit aku aje. Tapi bila fikirkan yang dia perlu kasih sayang seorang ayah, aku hantar juga dia kat sini. Irfan, mama balik dulu. Assalamualaikum.” Kata Mahani lalu terus beredar dari rumah Nabila dan Bakri.
Hatinya sakit dengan
sikap bekas suaminya itu. Sementara itu, Irfan sudah mula meraung raung di luar
rumah. Anak kecil itu cuba
untuk mendapatkan Mahani. Dia tidak suka tinggal bersama bapa dan ibu tirinya.
Nabila suka memarahi dan memukulnya ketika Bakri tiada di rumah.
“Irfan, jangan menangis sayang. Irfan nak makan apa? Nanti mama boleh tolong masakkan.” Pujuk Bakri.
“Irfan, jangan menangis sayang. Irfan nak makan apa? Nanti mama boleh tolong masakkan.” Pujuk Bakri.
Nabila pula hanya
memerhati. Dia tidak suka anak tirinya itu. Nasib baik dia seorang wanita yang
sudah tidak boleh mengandung lagi. Jika tidak tentu dia dan Bakri sudah
mempunyai zuriat sendiri sekarang ini. Tidak perlulah dia melayan kerenah
Irfan yang manja dan mengada ngada itu.
“Irfan nak ibu. Irfan nak ibu. Irfan tak nak duduk kat sini.” Kata Irfan yang masih menangis.
“Irfan nak ibu. Irfan nak ibu. Irfan tak nak duduk kat sini.” Kata Irfan yang masih menangis.
"Esok papa akan hantar
Irfan pergi rumah ibu ye. Malam ni Irfan duduk kat rumah bapa ye.” Pujuk Bakri.
Namun anak kecil itu masih terus menangis kerana mahukan ibunya.
Sahiril
memakirkan keretanya di hadapan rumah banglo tiga tingkat itu. Suasana di dalam
rumah itu sungguh sunyi. Begitulah setiap hari. Sejak dahulu hingga sekarang
rumah itu memang sentiasa sunyi. Mungkin kerana dia tidak ada ramai adik
beradik, jadi suara gurau senda dan gelak ketawa kurang kedengaran di rumah
itu. Dahulu mereka sekeluarga tinggal di Kampung Pantai Dahan.
Sejak arwah papa meninggal, mama mahu mereka
berpindah ke rumah ini. Dia sebenarnya lebih selesa tinggal di Kampung Pantai
Dahan. Sudah tentu hidupnya tidak sunyi seperti ini.
Pasti teman teman di kampung bisa mengubat kesunyian yang melanda hatinya. Tetapi apakan
daya, mamanya tetap berkeras mahu berpindah. Mamanya akan menjadi sedih apabila
tinggal di rumah itu kerana teringatkan arwah papa. Dahulu ketika berada di
kampung dia suka bermain dengan kawan kawannya.
Setiap petang mereka
akan ke padang
untuk bermain bola sepak. Pada waktu malam pula, dia akan ke rumah Tok Sultan
untuk belajar Muay Thai atau Tomoi. Ketika waktu lapang mereka akan memancing
di sungai atau mandi di lombong. Dia tidak akan memberitahu mamanya kerana
sudah pasti wanita itu melarang. Itulah rutin hidupnya setiap hari.
Hidupnya tidak pernah
sunyi. Tiba tiba dia mendengar ada ketukan kecil di cermin tingkap kereta.
Terpancung lamunannya pada waktu itu. Dia melihat Mak Temah sedang berdiri di
luar kereta sambil tersenyum. “Sahiril sudah balik? Kenapa duduk dalam kereta?”
Tanya Mak Temah. Sudah tiga puluh tahun wanita tua itu bekerja dengan
keluarganya.
Mak Temah sebatang
kara. Dia tidak mempunyai anak. Suaminya Pak Mail sudah lama meninggal dunia
kira kira lima
tahun yang lalu.“Tak ada apa apa Mak Temah. Saya penat sangat sampai nak keluar
dari kereta pun tak larat. Mama ada kat dalam Mak Temah?” Soal Sahiril sambil
tersenyum. “Datuk ada di dapur. Nanti Mak Temah panggilkan.” Ujar Mak Temah.
Sahiril sekadar mengangguk.
Mak Temah terus
membantu Sahiril mengeluarkan barang barang dari bonet kereta. Kemudian wanita itu
membawa barang barang tersebut ke dalam rumah. Sahiril terus masuk ke dalam
rumah dan duduk di sofa empuk yang berada di ruang tamu rumah banglo itu. Dia
terus mencapai alat kawalan jauh pendingin hawa lalu menghidupkannya. Dia
melonggarkan ikatan tali leher yang berada di baju kemejanya.
“Baru balik?” terdengar
suara Datuk Hasanah yang tiba tiba muncul di hadapannya. Dari mana dia datang
Sahiril sendiri tidak tahu. Sahiril terus mendapatkan ibunya lalu menyalami
wanita yang berusia dalam lingkungan 50an itu. “Mama sihat?” Tanya Sahiril
sekadar berbasa basi. “Alhamdulillah. Macam mana dengan kerja? Okey?” soal
Datuk Hasanah.
“Okey mama. Setakat ni
semuanya berjalan lancar. Orang dari Amerika Syarikat tu pun setuju nak
bekerjasama dengan kita dalam pembinaan hotel kita kat Miami tu.” Terang Sahiril. “Baguslah kalau
macam tu. Minggu depan ada orang dari Arab Saudi nak datang sebab nak
berbincang dengan kita pasal pembinaan hotel kita kat Mekah tu.” Kata Datuk
Hasanah.
“Oh! Jadi pembinaan
hotel kita di sana
dah diluluskan ke mama?”soal Sahiril dalam nada gembira. Datuk Hasanah
mengangguk laju. “Tak sia sia usaha kita selama ni ye mama.” Kata Sahiril.
Mereka berdua tersenyum bersama. “Hari tu mama ada jumpa dengan Datin Zuraidah.
Dia tanya bila kamu nak bertunang dan nak berkahwin dengan Melisa? Mama pun
risau sangat ni. Umur kamu pun bukannya muda lagi. Makin hari makan tua
bukannya makin muda.” Ujar Datuk Hasanah.
“Nantilah dulu mama.
Masih banyak benda saya nak buat lagi. saya tak nak terburu buru. Nanti kucar kacir
jadinya. Lagipun Melisa sendiri dah setuju, kita takkan kahwin dalam masa
terdekat ni.” Terang Sahiril. “Susah nak cakap
dengan budak zaman sekarang ni. Suka sangat lambat lambatkan perkahwinan. Mama
dulu kalau nenek kamu suruh kahwin, mama ikut je. Mana berani bantah bantah
macam kamu.” Ujar Datuk Hasanah tidak puas hati.
“Relax la mama. Masih banyak masa lagi.
Kalau jodoh takkan ke mana.” Kata Sahiril. “Suka hati kamulah. Kamu dah makan
ke belum? Kalau belum Mak Temah ada masak tomyam campur dengan telur bungkus.
Jom kita makan sama sama. ”Macam sedap je. saya pun belum makan lagi ni.” Kata
Sahiril. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke ruang makan.
...............................................................................................................................................................
Hujan pada petang itu turun mencurah curah di kawasan Bandaraya Kuala
Lumpur. Sungguh sejuk dirasakan pada petang itu. Jarum jam sudah menunjukkan ke
angka enam. Mahani masih lagi berada di lobi RaHa Hotel. Dia berdoa agar hujan
cepat berhenti agar dia dapat segera pulang ke rumah. “Bila la hujan ni nak
berhenti? Macam mana aku nak balik ni?” bisik hatinya.
Nasib baik ada Mahmudah
yang boleh tolong ambilkan Irfan dari sekolah jika tidak ke mana pula Irfan
hendak tinggal dalam keadaan hujan lebat begini. Dia sepatutnya pulang pada
pukul lima
tadi. Tetapi dia perlu membantu menyelesaikan tugas Nadia yang tiba tiba
mendapat panggilan kecemasan dari kampung yang mengatakan ibunya diserang
sakit.
Nadia terus memohon
cuti kecemasan dari Encik Ramli dan terus pulang ke kampung bersama abangnya.
Jadi Mahani perlu membantu Nadia mencuci lantai hotel itu. Mahmudah ada
bertanya jika dia mahu dijemput tetapi dia menolak. Pada waktu itu dia belum
lagi habis bekerja dan merasakan dia dapat pulang sendiri dengan meniki bas.
Dia hanya meminta Mahmudah supaya mengambil Irfan dari sekolah agama kerana dia
tidak berkesempatan mengambil anaknya itu.
Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang
menentukan. Saat dia mahu pulang sahaja hujan turun dengan selebat lebatnya.
Dia terpaksa menunggu untuk hujan berhenti jika mahu pulang ke rumah. Dia tidak
mahu menyuruh Mahmudah menjemputnya pada waktu itu kerana Mahmudah tidak boleh
memandu ketika berada dalam keadaan hujan lebat.
Mahani khuatir akan
berlaku kemalangan jika Mahmudah memandu dalam keadaan hujan lebat begitu. Dia
hanya menunggu dan bersabar serta berdoa agar hujan akan segera berhenti. “Kenapa
awak tak balik lagi?” soal satu suara dari arah belakang. Apabila Mahani
menoleh dia melihat Ramli sedang berdiri di belakangnya. Dia tangan lelaki itu
ada sebuah briefcase dan sebuah coat yang menandakan dia mahu
pulang ke rumah.
“Saya nak balik tapi
hujan lebat. Nanti basah saya masa naik bas.” Ujar Mahani. “Kalau macam tu
biarlah saya hantar awak pulang ke rumah. Itupun kalau awak sudi naik kereta
Proton Pesona saya.” Kata Ramli sambil tersenyum. “Tak apalah Encik Ramli. Saya
tak nak menyusahkan encik. Lagipun saya rasa hujan dah nak reda ni.” Ujar
Mahani menolak perlawaan Ramli. “Mana ada menyusahkan. Tentu awak nak pulang
cepatkan. Kesian anak awak tunggu awak di rumah.” Kata Ramli.
Apabila mendengar Ramli
menyebut tentang anaknya, dia teringat akan Irfan. Tentu Irfan tertunggu tunggu
dirinya di rumah Mahmudah. “Baiklah.” Kata Mahani sambil mengangguk setuju.
“Awak tunggu di sini. Saya pergi ambil kereta sekejap.” Kata Ramli kemudian dia
terus berlari meredah hujan untuk mengambil keretanya. Beberapa minit kemudian
kereta tersebut muncul.
Tanpa membuang masa,
Mahani terus masuk ke perut kereta dan duduk disebelah Ramli. Sepanjang perjalanan
itu, mereka berdua mendiamkan diri. Seperti dijangka mereka pasti akan berhadapan dengan
kesesakan lalu lintas. Itu sudah biasa jika tinggal di Kuala Lumpur . Kesesakan dan Kuala Lumpur sudah tidak dapat dipisahkan
lagi. “Minggu depan Encik Sahiril akan tinggal lagi di hotel. Saya nak awak
yang uruskan bilik penginapan dia. Lagipun dia berpuas hati dengan kerja awak.
Boleh?” Soal Ramli memecah kesunyian antara mereka.
“Saya ikut saja Encik
Ramli.” Kata Mahani pendek. Dia sebenarnya segan untuk menumpang kereta
majikannya itu. Mana tidaknya, tidak pernah orang yang bekerja di bahagian housekeeping
sepertinya boleh menumpang kereta seorang pengurus besar RaHa Hotel Berhad.
“Anak awak dah berapa
tahun sekarang?” soal Ramli lagi. Dia sebenarnya sudah tidak keruan pada waktu.
Hatinya sentiasa berdebar debar apabila berhadapan dengan Mahani. Dia sendiri
tidak tahu mengapa. Ada
satu perasaan bahagia jika dia berdua duan dengan Mahani begini. Perasaan
apakah itu dia sendiri tidak tahu. Untuk mengawal debaran yang melanda hatinya
pada waktu itu, dia cuba
bercakap dengan Mahani.
Dia tidak mahu
kesunyian melanda mereka berdua dalam keadaan jalan raya yang sesak ditambah
pula dengan hujan lebat yang seolah olah tidak mahu berhenti. “Irfan dan tujuh
tahun. Sekarang dia darjah satu.” Ujar Mahani pendek. Ramli sekadar mengangguk.
“Kalau saya tanya satu soalan awak jangan marah boleh tak?” soal Ramli lagi.
“Soalan apa tu Encik Ramli.” Soal Mahani pula.
“Tapi awak kena janji
dulu yang awak tak marah.” Kata Ramli. “Baiklah. Saya janji saya tak marah.”
Balas Mahani. Dia sendiri tertanya tanya soalan apa yang hendak diajukan kepadanya dan soalan
apa yang boleh membuatkan dirinya marah. “Awak tak ada rancangan ke nak kahwin
lagi? Awak kan
masih muda. Umur awak baru 26 tahun. Lagipun saya rasa Irfan masih memerlukan
kasih sayang seorang ayah.” Ujar Ramli. “Entahlah Encik Rsmli. Saya malas nak
fikir pasal tu. Hati saya rasanya dah tawar nak kahwin lagi. Saya rasa Irfan
takkan kekurangan kasih sayang seorang ayah. Dia kan berjumpa dengan ayahnya setiap hujung
minggu.” Terang Mahani dengan panjang lebar.
“Kan bagus kalau awak kahwin lagi. Ada orang yang boleh jaga
sakit pening awak. Ada
orang yang jaga makan minum awak kalau awak sakit dan yang paling penting ada
orang yang akan jaga keselamatan awak dan anak awak kalau ada apa apa berlaku.”
Ujar Ramli. “Saya tahu apa yang Encik Ramli cakap tu semuanya betul. Tapi buat
masa sekarang saya takkan kahwin. Saya nak stabilkan dahulu hidup saya.
Kemudian barulah saya nak fikirkan soal itu balik. Saya tak nak sejarah lalu
terjadi lagi.” Kata Mahani. Ramli sekadar mengangguk setuju.
“Kau tidur kat sini sajalah Mahani. Lagipun dah pukul sembilan malam
sekarang ni. Esok kau cuti kan ?”
soal Mahmudah ketika mereka hendak makan malam. Mahmudah menyenduk nasi yang
masih panas dari dalam ricecooker
ke dalam sebuah bekas yang besar. Mahani pula meletakkan lauk yang sudah siap
dimasak itu di atas meja makan di rumah Mahmudah.
“Baiklah kak long.”
Kata Mahani pendek sambil menggosok kepala Irfan dengan lembut.
“Eh, kenapa badan Irfan
panas?” soal Mahani kepada anaknya. “Tadi dia main hujan kat luar masa aku
tengah masak kat dapur. Pandai dia buka pintu depan tu. Sedar sedar je dia dah kat luar
tengah main hujan. Nasib baik aku kunci pintu pagar depan tu. Kalau tak dah
keluar ke mana agaknya budak ni main hujan.”
Terang Mahmudah perkara sebenar.
“Kenapa Irfan main
hujan? Kan
ibu dah pesan jangan main hujan. Tengok, Irfan dan demam sekarang ni.” Kata
Mahani tegas. “Sudahlah tu Ani. Janganlah dimarah budak tu. Nanti kita pergi
klinik. Sekarang kita makan dulu.” Ujar Mahmudah. Mahani mencedok lauk Pajeri
Nenas yang dimasak oleh Mahmudah itu ke dalam pinggan Irfan dan pinggannya yang
sudah berisi nasi itu. “Siapa yang hantar kau petang tadi Ani?” tanya Mahmudah
sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Encik Ramli. Pengurus
saya.” Jawab Mahani. “Baik hati dia nak hantar kau hujan hujan macam ni.
Lagipun dari hotel tu nak ke rumah aku ni bukannya dekat. Aku tengok tampan
juga pengurus kau tu. Ada
apa apa ke?” soal Mahmudah. “Eh kak long ni. Ada ke situ pula. Dia nak tolong je la.”
Jawab Mahani jujur. “Aku bukan apa? Kau tu pun muda lagi. Baru 26 tahun. Ramai
lelaki kat luar sana
yang sukakan kau. Lagipun irfan tu perlukan kasih sayang seorang ayah. Nak
harapkan si Bakri tu, ada ayah serupa tak ada ayah je.” nasihat Mahmudah dengan
panjang lebar.
“Buat masa ni saya tak
nak fikir pasal hal tu lagi. Lagipun saya selesa duduk berdua macam ni. Tak ada
siapa kacau saya. Nak ke mana mana pun senang.” Ujar Mahani yang sedang
menggaul nasi dengan lauk di pinggannya.“Ke kau masih menunggu si Sahiril tu?”
duga Mahmudah. “Apa kak long merepek ni?
Saya tahu Sahiril memang takkan pandang saya walaupun
sekali. Hari tu saya ada jumpa dia kat hotel.” Kata Mahani.
“Kat hotel? Dia buat
apa kat sana ?
Macam mana kau boleh jumpa dia? Dia tegur kau tak? Dia ingat kau lagi tak?”
Soal Mahmudah bertalu talu. “Sabar kak long. Sabar. Kak long ni suka serang
macam peluru. Hari tu dia ada meeting dengan klien dia kat RaHa Hotel
tu. Encik Ramli tu pula
dia suruh saya jadi housekeeping peribadi untuk Sahiril tu. Satu pagi tu
masa saya tengah kemas bilik, dia masuk sebab nak ambil dia punya jam tangan
yang tertinggal tu. Lepas dia pakai jam, dia terus pergi macam tu je sampai briefcase
dia pun tertinggal. Lepas tu saya panggillah dia sebab nak bagi briefcase
tu. Mula mula dia tak perasan saya tau. Lepas tu bila saya cakap nama saya
dan pernah sekolah dengan dia baru dia ingat.” Mahani bercerita satu persatu
peristiwa itu.
“Macam mana dia
sekarang. Mesti dah banyak berubah kan ?”
soal Mahmudah lagi. “Memang pun. Muka dia bertambah matang. Badan dia pun lebih
tegap dan dia pun dah lebih tinggi.” Terang Mahani. “Dah lama tak dengar cerita
pasal dia. Sejak arwah Datuk Razman meninggal tu, dia terus pindah dengan mama
dia kan. ”
ujar Mahmudah. “Kau tak baca berita ke? Dia kan sekarang dah terkenal. Dia sekarang ni
diiktiraf sebagai CEO terbaik menurut Majalah Bisnes Malaysia . Nampak sangat kak long ni
tak banyak membaca.” Kata Mahani.
“Oh yakah? Tak sangka
pula aku. Aku sekarang ni sibuk sangat dengan kerja kat pejabat tu. Sampai
membaca pun tak ada masa. Lagipun aku mana minat baca majalah business walaupun
Diploma aku dalam Pengajian Perniagaan.” Kata Mahmudah. Mereka berdua tertawa
bersama.“Kau kenal tak Farid? Budak yang duduk sebelah rumah kita dulu tu. Budak yang selalu bagi surat kat kau guna tingkap
tu.” Soal Mahmudah.
“Farid budak yang
belajar Komunikasi dan Media kat UiTM tu? Yang kerja wartawan tu ke?” soal
Mahani pula. “Betul tu. Hari tu aku ada jumpa dia kat supermarket . Lepas
tu dia tegur aku. Kita orang pun berborak la. Dia tu suka sangat nak campur hal
orang. Macam macam dia tanya pasal kau. Tapi aku cakap aku tak tahu. Bila dah
melampau sangat aku terus pergi dari situ.” Terang Mahmudah. “Nama pun wartawan
mestilah suka cari berita.” Kata Mahani pula.
“Aku tengok kau ni
bukan tak cantik. Cantik. Tapi kenapa kau tak kahwin kahwin sampai sekarang
long?” soal Mahani. “Entahlah Ani. Mungkin belum sampai jodoh aku agaknya.
Insya Allah. Kalau ada jodoh aku pasti kahwin.” Ujar Mahmudah. Mahani sekadar
mengangguk mendengar penjelasan Mahmudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.