Ramli menghirup kuah tom yam campur yang dipesannya di Restoran
Melah. Sungguh enak kuah tom yam tersebut dimakan bersama nasi dan telur
bungkus. Lebih membuka selera apabila dia turut memesan kailan goreng belacan.
Sudah lama dia tidak makan di restoran tersebut kerana kesibukkanya bekerja
mengurus hotel tersebut. Kali terakhir dia makan di restoran tersebut ketika
bersama Mahani selepas pulang dari mahkamah.
Tiba tiba fikirannya teringat akan Mahani. Tidak semena mena hatinya
menjadi sebak. Tapi apa yang boleh dia lakukan. Mahani kini sudah sah menjadi
milik Sahiril. Dia hanya mampu berdoa agar Mahani boleh berbahagia dengan suami
yang langsung tidak mencintai dirinya. “Assalamualaikum, Encik Ramli.” Ramli
memandang kepada orang yang memberi salam tersebut.
Kelihatan Nadia sedang berdiri tidak jauh dari mejanya. Gadis itu
memakai baju kemeja T dan berseluar jeans.
“Waalaikumussalam. Awak nak beli makanan kat sini ke?” Soal Ramli. “Tidak. Saya
nak makan kat sini. Encik Ramli seorang saja?” Soal Nadia pula. “Ya. Saya
seorang saja. Kalau macam tu mari kita makan bersama. Boleh kita berbual bual.”
Pelawa Ramli.
“Boleh juga. Apa salahnya.” Balas Nadia. Nadia memesan nasi goreng
pataya dan secawan teh ais kepada pelayan yang datang. “Saya selalu juga datang
makan kat sini. Tak pernah pun nampak Encik Ramli. Baru pertama kali datang
ke?” Soal Nadia. “Tak. Saya dah beberapa kali datang kat sini kalau saya tak
sibuk kat hotel. Awak memang selalu datang seorang diri kat sini ke?” Soal Ramli.
“Tak. Biasanya saya datang makan dengan kawan. Tapi hari ini dia
sakit kepala. Jadi saya datang seorang diri malam ni.” Jawab Nadia jujur. “Awak
tak takut ke jalan seorang diri ke sini? Rumah awak pun jauh juga dari restoran
ni.” Soal Ramli. “Tak. Saya dah biasa. Saya hari hari lalu kat kawasan ni. Jadi
saya dah banyak kenal orang kat kawasan ni. Kalau apa apa jadi saya jerit
sajalah.” Jawab Nadia.
“Nadia, berapa lama awak dah
kawan dengan Mahani?” Soal Ramli. “Dah tujuh tahun. Sejak saya dan Mahani sama
sama kerja kat hotel tu.” Jawab Nadia. “Apa pendapat awak tentang Mahani?” Soal
Ramli lagi. “Encik Ramli, kenapa encik nak tahu pasal Mahani?” Soal Nadia
bingung.. Dia pelik mengapa Ramli begitu berminat pada Mahani sedangkan dia
tahu Mahani sudah bersuami sekarang.
“Saja. Saya nak tahu macam mana perwatakan Mahani tu. Saya kenal dia
sebagai wanita yang penyayang, lemah lembut dan tegas. Jadi saya nak tahu dari
persepsi kawan baik dia pula. Awak pernah dengar satu pepatah, kalau nak tahu tentang
kebaikan seseorang kita tanya pada kawan dia tapi kalau nak tahu keburukkan
seseorang kita tanya pada musuh dia.” Ujar Ramli dengan panjang lebar.
“Seperti yang Encik Ramli cakap tadi Mahani seorang yang penyayang,
lemah lembut dan tegas. Dia juga seorang wanita yang cekal, bertolak ansur dan
suka menolong orang dalam kesusahan.” Jawab Nadia. “Saya tahu Mahani ialah
seorang wanita yang baik tapi sayangnya dia bukan milik saya. Dia dah jadi
milik Sahiril sekarang.” Ujar Ramli. “Mungkin encik terlalu lambat meluahkan
perasaan encik pada dia. Cuba kalau encik beritahu dia awal awal yang encik
cintakan dia sudah tentu sekarang encik sudah memiliki dirinya.” Ujar Nadia
“Betul cakap awak Nadia. Saya yang lambat meluahkan perasaan saya
pada dia. Kalau dari dulu lagi saya cakap yang saya sukakan dia sudah tentu
perkara macam ni takkan terjadi.” Kata Ramli. “Sudahlan tu Encik Ramli. Encik
dah tak ada jodoh dengan dia nak buat macam mana. Lebih baik encik teruskan
hidup encik seperti biasa dan lupakan Mahani. Mungkin encik dapat isteri yang
lebih baik dari Mahani.“ Ujar Nadia.
“Entahlah Nadia. Saya harap saya dapat melupakan Mahani dan mencari
pengganti Mahani secepat mungkin.” Ujar Ramli. “Betul tu encik. Sebagai kawan
saya akan berdoa untuk encik supaya dapat jodoh yang baik.” Kata Nadia. “Terima
kasih Nadia.” ujar Ramli. “Sama sama.” Balas Nadia sambil tersenyum.
Mahani berjalan dari perhentian bas bersama Irfan. Dia membawa beg
galas yang berisi baju baju Irfan. Mulai hari ini Irfan akan tinggal dengan
Mahmudah buat semantara waktu. Ini semua gara gara Irfan memecahkan pinggan
Sahiril semalam. Oleh itu, Sahiril membuat keputusan supaya Irfan tidak lagi
tinggal bersama mereka berdua. Mahani sangat sedih berpisah dengan Irfan.
Sejak lahir lagi Irfan tidak pernah jauh di matanya. Irfan ibarat
nyawa baginya. Dia tidak sanggup berpisah dengan Irfan namun apa yang dapat dia
lakukan. Sahiril yang kejam seperti firaun itu mahu Irfan keluar dari rumahnya.
Mahani betul betul tidak menyangka yang Sahiril boleh menjadi sekejam itu.
Dahulu Sahiril seorang lelaki yang penyayang terutama pada wanita dan kanak
kanak.
Namun sikap tersebut sudah berubah setelah Sahiril sudah meningkat
dewasa. Mahani menjadi pelik bagaimana sifat penyayang Sahiril itu boleh
berubah begitu sahaja. Setelah sampai dihadapan rumah Mahmudah, Mahani terus
memberi salam. Dia melihat kereta Mahmudah ada dipakir di hadapan rumah
tersebut. Sudah tentu Mahmudah berada di rumah memandangkan hari itu adalah
hari Ahad.
Seketika kemudian Mahmudah keluar dari dalam rumah. “Waalaikumussalam,
kau rupanya Mahani. Kenapa bawa beg besar ni? Kau lari dari rumah ke?” Soal
Mahmudah kebingungan. Mahmudah membuka pintu untuk membenarkan Mahani dan Irfan
masuk. “Saya bukan lari dari rumah. Saya nak minta tolong kak long jaga Irfan
buat sementara waktu.” Pinta Mahani.
“Aku tak kisah nak jaga Irfan tapi kenapa? Kau nak pergi mana?
Biasanya ke mana mana kau pergi mesti kau akan bawa Irfan sekali.” Soal
Mahmudah. “Saya tak ke mana mana. Semalam Irfan pecahkan pinggan Sahiril lepas
tu Sahiril marah. Sahiril nak Irfan keluar dari rumah dia.” Jawab Mahani
berterus terang. “Apa? Kenapa kejam sangat Sahiril tu? Takkan pinggan pecah pun
dia nak halau budak kecil macam ni.” Ujar Mahmudah kegeraman..
Dia pelik mengapa ada manusia yang tidak berhati perut seperti
Sahiril itu di dunia ini. “Entahlah kak long. Saya sendiri pun tak faham dengan
perangai dia tu. Dia suka marah saya. Hari tu saya balik lambat pun dia dah
marah.” Ujar Mahani. “Mentang mentang dia anak orang kaya dia nak berlagak. Tak
sedar diri. Sekali Allah tarik nikmat kekayaan tu baru dia tahu.” Kata Mahmudah
tidak berpuas hati.
“Saya nak buat macam mana kak long. Dah nasib saya dapat suami macam
dia.” Ujar Mahani. “Kau boleh tuntut fasakh di mahkamah. Biar dia kena tindakan
undang undang.” Kata Mahmudah. “Tak payahlah sampai nak masuk mahkamah. Dalam
perjanjian tu saya tak boleh dakwa dia di mahkamah walau apa pun yang berlaku
pada saya kecuali kalau saya mati atau cedera parah.” Ujar Mahani.
“Kenapalah kau boleh tandatangan perjanjian yang bodoh macam tu?
Kenapa kau tak tanya aku dulu sebelum kau tandatangan perjanjian tu?” Soal Mahmudah.
“Tak guna kita lawan mereka kak long. Saya tak nak Irfan dan kak long menjadi
korban manusia macam mereka. Biarlah apa yang mereka nak buat pada. Suatu hari
nanti pasti Allah akan balas semua perbuatan mereka.
“Nasib baik kau Mahani. Kalau aku jadi kau dah lama Datuk Hasanah
dan Sahiril tu makan penendang.” Kata Mahmudah kegeraman. “Saya balik dulu kak
long. Saya takut kalau saya balik lambat nanti Sahiril marah. Kalau ada apa apa
kak long telefonlah saya.” Kata Mahani. “Baiklah. Hati hati Mahani. Kalau
Sahiril buat benda yang teruk teruk dengan kau jangan lupa telefon aku tau. Tahulah
aku nak mengajar anak orang kaya tu nanti.” Kata Mahmudah sambil menghantar
Mahani ke pintu rumah.
“Irfan jangan nakal nakal tau dengan mak long. Dengar cakap mak
long. Belajar rajin rajin. Nanti kalau ada masa ibu datang lagi.” Ujar Mahani.
Suaranya sebak menahan tangisan. “Baik ibu. Nanti ibu jangan lupa datang kat
sini tau.” Ujar Irfan. Mahani mengangguk. Dia memeluk Irfan dalam juraian air
mata. Dia sedih kerana dia tidak boleh lagi tinggal sebumbung dengan Irfan. Dia harus berpisah dengan Irfan buat sementara waktu. “Saya pergi
dulu kak long.” Ujar
Mahani sambil mencium tangan Mahmudah. “Baiklah. Hati hati.” Kata
Mahmudah. Hatinya juga berasa sedih melihat perpisahan Mahani dan Irfan. Dia
berharap agar semua itu akan berubah secepat mungkin.
..........................................................................................
Selepas menikmati hidangan tengahari Mahani hanya duduk di biliknya
sahaja. Dia menjadi rindu dengan Irfan walaupun hanya dua hari dia berpisah
dengan anak tunggalnya. Hatinya menjadi sayu apabila terpandang gambar Irfan
yang terletak di meja soleknya. Hatinya juga menjadi sedih apabila teringat
keletah keletah Irfan. Pokoknya, semua perkara yang dia lakukan pasti
fikirannya akan teringat tentang anak lelakinya.
Dahulu dia selalu teringatkan Sahiril namun setelah melihat sikap
sebenar Sahiril hatinya menjadi benci pada lelaki itu. Sedikit demi sedikit
perasaan sayang yang ada di hatinya untuk Sahiril sudah dihakis oleh perasaan
benci. Namun semuanya sudah terlambat. Dia harus berhadapan dengan lelaki itu
selama dua tahun ini. Dia amat berharap masa akan segera berlalu supaya dia
boleh bersama dengan Irfan semula.
Ketika dia sedang berbaring di atas katil itu, Sahiril terus masuk
ke biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. “Aku kahwin dengan kau bukan
suruh kau baring macam kau tu tuan besar dalam rumah ni. Dasar pemalas!” Jerkah
Sahiril. “Engkau ni kenapa Sahiril? Aku dah buat semuannya. Aku dah masak,
kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju. Apa yang kau tak puas hati lagi?” Mahani
kemarahan. Dia sudah tidak mahu lagi berlembut dengan Sahiril.
Manusia seperti Sahiril memang tidak boleh dibuat baik. “Mata kau
memang dah buta. Kau tak nampak dalam peti sejuk tu banyak barang yang dah
habis. Kau tak reti reti lagi nak pergi beli.” Ujar Sahiril. “Kalau aku buta
kau pula akal tak panjang. Rumah ni rumah kau mestilah barang barang tu kau
yang beli. Lagipun takkan nak guna duit aku nak beli barang barang rumah kau.” Bidas Mahani.Baru puas hatinya pada waktu itu. “Kau dah pandai lawan aku
sekarang. Aku nak tengok sejauh mana kekuatan kau. Sekarang kau ambil duit lima
ratus ringgit ni lepas tu kau pergi pasar kau beli semua barang barang dapur
ni.” Kata Sahiril lalu mencampakkan wang sebanyak lima ratus ringgit pada muka
Mahani. “Dasar lelaki tak guna.” Jerit Mahani kemarahan.
“Aku tak guna pun aku lebih kaya dari kau. Kalau kau berguna sangat
kenapa kau kerja jadi tukang kemas bilik hotel saja.” Perli Sahiril dan pergi
dari bilik itu. Mahani hanya mampu menyumpah di dalam hati.
Mahani menaiki tangga ke tingkat enam belas penthouse mewah itu dengan membawa begitu banyak barang barang
dapur yang dibelinya di pasar raya tadi. Lenguh benar kakinya memanjat anak
anak tangga tersebut gara gara lif yang selalu digunakannya sedang dibaiki.
Ketika dia mahu ke pasar raya tadi lif itu dalam keadaan baik tetapi entah
mengapa lif itu tiba tiba sahaja dibaiki.
Setelah sampai di tingkat enam belas Mahani menarik nafas lega.
Tercungap cungap dirinya pada waktu itu. Sudahlah mendaki tangga setinggi itu
dia juga perlu membawa barang barang dapur yang kehabisan di rumah Sahiril.
Rasa mahu tercabut sahaja lututnya pada waktu itu. Mahani berjalan perlahan
lahan menuju ke rumah Sahiril. Dia berharap lelaki itu tidak pulang lagi ke
rumah.
Jika pulang pun hanya menyakitkan hatinya sahaja. Ketika dia masuk
ke dalam rumah dia melihat rumah itu sunyi sepi menandakan Sahiril masih lagi belum
pulang. Ke mana lelaki itu dia sendiri tidak tahu. “Jangan jangan dia
kemalangan ngeri tak lepas tu dia mati kat tepi jalan.” Bisik Mahani dalam hati
namun cepat cepat dia beristighfar. Tidak sepatutnya dia berdoa begitu untuk
Sahiril.
Walaupun Sahiril itu kejam namun dia tetap tampan di mata Mahani.
Mahani suka melihat wajahnya apabila dia dalam keadaan tenang namun ampun
apabila dia sedang marah. Wajahnya saling tidak tumpah dengan wajah ibunya
apabila dia berada dalam keadaan marah. Walaupun batinnya sentiasa tersiksa
apabila dengan lelaki itu namun jauh di sudut hatinya dia gembira apabila
berdekatan dengan Sahiril.
Dia gembira apabila Sahiril memarahi dirinya kerana dengan cara itu
sahaja Sahiril akan memberi perhatian pada dirinya. Ketika dia sedang sibuk
menyimpan barang di dalam peti sejuk dan meletakkan barang barang kering ke
dalam kabinet, Datuk Hasanah memanggilnya dari belakang. “Datuk, bila Datuk
sampai? Saya tak perasan pun Datuk masuk?” Ujar Mahani sambil tersenyum.
Dia terus ke arah Datuk Hasanah untuk bersalam dengan ibu mertuanya
namun Datuk Hasanah sekadar memandang huluran tangan Mahani dan lantas Mahani
menarik tangannya semula. “Mana kau nak sedar aku datang. Kau sibuk berangan
angan kat dapur ni.” Jawab Datuk Hasanah. Terserlah riak keangkuhan di
wajahnya. “Datuk pergi duduk dulu nanti bila semua ni dah siap saya akan buat
air untuk Datuk.” Ujar Mahani.
Datuk Hasanah terus bergerak ke ruang tamu rumah Sahiril dan duduk
di salah satu sofa yang terdapat di situ. Mahani cepat cepat menyimpan barang barang
dapur yang baru dibelinya. Kemudian dia membacuh segelas jus epal untuk Datuk
Hasanah. “Sila minum Datuk.” Pelawa Mahani sambil meletakkan jus epal itu
dihadapan Datuk Hasanah. Datuk Hasanah meneguk jus epal itu perlahan lahan dan
tiba tiba dia mencurah jus epal itu ke muka Mahani.
Terkesima Mahani seketika melihat tindakan Datuk Hasanah. “Air apa
yang kau buat ni? Tak sedap langsung rasanya. Air yang Mak Temah buat sepuluh
kali lebih sedap kau tahu tak.” Tengking Datuk Hasanah. “Maafkan saya Datuk.
Saya rasa air yang saya buat tu dah sedap. Maafkan saya Datuk.” Mohon Mahani
berkali kali. “Patutlah suami kau yang dulu ceraikan kau. Rupanya kau ni buat
air pun tak pandai apa lagi nak jaga suami. Dasar perempuan tak sedar
diuntung.” Ujar Datuk Hasanah.
“Jaga sikit mulut awak Datuk Hasanah. Awak tak tahu apa yang saya
lalui. Lebih baik awak jangan cakap perkara yang awak tak tahu.” Ujar Mahani
kemarahan. Dia amat benci jika ada orang yang sengaja mahu mereka reka cerita
tentang penceraiannya sedangkan orang tersebut tidak mengetahui perkara yang
sebenarnya. “Mahani, aku ni lebih pandai dari kau dan aku juga dah makan garam
dulu dari kau. Aku tengok kau saja aku dah tahu yang kau ni memang perempuan
tak pandai jaga suami. Yang kau tahu hanya nak duit saja.” Ujar Datuk Hasanah.
“Jahat jahat saya sekalipun saya tak gunakan orang lain untuk tutup
kelemahan diri sendiri macam Datuk. Datuk hanya tahu gunakan saya untuk tutup
keaiban yang berlaku dalam keluarga Datuk. Awak gunakan kemewahan yang Allah
berikan kepada awak untuk kepentingan awak sahaja.” Ucap Mahani. Satu tamparan singgah
di wajah Mahani. “Kau jangan biadap Mahani. Kau sedar sikit diri kau tu yang kau hanya menumpang di
rumah ini.” Kata Datuk Hasanah. Dia terus mengambil beg tanggannya dan beredar
dari rumah tersebut. Mahani terduduk sambil menangis mengenang nasibnya.
“Mak long, Irfan bosanlah.” Ujar Irfan sambil duduk di atas kerusi
yang berada di meja makan itu. Mahmudah yang sedang menggoreng ikan untuk makan
tengah hari memandang ke arah anak saudaranya. “Pergilan tengok televisyen kat
ruang tamu. Mesti banyak cerita kartun yang seronok kat Astro Ceria tu.” Balas
Mahmudah lalu membalikkan ikan sembilang yang berada di dalam kuali itu.
Aroma ikan sembilang yang sedang digoreng itu menusuk ke dalam
hidung Mahmudah. Serta merta perutnya menyanyikan lagu kelaparan. Dia sudah
tidak sabar sabar mahu menikmati ikan kegemarannya itu bersama nasi dan pajeri
nenas. Dahulu ketika arwah ibunya masih hidup pasti ibunya akan menggoreng ikan
tersebut. “Tak seronoklah cerita kat Astro Ceria tu. Cerita dia selalu ulang
ulang saja.” Kata Irfan.
Mahmudah mendiamkan diri. Dia malas mahu melayan Irfan yang
sememangnya banyak kerenah itu. Mahani selalu berpesan padanya supaya tidak
terlalu menurut kehendak Irfan kerana nanti anak kecil itu akan bertambah
manja. “Dulu ibu selalu bawa Irfan pergi main kat taman permainan.” Ujar Irfan.
“Baiklah. Kalau macam tu lepas mak long sembahyang Asar kita pergi main kat
taman permainan depan tu.” Ujar Mahmudah mengalah.
Dia kasihan melihat anak kecil itu. Sudahlah bapanya tidak boleh
diharap terpaksa pula berpisah dengan ibunya. “Hooray! Terima kasih mak long.”
Ucap Irfan kegirangan. “Sekarang Irfan pergi kat ruang tamu dan duduk kat sana
diam diam. Nanti bila mak long dah siap masak mak long panggil makan.” Kata
Mahmudah. Irfan terus ke ruang tamu dan menonton televisyen.
Seperti yang dijanjikan setelah menunaikan solat fardhu Asar,
Mahmudah membawa Irfan ke taman permainan tersebut. Ramai juga kanak kanak yang
bermain di sana. Mereka bermain jongkang jongkit, papan gelungsur dan
sebagainya. Ada juga diantara mereka yang bekejaran antara satu sama lain.
“Irfan main elok elok tau. Jangan lari lari nanti kamu jatuh. Jangan pukul
orang lain nanti mak diaorang marah.” Mahmudah memberi amaran.
Walaupun Irfan merupakan kanak kanak yang baik namun kadang kala dia
agak nakal juga. Mahmudah perlu memberi amaran terlebih dahulu kepada Irfan
supaya dia tidak melakukan perkara yang bukan bukan. “Baik mak long.” Janji
Irfan lalu terus berlari ke arah sekumpulan kanak kanak yang sedang bermain.
Mahmudah pula duduk di sebuah bangku kayu sambil membaca surat khabar.
Sesekali dia menjeling ke arah Irfan agar Irfan sentiasa berada
dalam keadaan selamat. Tiba tiba muncul penjual ais krim dengan menunggang
sebuah motosikal. Dia membunyikan locengnya sehingga menarik perhatian kanak
kanak yang berada di taman permainan itu termasuk Irfan. Mereka berlari ke arah
penjual ais krim itu untuk membeli ais krim.
“Mak long, Irfan nak ais krim.” Pinta Irfan. “Ok. Kamu tunggu kat
sini. Jangan pergi mana mana. Mak long nak pergi beli ais krim untuk kamu
kejap.” Ujar Mahmudah. Irfan duduk di bangku tersebut sementara menunggu Mahmudah
membeli ais krim untuk dirinya. Tiba tiba sebiji bola terkena kepalanya. Dia
memandang bola tersebut. “Campakkan bola tu ke sini.” Kata seorang kanak kanak
perempuan yang hampir sebaya dengan dirinya.
“Jom main dengan kami sekali.” Pelawa seorang kanak kanak lelaki di
sebelah kanak kanak perempuan tersebut. Irfan mencampakkan bola tersebut ke arah
mereka berdua namun sasarannya tidak tepat. Bola tersebut bergolek di atas
jalan raya. Irfan dan dua orang kanak kanak tadi berlari ke arah jalan raya untuk
mengambil bola tersebut. “Mak saya kata jangan main kat jalan raya.” Kata kanak
kanak perempuan itu.
“Biar saya yang ambil. Mak saya ada ajar saya lintas jalan.” Ujar
Irfan dan terus berlari ke arah jalan raya untuk mengambil bola tersebut. Tiba
tiba sebuah kereta datang dan merempuh tubuh kecil Irfan. Irfan tergolek di
atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah. Kereta yang telah melanggar
Irfan tadi terus meninggalkan anak kecil itu. Mahmudah yang sedang menuggu
giliran untuk membeli ais krim tersebut memandangkan terlalu ramai kanak kanak
yang mengerumumi penjual ais krim itu memandang ke arah bunyi rempuhan itu.
Dia melihat sudah ramai orang yang mengerumumi mangsa kemalangan
tersebut. Dia cuba mencari Irfan namun tidak jumpa. Hatinya mula rasa berdebar
debar. Dia berjalan perlahan lahan ke arah kumpulan manusia itu. Sebaik sahaja
dia melihat tubuh Irfan yang sedang terbaring tubuhnya menjadi kaku. Lidahnya kelu untuk berkata
kata. Tiada apa yang terucap di bibirnya memandangkan dia terlalu terkejut
melihat keadaan Irfan.
Mahmudah beristighfar di dalam hati dan menarik nafas untuk
mengmbalikan semangatnya. Apabila semangatnya sudah datang dia lantas menuju ke
arah Irfan. “Irfan, kamu tak apa apa? Irfan bangun nak.” Teriak Mahmudah sambil
menggoncang goncang tubuh Irfan. Tidak putus putus doanya pada Allah di dalam
hati. Dia berharap Irfan selamat.
“Ya Allah kak. Kenapa dengan Irfan ni? Mari saya hantar pergi
hospital.” Mahmudah memandang kea rah suara itu. Dia melihat wajah Ramli. Ramli
terus mengangkat tubuh Irfan ke dalam kereta dan membawanya ke hospital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.