Isnin, 22 Februari 2016

REALITI YANG MEMBUATKAN RAMAI PEMIMPIN UMNO TIDAK SENANG DUDUK



Di atas itu adalah satu undian yang dibuat oleh Syed Saddiq di laman Twitter. Syed Saddiq adalah seorang pendebat terbaik di Malaysia dari UIAM.

Jika dilihat dari undian tersebut, kita boleh mendapati bahawa anak anak muda sudah tidak mahu lagi menyokong UMNO-BN. Jika saya menjadi pemimpin UMNO, sudah pasti saya tidak akan senang duduk melihat perkara ini.

Sejak dari PRU12 lagi, anak anak muda memang sudah tidak lagi menyokong UMNO terutama mahasiswa di universiti. Mereka begitu dekat dengan parti pembangkang khususnya PKR dan DAP kerana kebijaksanaan parti parti itu mengekspolitasi fikrah anak anak muda ini supaya menyokong mereka di samping dasar keterbukaan parti parti tersebut yang dilihat cocok dengan pemikiran politik anak anak muda pada masa kini. 


Banyak sebab mengapa anak muda tidak lagi menyokong UMNO dan sebab sebab ini sebenarnya gagal ditangani oleh UMNO.

Isu 1MDB, isu RM2.6 bilion, isu rasuah, isu pengangguran, isu GST, isu kenaikan harga barang, isu kos sara hidup yang tinggi di bandar dan lain lain isu lagi adalah penyebab kepada berkurangnya sokongan anak anak muda kepada UMNO.

Jika kita meninjau pada undian tersebut, boleh diramalkan yang UMNO bakal kuluhum pada PRU akan datang.

Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya atas sebab sebab tertentu yang tidak perlulah saya sebut di sini.

Perlu diingatkan, bukan mahasiswa universiti sahaja yang tidak menyokong kerajaan, anak muda yang bekerja sebagai promoter di pusat membeli belah pun sudah tidak suka lagi kepada kerajaan.





6 ulasan:

  1. BN sememnagnya tidak layak diundi dengan kepimpinan yang ada sekarang.

    BalasPadam
  2. Isu politik saya tidak berminat sangat, sekadar ambil tahu siki sikit dan sentiasa baca paper namun politik tak lari dari kehidupan kita, dalam Islam juga ada politik....tkasih atas info anda.

    BalasPadam
  3. Memang populariti pembangkang sedang naik sejak parti kerajaan menunjukkan kekurangan bijak mereka

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.