Mantan Presiden UMNO dan mantan Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir telah meminta agar UMNO Selangor dibubarkan kerana kegagalan
mereka mengekal dan menawan semula negeri Selangor pada PRU12 dan PRU13. Isyarat
PM paling lama itu jelas – beliau mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO
Selangor. Pemimpin UMNO Selangor sekarang perlu ditukar serta merta bagi
merampas kembali negeri terkaya di Malaysia itu.
Walaubagaimanapun, perubahan tidak sepatutnya berlaku
hanya kepada UMNO Selangor sahaja. Sebenarnya seluruh UMNO itu perlu berubah Bermula
dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi. Jika tidak, UMNO bakal hilang kuasa
pada bila bila masa sahaja. Ingatlah, UMNO bukan sebuah parti yang relevan lagi
untuk orang Melayu khususnya dan untuk rakyat Malaysia amnya. Kebanyakkan rakyat Malaysia
sudah jelak dengan pemimpin pemimpin parti yang berusia lebih 60 tahun itu.
Petunjuk yang jelas sudah diberi oleh rakyat pada dua
PRU yang terbaru. Tsunami politik pada tahun 2008 dan menafikan majoriti dua
per tiga di parlimen pada tahun 2013 jelas menunjukkan rakyat sudah jelak dan
muak dengan UMNO. Ingatlah, kebanyakkan rakyat menyokong UMNO pada PRU yang
lalu bukan kerana UMNO/BN itu bagus tetapi semata mata mahu selamatkan Islam,
Melayu dan Malaysia
sahaja.
Sepatutnya UMNO di bawah pimpinan Najib perlu
mengambil iktibar di atas perkara ini namun sayang seribu kali sayang, sikap,
cara dan corak yang sama masih lagi dikekalkan oleh Najib. Perubahan yang
diharap harapkan oleh rakyat tidak juga kunjung tiba. Masalah rasuah, kenaikan
harga barang, pecah amanah, salah laku pemimpin, kroni dan sebagainya masih
lagi membelenggu UMNO tanpa mahu membuat perubahan sedikit pun. Oleh itu,
Pakatan Rakyat terus mendapat untung daripada situasi ini.
Jika UMNO mahu
terus kekal relevan sebagai sebuah parti yang memerintah, perubahan tidak boleh
lagi berlaku secara perlahan lahan. Perubahan mesti dilakukan secara drastik,
pantas dan segera. Jika tidak, tunggulah UMNO menjadi pembangkang tidak lama
lagi. Sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib begitu negatif sekali.
Sekiranya tidak diatasi, jangan menangis tidak berlagu jika UMNO/BN tidak lagi
‘bersemayam’ di Putrajaya pada PRU yang akan datang.
Perubahan mesti berlaku dalam keseluruhan parti UMNO
itu sendiri. Pertama sekali UMNO mesti menukar pemimpin pemimpin yang mempunyai
pelbagai masalah itu dengan pemimpin pemimpin muda dan berpengalaman yang
bersih, cekap, berilmu, berintegriti dan amanah. Pemimpin pemimpin yang
terpalit dengan pelbagai skandal harus ditukar dan diturunkan dengan kadar
segera.
Kedua, UMNO mesti menyelesaikan segala masalah yang
menghujani parti itu seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, kronisme, dan
sebagainya. Masalah masalah seperti ini yang semakin melemahkan UMNO. Jika UMNO
hanya membutakan mata dan memekakkan telinga, masalah ini tidak akan selesai
dan selagi itulah kebanyakkan rakyat akan menjadi lebih prejudis terhadap UMNO.
Oleh itu, perubahan mesti berlaku di semua peringkat
dan seluruh parti UMNO itu sendiri dan bukan hanya untuk UMNO Selangor.
Kegagalan UMNO Selangor menawan negeri itu adalah kerana terdapat budaya ‘cah
keting’ yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri, pelbagai masalah yang gagal
ditangani dengan baik oleh UMNO, sokongan rakyat semakin menipis terhadap UMNO
serta kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan PR di Selangor
begitu tinggi.
Kesimpulannya, jika UMNO tidak berubah, bukan sahaja
UMNO akan gagal menawan Selangor tetapi juga akan gagal menawan Malaysia
pada PRU akan datang. Jangan sesekali memandang enteng pada pandangan saya
kelak akan memakan diri UMNO sendiri. Jangan menangis sehingga keluar air mata
darah jika UMNO gagal menguasai Malaysia
pada PRU akan datang kerana pada waktu itu nasi bukan lagi menjadi bubur tetapi
sudah pun menjadi nasi basi!
cakap pasai umno perlu berubah ni..... sampai bila pun tak berubah ubah hehehehe
BalasPadamJom lawat blog saya pula http://enyyusnizar.blogspot.com/
Zumal pun sokong kata-kata Tun M.
BalasPadam