Sumber : Google |
Peranan seorang penulis blog atau lebih mesra
dipanggil blogger pada masa kini memang besar. Kalau dahulu masyarakat hanya
bergantung kepada media cetak dan media eletronik untuk mendapatkan maklumat
tetapi kini, dengan kecanggihan teknologi masyarakat tidak lagi memerlukan
media media itu. Masyarakat boleh mendapatkan maklumat melalui blog yang
ditulis oleh seorang blogger sahaja.
Penulis blog sekarang bukan sekadar berkongsi
kehidupan peribadi mereka. Mereka juga boleh menyampaikan maklumat, ilmu,
berita, menyuarakan pendapat, melemparkan kritikan, mencari rezeki dan
sebagainya. Pokok pangkalnya banyak perkara yang boleh dilakukan hanya
menggunakan medium blog sahaja. Blogger sekarang adalah wartawan, penyiasat,
sasterawan, pakar motivasi, ahli perniagaan yang wujud di alam maya. Ini bukan
fantasi tetapi adalah realiti.
Jika kita lihat sekarang, masyarakat kurang mahu
membeli surat
khabar untuk mendapatkan berita sebaliknya mereka lebih selesa untuk membaca
blog blog atau laman laman berita secara atas talian. Ini kerana mereka tidak
memerlukan masa dan wang ringgit yang banyak untuk mendapatkan berita bukan
sahaja dalam malahan juga di luar negara.
Tidak hairanlah mengapa banyak akhbar akhbar arus
perdana yang mewujudkan laman berita secara atas talian mereka sendiri
contohnya Utusan Online, Sinar Online, BH Online dan banyak lagi. Begitu juga
dengan ramai wartawan terkemuka di negara ini, mereka juga menggunakan medium
medium blog antaranya Datuk A. Kadir Jasin, Mohd Sayuti Omar, Tan Sri Zainuddin
Maidin, Fathi Aris Omar, Datuk Tarmizi Mohd Jam dan ramai lagi.
Kaum kaum penulis juga ramai yang terkenal sebagai
penulis dengan menggunakan medium blog sahaja antaranya Umi Kalsum yang menghasilkan
novel Kampung Girl yang terkenal sehingga diadaptasi menjadi sebuah drama di
TV3 tidak lama dahulu. Penegur/pengkritik dan cybertrooper milik parti
parti politik seperti UMNO, PAS, PKR dan DAP juga menggunakan medium medium
blog untuk menyokong parti mereka dan membelasah pihak lawan antaranya blog
Tukar Tiub, Milo Suam, Omak Kau, The Unspinners, House of PK, Gerakan Anti PKR
dan banyak lagi.
Jangan hairan bin terkejut apabila blogger juga ramai
yang sudah mencari rezeki dengan hanya menulis blog sahaja antaranya Hasrul
Hassan, Ben Ashaari, Rabiatul Adawiyah, Bro Framestone, Encik Titan dan ramai
lagi termasuk pengedar pengedar produk Shaklee (termasuk saya), semuanya
menggunakan medium blog untuk menyara kehidupan.
Tidak dilupakan, golongan selebriti juga ada yang
mempunyai blog seperti Hanis Zalikha, Zahiril Adzim, Zed Zaidi dan ramai lagi.
Mengapa perkara ini bisa berlaku? Kerana peranan blog semakin besar dan meluas
dalam masyarakat.
Pokok pangkalnya, blog ini mempunyai pelbagai fungsi
dan sudah pasti peranan seorang blogger itu diiktiraf oleh masyarakat. Pengaruh
seorang blogger sangat besar sekarang ni dan tidak dapat dinafikan populariti seorang
blogger kadang kala setaraf dengan seorang selebriti yang terlibat di dalam
industri seni sama ada populariti mereka itu datang secara baik ataupun secara
tidak baik.
Oleh sebab itulah, banyak syarikat sekarang ini lebih
suka menggunakan khidmat blogger terkenal untuk memasarkan produk mereka di
samping menggunakan saluran televisyen, radio dan surat khabar. Ini kerana promosi mereka lebih
meluas, murah dan senang untuk berurusan tanpa banyak perkara yang perlu
dilakukan.
Melihat kepada pengaruh penulis blog yang semakin
membesar di dalam masyarakat yang hampir setaraf dengan wartawan dan sasterawan,
tidak bermimpikah para blogger sekalian kerajaan dan dunia juga memberikan satu
anugerah yang berprestij kepada seorang blogger sepertimana Anugerah Sasterawan
Negara dan Tokoh Wartawan Negara?
Jika penulis dan wartawan (sudah pasti menulis) itu
pun boleh menerima anugerah di atas sumbangan besar mereka kepada negara,
masakan blogger (juga menulis) tidak boleh diiktiraf seperti mereka? Alangkah
bagusnya jika negara dan dunia mengiktiraf peranan seorang blogger dengan
memberikan anugerah Tokoh Blogger Negara ataupun Tokoh Blogger Dunia (setaraf
dengan Anugerah Nobel Kesusasteraan).
Saya fikir tidak mustahil anugerah seperti ini
diwujudkan untuk mengiktiraf penulis blog yang telah berjasa kepada agama,
bangsa dan tanah air.
Pada hemat saya, sekiranya anugerah diwujudkan,
anugerah itu perlu diberi kepada blogger blogger yang telah besar jasanya
kepada Islam, Melayu dan Malaysia.
Sebagai contoh, A. Samad Said (Sasterawan Negara) diiktiraf kerana karyanya
seperti Salina
itu telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Sumbangan beliau di dalam
dunia kesusasteraan tidak boleh disangkal lagi. Begitu juga dengan Datuk A.
Kadir Jasin. Sumbangan beliau di dalam dunia kewartawanan memang sukar untuk
dinafikan. Tidak hairanlah mereka berdua menerima anugrah yang cukup
berprestij.
Oleh itu, tidak mustahil juga satu anugerah yang
berprestij diwujudkan khas untuk seorang blogger bagi mengiktiraf jasanya dalam
bidang blogging dan penulisan maya. Saya yakin ramai blogger di luar sana yang mempunyai ciri ciri
yang baik untuk menerima anugerah itu seperti membantu ramai blogger lain untuk
berjaya di samping berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Soalan saya, jika Anugerah Tokoh Blogger Negara
diwujudkan pada waktu ini, blogger manakah yang sesuai untuk menerima anugerah
berprestij itu? Fikir fikirkan….
mungkin blogger dianggap picisan. btw byk jgk info sy dapat melalui entri nih. blog2 otai. hehe ---kerusiburok---
BalasPadamperghhh Tokoh Blogger Negara.... best jugak tu
BalasPadamnice sharing.Terima kasih MNH sastera melayu.
BalasPadamsekarang kita suka baca pape berita/cerita online so blog salah 1 medium yang digunakan...mudah dan senang utk akses :)
BalasPadamGIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA
Alamak... Baru terperasan ada nama kita di situ. Apa2 pun terima kasih, saya masih lagi berblog walaupun income x selebat dahulu
BalasPadam