Selasa, 25 November 2014

CARA MENDAPATKAN PAYUDARA YANG TEGANG, MONTOK DAN ANJAL


Maaf! Tiada gambar yang sesuai yang boleh saya letakkan untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak.


Mempunyai payudara yang tegang, montok dan anjal memang menjadi idaman setiap wanita di dunia ini kerana payudara adalah asset bagi kaum wanita. Tidak dapat dinafikan bahawa payudara wanita merupakan tarikan buat kaum lelaki dan menjadi salah satu faktor ‘pengikat’ buat suami. Namun begitu, tidak semua wanita terutama yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata mampu untuk mempunyai payudara yang sempurna. Sudah pasti anda akan mencari jalan bagaimana mahu mencantikkan semula payudara anda yang kendur itu.  .

Tentu anda tertanya tanya (kepada kaum wanita) bagaimana untuk menegangkan kembali payudara yang kendur seperti mula mula dahulu sebelum anda berkahwin? Mengapa tiba tiba payudara anda tidak lagi sesempurna dahulu? Di sini, saya mahu kongsikan beberapa tips bagaimana untuk menegangkan kembali payudara anda yang sudah kendur itu. Baca rencana ini sehingga habis ye…


Sebab sebab payudara anda menjadi kendur


Antara sebab payudara anda tidak tegang seperti dahulu adalah kerana anda melahirkan dan menyusukan anak. Hal ini kerana ukuran payudara anda akan berkembang seiring usia kehamilan anda dan daya tarikan ke bawah boleh menyebabkan kekenduran ini berlaku. Apabila anda menyusukan bayi anda, payudara anda akan menjadi besar kerana dipenuhi susu.

Apabila anda mempunyai payudara yang terlalu besar dan anda memakai pakaian yang tidak sesuai boleh menyebabkan payudara anda menjadi kendur. Oleh itu, pilihlah pakaian dalam yang sesuai untuk menyokong payudara anda sebagai contoh mama bra (untuk ibu yang menyusu).  

Tabiat tidur yang suka mengiring juga boleh menyebabkan payudara anda menjadi kendur kerana payudara anda tidak mempunyai penyokong. Oleh itu, posisi tidur yang terbaik anda secara menelentang kerana payudara anda mempunyai sokongan yang cukup. 

Kekurangan zat makanan juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat dan mempunyai banyak gizi untuk mengatasi masalah ini. antara makanan yang boleh saya cadangkan adalah kubis, kacang, tempe, dan bawang.

Menegangkan payudara anda dengan Shaklee


Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan supaya anda mengambil satu produk keluaran Shaklee iaitu Collagen Powder Shaklee. Antara kebaikan produk ini adalah dapat menghasilkan kolagen yang amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Kolagen adalah protein yang terdiri daripada asid amino yang khusus di mana di kolagen mampu untuk menyihatkan dan menegangkan payudara anda dengan berkesan. Oleh itu, jika anda mahu mendapatkan payudara yang sihat dan cantik, dapatkan produk ini dengan segera. Buatkan suami anda gembira dengan mempunyai payudara tegang, montok dan anjal. Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk yang terbaik ini.

 


Bagi mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram/wechat : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia. 



Nota : saya memohon maaf jika anda merasakan saya tidak layak untuk bercakap tentang soal ini memandangkan saya adalah lelaki tetapi sebagai penulis blog dan pengedar Shaklee, saya bukan sahaja ingin berkongsi tentang kebaikan produk tetapi juga mahu membantu anda untuk hidup lebih sihat dan sempurna. Sebarang kekurangan dalam penulisan saya, saya memohon seribu kemaafan. Jangan salah faham dengan penulisan ini.




1 ulasan:

  1. kalau kita baring dada ke bawah lantai memang tak tegang punya jeee..tanpa minum kefin wahualam.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.