Jumaat, 31 Oktober 2014

PEROGOL BAHASA

Sumber : Google


Tega sungguh dirimu,
Merogol bahasa ibundamu,
Hilang sudah jiwamu,
Memperkosa bahasa kebangsaanmu.

Malu benar dirimu,
Bertutur bahasa itu,
Kau gunakan Inggeris sebagai ganti,
Kau buang Melayu dari sanubari,
Kau rojakkan bahasa itu,
Kau cacatkan bahasa itu,
Hingga lupa hukum asalnya,
Kau mencari ganti,
Perkataan demi perkataan,
Untuk dilihat sebagai ilmuan tinggi.

Kau cemuh pertuturnya,
Tanpa peduli akan natijahnya,
Kau biarkan dia menderita,
Di bumi yang dia dicipta.

Siapa yang akan mendaulatkannya,
Jika bukan kita,
Wahai bangsa,
Si empunya bahasa,
Adakah kau mengharapkan bangsa lain,
Yang jelas benci dan prejudis,
Adakah kau juga begitu,
Memandang hina pada bahasamu.

TESTIMONI KEBERKESANAN PRODUK SHAKLEE



Seperti yang telah acapkali saya menulis di blog ini bahawa produk Shaklee memang banyak kebaikkanya dan tidak hairanlah mengapa produk ini mampu bertahan selama 50 tahun di dunia dan 20 tahun di Malaysia. Ini adalah salah satu testimoni yang berjaya membuktikan bahawa produk keluaran Shaklee telah berjaya membantu ramai manusia di luar sana. Produk keluaran Shaklee adalah terbaik, halal dan selamat digunakan serta terbukti berkesan. 

Oleh iu, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan sebarang produk keluaran Shaklee, anda boleh mendapatkannya melalui saya dengan cara :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14 Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia. 


NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 1

         

I

  Seawal pukul 5.30 pagi, Mahani telah bangun dari tidurnya. Dia terus mencapai tuala yang berada di atas ampaian di sudut bilik tidur itu. Walaupun mata masih lagi diserang rasa mengantuk namun Mahani tetap menggagahkan diri untuk bangun dan mandi. Seusai mandi, dia menunaikan solat fardhu Subuh dua rakat seterusnya mengejutkan anak lelakinya Irfan.
     “Irfan… bangun…. Hari dah subuh. Pergi mandi cepat. Nanti lambat pergi sekolah.” Kata Mahani sambil menepuk nepuk kaki Irfan. Beberapa saat kemudian Irfan mula terjaga.
    “Ibu, Irfan malaslah nak pergi sekolah. Cikgu Aida tu garang sangat. Dia suka marah kat Irfan.” Kata Irfan seraya memandang ke arah Mahani untuk meminta simpati. 
    “Irfan, boleh tak Irfan jangan buat perangai pagi pagi macam ni. Kalau kamu tak pergi sekolah, kamu nak jadi apa kalau besar nanti. Sudah! Jangan nak mengada ngada. Pergi ambil tuala lepas tu terus masuk bilik air.” Kata Mahani tegas. 
             Irfan terus mangambil tuala mandinya dengan wajah yang masam. Dia sengaja menghentak hentakkan kakinya dilantai ketika pergi ke bilik air. Setelah melipat kain telekung dengan kemas dan menyangkutnya di ampaian Mahani terus menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Dia melihat ada sebungkus roti Gardenia dan setin sardin. Dia tersenyum sendirian kerana dia tahu hendak masak apa pada pagi itu. 
         Dia terus memotong bawang merah, cili, bawang putih dan menyediakan bahan bahan untuk memasak sambal sardin. Kemudian dia menumis semua bahan tersebut ke dalam kuali. Sambal itu boleh dicecah bersama roti. Setelah siap memasak dan menghidangkan di atas meja makan, Mahani terus bersiap. Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 minit pagi.
      Dia tidak mahu terlambat ke tempat kerja. Dia tidak suka mendengar Encik Ramli memarahinya pada waktu pagi sekiranya dia lambat sampai ke tempat kerja. Dia mengenakan baju kurung berwarna kelabu yang bercorak bunga biru. Baju itu dipadankan dengan tudung bawal yang juga berwarna biru. Walaupun dia hanya bertugas sebagai tukang cuci bangunan hotel sahaja namun penampilan diri perlu dijaga.
        Itulah yang sering dipesan oleh arwah ibunya yang sudah meninggal dunia kira kira tiga bulan yang lalu. Sesudah siap, dia terus ke meja makan. Dia melihat Irfan sudah duduk menunggu dirinya. Wajah kanak kanak berusia tujuh tahun itu cukup kelat. Irfan malas mahu pergi ke sekolah pada hari itu. Dia lebih suka tinggal di rumah sambil menonton cerita kartun yang ditayangkan di televisyen tetapi Mahani tidak membenarkannya. 
           Jika dia tidak menghantar Irfan ke sekolah, siapa yang mahu menjaganya di rumah. Dia tidak mahu membiarkan kanak kanak berusia tujuh tahun itu tinggal di rumah seorang diri.
        “Kenapa tak makan roti dengan sardin tu? Penat ibu masak pagi tadi.” Soal Mahani sambil memandang kepada Irfan. 
         “Sarapan ni tak sedap. Irfan tak suka. Irfan suka makan nugget ayam tu.” Jawab Irfan. 
 
       “Hari ni nugget ayam dah habis. Ibu lupa nak beli kat supermarket malam tadi. Hari ni ibu beli nanti esok Irfan boleh makan nugget ayam ye. Sekarang Irfan makan roti dengan sambal sardin ni. Irfan kena sarapan kalau tak nanti Irfan sakit perut. Makan ye sayang.” Mahani memujuk. Irfan memang cerewet terutama dalam bab makanan. Sikapnya sama seperti bekas suaminya. Bakri suka mengkritik makanan yang tidak digemarinya. Selama lima tahun dia berkahwin dengan Bakri dia tidak tahan dengan sikap Bakri yang panas baran itu. Ketika dia berkahwin dengan Bakri dahulu, tubuhnya umpama punching bag bagi Bakri. Dia sering dipukul dan dibelasah jika ada perkara yang tidak berkenan yang dia lakukan di mata Bakri. 
 
       Setelah berfikir dengan semasak masaknya, dia meminta cerai dari Bakri. Mahkamah menetapkan Irfan akan berada di bawah jagaannya tetapi Bakri boleh melawat anak itu sekali sekala. Setelah bersarapan, Mahani terus menghantar Irfan ke sekolah dengan manaiki bas. 
      “Belajar elok elok ye sayang. Jangan nakal nakal. Dengar cakap cikgu.” Pesan Mahani ketika menghantar Irfan di pintu pagar sekolah itu.
      “Baik ibu.” Jawab Irfan sambil menyalami ibunya. Mahani memerhatikan Irfan berjalan ke kelasnya. Dia berdoa kepada Allah supaya suatu hari nanti Irfan akan menjadi seorang manusia yang berjasa kepada agama, bangsa dan negaranya. Setelah menghantar Irfan ke sekolah, Mahani terus manaiki bas untuk ke tempat kerjanya iaitu di RaHa Hotel. Sebuah hotel bertaraf tujuh bintang yang dimiliki oleh Datuk Hasanah Aliman. Seorang ahli perniagaan wanita paling berjaya di Malaysia.

APA ITU RESVERATROL?

vivix mampu menyelesaikan pelbagai masalah penyakit


Resvetratrol adalah sejenis polyphenol yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Resveratrol dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan kerana dirosakkan oleh haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberri dan kacang. Menurut beberapa kajian yang telah dibuat, resveratrol boleh mengurangkan pembentukan kanser dalam tubuh antaranya kanser payudara dan kanser prostat.

Selain itu, resveratrol juga boleh mencegah diabetes, mencegah penuaan, dan mencegah kesihatan jantung.

Produk keluaran Shaklee, Vivix Liquid Dietary Supplement mempunyai tahap resveratrol yang tinggi memandangkan produk ini dibuat dengan menggunakan anggur Muscadine iaitu sejenis tumbuhan yang mempunyai resveratrol tertinggi di dunia. Produk ini sesuai dimakan oleh warga emas, orang yang mempunyai risiko kanser, pengidap diabetes, orang yang mahu menjaga kecantikan kulit, orang yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, dan orang yang berisiko terkena penyakit jantung.

Khamis, 30 Oktober 2014

APA YANG ADA DALAM VIVIX?

Sejak belakangan ini, saya selalu menulis tentang kebaikkan produk Vivix Liquid Dietary Supplement. Walaupun ada banyak sebenarnya produk kesihatan dalam Shaklee, tetapi saya sangat tertarik dengan Vivix kerana Vivix adalah produk seribu guna. Pelbagai penyakit yang boleh produk ini rawat dan memberi pencegahan awal. Saya tidak rasa anda sudah lupa apa yang saya tulis tentang fungsi Vivix ini bukan?

Saya yakin dan percaya anda pasti tertanya tanya, apakah bahan yang digunakan untuk membuat Vivix ini sehingga menjadi satu produk yang hebat yang mampu merawat pelbagai penyakit. Dalam rencana kali ini, saya mahu membongkarkan apakah bahan yang dimasukkan oleh saintis saintis Shaklee sehingga mampu menghasilkan produk sebagus ini.

Menurut hasil pembacaan saya, di dalam produk ini terdapat empat jenis bahan yang diambil dari alam semulajadi iaitu anggur muscadine, lobak ungu, Elderberry, dan Polyganum Cuspidatum.

MAHASISWA MALAYSIA MUDAH DIPERALATKAN

          
Sumber : Google

            Kejadian yang berlaku di Universiti Malaya Isnin lalu memperlihatkan ketidakmatangan mahasiswa mahasiswa kita berfikir. Ini kerana mereka mengikut cara perjuangan yang salah dalam politik. Saya tidak kata salah untuk menyokong Anwar Ibrahim tetapi cara mereka memberi sokongan itu yang salah. Mengapa mereka mesti rosakkan pagar UM semata mata untuk memberi laluan kepada Anwar? Mengapa mereka mesti mahu Anwar berucap di dalam UM? Sudah tidak ada tempatkah yang penganjur boleh sediakan selain daripada UM?

           Universiti adalah tempat kita menuntut ilmu. Universiti bukan tempat untuk menganjurkan ceramah politik. Universiti juga bukan tempat kita melakukan rusuhan, provokasi dan mempamerkan sikap vandalisme! Saya kesal melihat mahasiswa mahasiswa UM yang majoritinya Melayu berkelakuan seperti orang yang tidak berakal! Belajar di sebuah universiti antara yang terbaik di dunia tetapi pemikiran lebih teruk dari pelajar pelajar di Somalia dan Ghana sana.

          Jujur saya katakan tidak salah untuk kita berpolitik atau menyokong mana mana parti politik tetapi bukan dengan cara seperti itu. Itu bukan cara orang yang mempunyai intelektual yang tinggi. Ibu bapa menghantar mereka ke univerisiti supaya mereka belajar untuk menjadi orang yang berjaya bukan untuk berpolitik. Kalau mahu berpolitik sangat, belajarlah sehingga mendapat segulung ijazah, kemudian mahu masuk mana mana parti politik atau bertanding di dalam pilihanraya pun tidak ada masalah.

Rabu, 29 Oktober 2014

CARA MENCEGAH OSTEOPOROSIS (TULANG RAPUH)

Tahukah anda apa itu penyakit osteoporosis? Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Penyakit ini biasa berlaku kepada orang tua dan wanita selepas monopaus apabila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia anda meningkat, anda akan mengalami kekurangan kepadatan tulang menyebabkan tulang menipis. Oleh itu, tulang akan menjadi rapuh dan mudah patah terutama tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Vivix mampu merawat osteoporosis
Sumber : Google

Faktor faktor yang meningkatkan risiko Osteoporosis.


Menurut hasil pembacaan saya, antara faktor yang menyumbang ke arah risiko penyakit ini adalah apabila anda menggunakan tenaga di tahap maksimum seperti atlet pelari marathon. Selain itu, faktor kurang bersenam dan jarang mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kalsium yang tinggi juga antara penyebab penyakit ini. Jika anda kurang bersenam, badan anda tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun mempunyai nutrient yang cukup.

Selanjutnya, jika anda seorang wanita, kebarangkalian untuk anda mengidap penyakit ini adalah tinggi berbanding lelaki. Untuk pengetahuan anda, lelaki mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi berbanding wanita di mana lelaki hanya hilang 0.3% sahaja kepadatan tulang setiap tahun berbanding wanita yang hilang 0.5% setiap tahun!

CIKGU SURAYA VS NAFSU SI PENGHANTAR SURAT

            

            Sungguh dahsyat penangan cerpen Cikgu Suraya yang merupakan sebuah cerpen lucah yang mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Amir yang berzina dengan guru Matematiknya, Cikgu Suraya sehingga telah diadaptasi menjadi sebuah filem dengan tajuk yang sama lakonan Ashraf Zamani dan Sofia Lee Abdullah. Cerpen ini sangat popular di era 2000an di mana ramai ramaja yang baru akhil baligh (pelajar sekolah menengah) telah membaca cerpen ini.

         Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan hangat seperti mana hangatnya cerpen lucah Cikgu Suraya itu sendiri. Sesiapa yang belum membaca cerpen ini bolehlah membacanya dengan hanya menulis kata kunci ‘Cikgu Suraya’ sahaja di enjin carian Google.

           Ramai orang tertanya tanya siapa sebenarnya Amir dan Cikgu Suraya ini? Adakah cerpen ini benar benar telah berlaku seperti yang digambarkan? Siapakah penulis cerpen ini sehingga cerpennya mendapat sambutan hangat di kalangan remaja sehingga sekarang? Jika cerpen ini bukan sebuah cerpen lucah atau seks, saya yakin yang penulis cerpen ini akan kaya raya dengan hasil royalti jika filem itu meletup di pawagam nanti.

Selasa, 28 Oktober 2014

SEDARKAH DIKAU?

puisi sedarkah dikau?
Gambar Hiasan


Mengapa kau begitu kejam,
Mengongkong diri yang bukan milikmu,
Mengapa kau begitu zalim,
Melukakan hati seorang sahabatmu,
Mengapa kau begitu sadis,
Berlaku curang di hadapan kekasihmu.

Perbuatanmu sukar dimaafkan,
Sedarkah dikau di atas kekejamanmu,
Insafkah dikau di atas kebobrokanmu,
Wahai perempuan kejam,
Di sebalik kebijaksanaanmu,
Di sebalik kecantikanmu,
Di sebalik kepetahan kata katamu,
Dirimu umpama nila,
Yang boleh merosakkan susu sebelanga,
Dirimu umpama racun,
Yang boleh membunuh di kalbu.

Insaflah wahai perempuan kejam,
Sedarlah wahai perempuan kejam,
Di atas semua perbuatanmu,
Sebelum kamu,
Dikuluhumkan oleh Tuhanmu,
Akibat perbuatan kejammu.



VIVIX MAMPU MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH KULIT

vivix mampu merawat pelbagai penyakit


Seperti dalam entri entri sebelum ini, saya selalu menulis bahawa Vivix Liquid Dietary Supplement ini mempunya pelbagai khasiatnya seperti mampu merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan arthritis, mengurangkan rambut beruban, meningkatkan daya seks, meningkatkan pengeluaran sperma, menghalang kejadian tumor dan kanser, menghalang Alzheimer, mencegah masalah prostat,, dan merawat glaukoma

Bukan itu sahaja, Vivix juga mampu menyelesaikan pelbagai masalah kulit seperti memutih dan mengurangkan pigmentasi, mengurangkan kedut halus, memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan bintik penuaan serta melambatkan penuaan.

Isnin, 27 Oktober 2014

APA GUNA?

jangan suka menyusahkan orang lain
Gambar Hiasan

Apa guna punya anak seribu,
Jika seorang pun tidak bisa membantu,
Apa guna punya banyak harta,
Jika dibenci oleh sanak saudara,

Wahai manusia,
Sedarkah kau mengapa jadi begitu,
Itu semua kerana kesilapanmu,
Kau tidak pernah sedar,
Kerana tidak ada seorang pun yang memberitahumu,
Kerana dia sering memanjakanmu,
Walaupun dia punya tugas yang jitu.

Dia lebih banyak membei tumpuan,
Kepada dirimu,
Sedangkan mereka dia abaikan sahaja begitu,
Mereka hanya mampu memerhati,
Mereka hanya mampu menyimpan,
Kemarahan dan kekecewaan,
Yang terbit di sanubari,
Sedangkan kamu,
Terus mengambil kesempatan,
Di atas peluang yang ada. 

PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KUALA LUMPUR

Adakah anda tercari cari Pengedar Sah Shaklee di Kuala Lumpur? Sangat penting sebenarnya untuk anda mendapatkan produk keluaran Shaklee dengan pengedar Shaklee yang sah untuk memastikan anda benar benar mendapatkan produk keluaran Shaklee yang tulin di samping mendapat konsultasi yang berterusan secara percuma.


Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Bangi dan seluruh Malaysia

Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan produk keluaran Shaklee secara penghantaran terus ke rumah di sekitar kawasan Kampung Baru, Keramat dan Bangi (Seksyen 14 Teras Jernang sahaja), anda boleh mendapatkannya dengan saya pada bila bila. Jika anda berada di luar kawasan yang saya sebutkan di atas, jangan risau kerana saya boleh menghantarnya kepada anda melalui kiriman pos.

Anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
PM FB : Muhammad Nurhaziq
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia

Sabtu, 25 Oktober 2014

BUKAN AKU TIDAK MAHU IKUT KAMU

bukan aku tidak mahu iku kamu
Sumber : Google



Jangan kau marah diriku,
Kerana tidak bisa mengikutimu,
Bukan kerana aku tidak suka,
Bukan pula kerana aku tidak rela,
Tetapi aku tidak punya upaya,
Untuk mngikutimu ke ruang sana.

Maafkan aku duhai sahabat,
terpaksa mungkir janji janji ku,
Aku bukan munafik,
Tetapi aku terpaksa,
Terpaksa mencipa keputusan itu,
Untuk keselesaan diriku sendiri,
Melainkan....
Kau punya cara,
Untuk selesaikan masalah yang tiba.








APA ITU GLAUKOMA?

Tahukah anda apa itu glaukoma? Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik mata. Panyakit ini boleh menyebabkan mata menjadi buta atau hilang daya penglihatan. Glaukoma juga adalah penyakit mata kedua yang boleh menyebabkan mata menjadi buta selepas katarak.

vivix mampu merawat glaukoma
Sumber : Google

Punca punca terjadinya glaukoma


Antara punca terjadinya glaukoma adalah saliran air yang keluar dari mata tidak lancar dan ini boleh menyebabkan tekanan pada mata naik. Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf optik. Selain itu, punca ramai orang terkena penyakit ini adalah kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf opti dan juga kelemahan saraf optik itu sendiri.

Jumaat, 24 Oktober 2014

1's Segmen Blogwalking By Budak Kilabret

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

- See more at: http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/1st-segmen-blogwalking-by-budak-kilabret.html#sthash.EfrQQlsy.dpuf
Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)
- See more at: http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/1st-segmen-blogwalking-by-budak-kilabret.html#sthash.EfrQQlsy.dpuf

MENGAPA SPERMA LELAKI KURANG?


Sumber : Google

Rencana kesihatan yang saya akan tulis pada hari ini mungkin agak panjang sedikit berbanding biasa tetapi mesej saya tetap sama, mahu semua pembaca blog ini bukan sahaja sihat tetapi juga dapat menyelesaikan masalah kesihatan yang melanda diri dan keluarga di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Itulah sebenarnya tanggungjawab sebagai seorang pengedar Shaklee. Kami diajar bukan untuk mengejar keuntungan semata mata, tetapi juga memberi ilmu kepada masyarakat di samping berkongsi kebaikan produk keluaran Shaklee untuk kebaikan kita bersama.

Masalah ketidaksuburan kaum lelaki memang menjadi satu topik yang hangat dan tidak sudah sudah dibincangkan. Oleh sebab itu, ramai lelaki berusaha mencari cara bagaimana untuk meningkatkan daya seks apabila mereka berkahwin nanti dan pada masa yang sama juga berusaha memastikan agar mereka adalah seorang suami yang subur untuk mendapatkan zuriat bersama pasangan masing masing.

First Giveaway by Zaki! Namaku




Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger Mad Parihh sebab sudi tag saya untuk segmen ni. Jemput baca blog Mad Parihh ye. Macam macam perkara yang kita boleh tahu kat sana. Untuk makluman giveaway ini dianjurkan oleh blogger AQU Zack. Tak ada apa yang saya nak ulas untuk giveaway ni sebab saya kekeringan ilham hehehe. Maafkan saya...

Blogger yang saya tag untuk giveaway ni adalah :

CARA MERAWAT DARAH TINGGI

Sudah ramai sebenarnya orang yang terkena penyakit darah tinggi terutama golongan yang sudah berusia. Tahukah anda apakah itu penyakit darah tinggi? Bagaimana penyakit ini boleh berlaku? Bagaimana mahu merawat penyakit ini? Jangan khuatir kerana saya akan menerangkan satu persatu kepada anda berkenaan penyakit ini. Jadi saya harap anda dapat membaca rencana ini sampai habis.  

Apa itu penyakit darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi merupakan satu penyakit kardiovaskular yang biasa. Tekanan darah merujuk kepada daya darah tersebut menolak ke arah dinding arteri sehingga darah mengisi arteri dalam kapasiti tertentu. Jika darah mempunyai tekanan yang terlalu tinggi ketika mengisi arteri tersebut, arteri boleh terancam dan membawa kepada keadann yang mengancam nyawa seperti penyakit jantung atau strok.

vivix mampu mencegah penyakit darah tinggi
sumber : Google

Punca penyakit darah tinggi

Sekarang saya akan menerangkan punca punca seseorang itu boleh terkena penyakit darah tinggi. Antara punca punca penyakit ini adalah keturunan. Jika ada dalam ahli keluarga anda yang pernah mengidap penyakit ini, anda juga mungkin boleh terkena penyakit yang sama. Selalu benar kita dengar bahawa orang yang terkena penyakit ini adalah golongan yang berusia. Fakta ini memang tepat sekali kerana hasil kajian menunjukkan orang yang berusia 55 tahun ke atas mudah untuk terkena penyakit ini.

Khamis, 23 Oktober 2014

Segmen : Aimifiqa Garden Bloglist



Seperti biasa, akibat kekurangan ilham untuk menghasilkan entri, maka saya akan menyertai mana mana segmen yang dianjurkan oleh mana mana blogger. Mana mana blogger yang buat segmen yang senang senang tu, siaplah! Mesti saya akan sertai punya... hihihi. Kali ini saya menyertai segmen yang dianjurkan oleh blogger Aimifiqa iaitu segmen pencarian bloglist blog dia. Mesti seronok bila blog MNH Sastera Melayu ni terpampang kat semua bloglist blogger blogger popular. Hehehe. Oleh itu, kepada mana mana blogger, jom sertai segmen ni. Segmen ni memang senang dan tak perlu nak buat itu ini. Selamat bersegmen semua....


Dengan ini saya memilih kategori  Redbug untuk disenaraikan.








CARA MENCEGAH MASALAH PROSTAT

Penulisan kali ini saya akan lebih memberi tumpuan kepada masalah atau penyakit yang sering melanda kaum lelaki iaitu masalah prostat. Kaum wanita juga boleh baca untuk mengetahui sama ada suami atau anak lelaki anda mungkin terkena penyakit ini. Sebelum saya menerangkan tentang penyakit ini, saya akan menerangkan terlebih dahulu apa itu prostat. Prostat adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing lelaki dan mengelilingi salur kencing yang dikenali juga sebagai urethra. Saiz prostat ini hanya sebesar kacang walnut sahaja dan fungsinya adalah untuk menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.

Masalah prostat terbahagi kepada dua iaitu pembesaran kelenjar prostat dan kanser prostat. Pembesaran kelenjar prostat ini berlaku disebabkan ransangan hormon testosterone. Apabila kelenjar prostat anda besar, anda akan mengalami kesukaran dalam membuang air kecil. Aliran kencing anda kurang baik, kerap membuang air kencing, tidak dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air dan air kencing menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air. Sekiranya tidak dirawat, salur kencing anda akan tersumbat dan anda tidak dapat membuang air kencing secara normal.

Banyak lagi sebenarnya kesan buruk pembesaran kelenjar prostat ini antaranya buah pinggang akan gagal berfungsi, berlaku pembentukan batu karang, kerap ke tandas dan sebagainya.

Kanser prostat pula terjadi apabila sel sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa kawalan. Apabila anda terkena penyakit ini, anda akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, aliran kencing anda lemah, dan kerap kencing. Selain itu, mungkin akan terdapat darah yang keluar ketika anda membuang air kecil. Bukan itu sahaja, sel sel kanser prostat juga boleh merebak melalui aliran darah ke organ organ lain seperti tulang peha dan paru paru.

Seseorang itu akan mengalami sakit sakit tulang serta akan mengalami masalah bernafas. Jika sel sel kanser itu sudah merebak ke tulang belakang, risiko untuk anda menjadi lumpuh sangat tinggi.

Selasa, 21 Oktober 2014

CARA MENCEGAH ALZHEIMER



Tahukah anda apa itu Alzheimer? Alzheimer merupakan sejenis penyakit ‘pelupa’ yang biasanya berlaku ke atas orang yang sudah berusia. Penyakit ini adalah satu penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progressif. Apabila seseorang itu terkena penyakit ini, dia akan gagal untuk menguruskan dirinya sendiri dan memerlukan orang lain untuk membantunya. 
Vivix mampu cegah Alzheimer
Sumber : Google


Punca punca penyakit Alzaheimer 

Banyak punca sebenarnya mengapa penyakit ini boleh menyerang diri seseorang antaranya jika seseorang itu tidak mendapat rehat yang mencukupi. Kajian menunjukkan orang yang tidur selama 6 jam sehari akan mengalami memori yang singkat dan jika berterusan kemungkinan untuk mendapat Alzheimer sangat tinggi. Selain itu, apabila anda sering berdengkur, risiko untuk anda terkena penyakit ini juga tinggi. Berdengkur berlaku disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Oleh sebab oksigen sukar untuk sampai ke otak, sel sel otak akan terganggu dan akan menyebabkan daya ingatan anda semakin lemah.

Seterusnya, jika anda berusia 65 tahun ke atas, anda mungkin mempunyai risiko untuk terkena penyakit ini. Pada usia ini, badan anda mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan daya ingatan anda menjadi semakin lemah. Selanjutnya, jika anda kerap mengambil pil tidur atau pil elergi, pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor yang bertauliah terlebih dahulu.  Ini kerana jika anda kerap mengambil pil pil seperti ini, fungsi otak anda akan terganggu. Mengambil ubat ubatan terlampau banyak juga boleh menyebabkan daya ingatan anda terganggu.

Kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan memori berlaku. Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya bersenam selalu untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah di samping membuat pemeriksaan doktor untuk mengetahu kandungan gula dalam darah anda.

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2014




Sekali lagi Rrsya Eyrdina menganjurkan segmen. Kali ini ialah segmen pencarian bloglist kat blog dia. Kepada mana mana blogger, jom sertai segmen ni. Di samping boleh tambah kawan, kita juga boleh blogwalking dan tambah traffik blog kita. Mari ramai ramai kita meriahkan segmen Rrsya Eyrdina yang mudah dan senang ni.

BENARKAH MELAYU BANGSA PENDATANG DI MALAYSIA?




Tan Lai Soon
Tan Lai Soon

        Sekali kali ultrakiasu membuat onar dan menggemparkan negara dengan sengaja menyentuh sensitiviti perkauman. Kali ini satu kenyataan telah dibuat oleh seorang perwakilan Gerakan Johor bernama Tan Lai Soon dalam mesyuarat perwakilan partinya baru baru ini dengan mengatakan bahawa bangsa Melayu juga adalah bangsa pendatang sama seperti bangsa India dan Cina di Malaysia.

        Inilah contoh contoh ultrakiasu yang buta mata, buta hati dan buta sejarah. Ultrakiasu seperti Lai Soon ini sepatutnya dilucutkan kerakyatannya kerana tidak dapat menerima asas asas pembentukan negara ini dan sengaja mempertikaikannya. Apa perlunya dia mengeluarkan kenyataan seperti itu? Adakah dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu parti Gerakan yang hidup segan mati tak mahu itu boleh mendapat semula kuasa mereka yang hilang pada PRU yang lalu?
 
       Inilah masalahnya apabila Najib menghapuskan ISA dan sekarang mahu menghapuskan Akta Hasutan. Orang bukan Melayu seperti Lai Soon ini sudah tidak takut lagi untuk mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman kerana dia tahu tiada apa apa tindakan yang boleh diambil terhadapnya. Tambahan pula, Najib lebih banyak memberi muka kepada bukan Melayu sehingga orang Melayu sendiri terabai bak kata pepatah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.  

Isnin, 20 Oktober 2014

CARA MENCEGAH PENYAKIT KANSER

Kanser kulit, kanser usus, kanser otak dan pelbagai lagi jenis kanser memang ditakuti oleh ramai orang dan sudah banyak menyerang manusia di muka bumi ini. Sudah ramai orang menjadi korban akibat penyakit kanser. Saya sendiri pun takut dan semoga Allah menjauhkan saya daripada penyakit penyakit yang merbahaya seperti itu. Pada hari ini saya akan terangkan kepada anda seringkas dan sepadat mungkin tentang penyakit kanser. Mahu tahu lebih lanjut, sila baca sampai habis.

Apa itu kanser?

Sebelum kita mahu melawan 'musuh musuh' kita, kita perlu mengenal terlebih dahulu 'musuh' yang hendak kita lawan itu. Tahukah anda apa itu kanser? Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat tumor ini boleh membersar dan merebak ke seluruh anggota badan yang lain. Apa yang bahayanya, tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel tersebut.

Punca punca kanser

Tidak dinafikan bahawa kanser itu terjadi kerana gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras atau beralkohol, dan tekanan emosi atau stress berterusan, tetapi ingatlah, sebab utama orang mudah terkena kanser adalah kerana faktor pemakanan! Kita harus ingat bahawa hanya makanan yang beralkali tinggi sahaja yang mampu untuk mencegah penyakit kanser. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia lebih gemar memakan makanan yang berasid tinggi. Oleh sebab itu, ramai orang mudah terkena penyakit merbahaya ini.

ORANG MELAYU PENTERNAK ANJING??



       
program i want to touch a dog
Sumber : Google

           Gempar sungguh negara apabila sebuah program I Want To Touch A Dog diadakan di Bandar Utama baru baru ini. Banyak pihak mengeluarkan pendapat masing masing atas isu yang pertama kali melanda umat Islam di Malaysia. Sebelum ini belum pernah lagi ada mana mana individu atau pihak yang berani menganjurkan satu program yang langsung tidak membawa faedah seperti itu.

         Soalan saya apa perlunya program tidak berfaedah seperti ini dibuat? Apa kebaikan yang umat Islam dapat? Mahu dapat ilmu? Alangkah bagus jika penganjur program menganjurkan ceramah di mana mana masjid  dan memanggil seorang penceramah dalam kalangan agamawan yang berwibawa untuk bercakap soal ini? Mengapa mesti kita menganjurkan program seperti itu?

       Demi Allah, Islam tidak pernah benci pada anjing. Anjing juga binatang dan mesti dihormati haknya tetapi orang Islam bukan boleh suka suka atau sengaja untuk memegang binatang itu tanpa ada sebab musabab yang kukuh. Rasulullah sendiri pun tidakk pernah anjur program seperti ini ketika di zamannya tetapi kenapa kita betul betul jahil untuk menganjurkan program seperti itu?