Jumaat, 24 Oktober 2014

CARA MERAWAT DARAH TINGGI

Sudah ramai sebenarnya orang yang terkena penyakit darah tinggi terutama golongan yang sudah berusia. Tahukah anda apakah itu penyakit darah tinggi? Bagaimana penyakit ini boleh berlaku? Bagaimana mahu merawat penyakit ini? Jangan khuatir kerana saya akan menerangkan satu persatu kepada anda berkenaan penyakit ini. Jadi saya harap anda dapat membaca rencana ini sampai habis.  

Apa itu penyakit darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi merupakan satu penyakit kardiovaskular yang biasa. Tekanan darah merujuk kepada daya darah tersebut menolak ke arah dinding arteri sehingga darah mengisi arteri dalam kapasiti tertentu. Jika darah mempunyai tekanan yang terlalu tinggi ketika mengisi arteri tersebut, arteri boleh terancam dan membawa kepada keadann yang mengancam nyawa seperti penyakit jantung atau strok.

vivix mampu mencegah penyakit darah tinggi
sumber : Google

Punca penyakit darah tinggi

Sekarang saya akan menerangkan punca punca seseorang itu boleh terkena penyakit darah tinggi. Antara punca punca penyakit ini adalah keturunan. Jika ada dalam ahli keluarga anda yang pernah mengidap penyakit ini, anda juga mungkin boleh terkena penyakit yang sama. Selalu benar kita dengar bahawa orang yang terkena penyakit ini adalah golongan yang berusia. Fakta ini memang tepat sekali kerana hasil kajian menunjukkan orang yang berusia 55 tahun ke atas mudah untuk terkena penyakit ini.

Selain itu juga, berat badan berlebihan merupakan antara punca seseorang itu mudah terkena penyakit ini lebih lebih lagi apabila anda jarang bersenam. Oleh sebab itu, bersenam sangat sangat digalakkan bukan sahaja untuk mendapatkan berat badan yang ideal malah untuk mengelak dari terkena penyakit ini juga. 

Faktor pemakanan juga menjadi punca kepada peningkatan orang yang terkena penyakit ini. Saya nasihatkan anda supaya kurangkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu dan garam yang tinggi.  

Cara mengawal penyakit darah tinggi

Menurut pakar kesihatan terkemuka, Kevin Zahri, antara cara untuk mengawal penyakit ini adalah seseorang itu perlu mengurangkan berat badan. Berat badan yang berlebihan sangat tidak baik sebenarnya untuk kesihatan. Selain itu, seseorang itu perlu bersenam dengan kerap. Kevin Zahri mencadangkan agar seseorang itu perlu bersenam selama 30 hingga 45 minit pada hari minggu atau 3@4 kali seminggu. 

Seseorang itu juga perlu mengurangkan pengambilan garam. Kevin mencadangkan agar seseorang itu hanya boleh mengambil garam sebanyak 2.3 gram sehari sahaja! Garam yang berlebihan di dalam badan adalah tidak baik sebenarnya untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan bukan? Mengapa? Ini kerana kesan nikotin rokok dapat meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sejam! Oleh itu, kepada mana mana perokok tegar, sila berhenti sekarang! Seseorang itu juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memeriksa tekanan darah anda. Jika doktor mengesahkan tekanan darah anda terlalu tinggi, anda boleh mengambil langkah pencegahan pada peringkat awal. 

Pengurusan stress atau tekanan yang betul sangat diperlukan. Sebab itulah mengapa penyakit darah tinggi ini dikaitkan dengan stress. Orang yang kerap stress mudah untuk menerima penyakit ini. Oleh itu, cuba elakkan dari mengalami stress yang berpanjangan. Selain itu, mengamalkan diet yang sihat juga penting untuk mencegah dan mengawal penyakit ini. Anda perlu kurangkan makanan yang berlemak, bergula dan berminyak sebaliknya lebihkan memakan makanan yang mempunyai vitamin dan serat yang tinggi seperti sayur sayuran dan buah buahan. 

Cara mengawal dan mencegah penyakit darah tinggi dengan Shaklee

Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya menyarankan anda untuk mengambil produk Vivix Liquid Dietary Supplement untuk mencegah dan  merawat penyakit ini. Bahan bahan berkhasiat yang ada di dalam produk ini mampu untuk merendahkan tekanan darah. Produk ini sangat bagus sebenarnya bagi mereka yang mahu mengawal penyakit ini dari terus berlarutan. Produk ini bukan sahaja mampu untuk merendahkan tekanan darah, tetapi juga dapat mengurangkan arthritis, mengurangkan rambut beruban, mencegah masalah prostate, mencegah kanser dan banyak lagi kegunaan produk produk yang lain.

vivix mampu mencegah penyakit darah tinggi


Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui : 

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/telegram/whatsapp : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat dan Bangi (Seksyen 14 Terang Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.