Penulisan kali ini saya akan lebih memberi tumpuan kepada masalah
atau penyakit yang sering melanda kaum lelaki iaitu masalah prostat.
Kaum wanita juga boleh baca untuk mengetahui sama ada suami atau anak
lelaki anda mungkin terkena penyakit ini. Sebelum saya menerangkan
tentang penyakit ini, saya akan menerangkan terlebih dahulu apa itu
prostat. Prostat adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi
kencing lelaki dan mengelilingi salur kencing yang dikenali juga
sebagai urethra. Saiz prostat ini hanya sebesar kacang walnut sahaja
dan fungsinya adalah untuk menghasilkan cecair yang beralkali untuk
air mani.
Masalah prostat terbahagi kepada dua iaitu pembesaran kelenjar
prostat dan kanser prostat. Pembesaran kelenjar prostat ini berlaku
disebabkan ransangan hormon testosterone. Apabila kelenjar prostat
anda besar, anda akan mengalami kesukaran dalam membuang air kecil.
Aliran kencing anda kurang baik, kerap membuang air kencing, tidak
dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air dan air kencing
menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air. Sekiranya tidak
dirawat, salur kencing anda akan tersumbat dan anda tidak dapat
membuang air kencing secara normal.
Banyak lagi sebenarnya kesan buruk pembesaran kelenjar prostat ini
antaranya buah pinggang akan gagal berfungsi, berlaku pembentukan
batu karang, kerap ke tandas dan sebagainya.
Kanser prostat pula terjadi apabila sel sel prostat mengalami mutasi
dan bertambah tanpa kawalan. Apabila anda terkena penyakit ini, anda
akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, aliran kencing
anda lemah, dan kerap kencing. Selain itu, mungkin akan terdapat
darah yang keluar ketika anda membuang air kecil. Bukan itu sahaja,
sel sel kanser prostat juga boleh merebak melalui aliran darah ke
organ organ lain seperti tulang peha dan paru paru.
Seseorang itu akan mengalami sakit sakit tulang serta akan mengalami
masalah bernafas. Jika sel sel kanser itu sudah merebak ke tulang
belakang, risiko untuk anda menjadi lumpuh sangat tinggi.
Faktor faktor terjadinya masalah prostat
Antara faktor masalah prostate ini adalah usia. Lelaki yang berusia
55 tahun ke atas berisiko untuk mengalami masalah ini. Walaubagaimanapun, ada
juga lelaki yang berumur di bawah 40 tahun yang menderita penyakit
ini! *takut pula aku mendengarnya*. Faktor genetik juga boleh
menyebabkan seseorang itu terkena masalah atau penyakit ini. Jika ada
dalam kalangan keluarga anda yang terkena penyakit prostat ini, anda
juga berisiko untuk terkena penyakit yang sama. Faktor yang terakhir
adalah faktor wilayah. Hasil kajian menunjukkan lelaki yang tinggal
di wilayah Amerika dan Australia sering mengalami masalah ini.
Cara mencegah masalah prostat
Bagi mengelak masalah ini berlaku kepada anda, anda boleh mengambil
beberapa langkah pencegahan antaranya jangan sesekali menahan kencing
anda. Segera buang air kencing sekiranya perasaan ingin kencing itu
muncul. Selain itu, anda harus menhindari dari minum minum beralkohol
dan minuman berkafein terutama pada waktu malam.
Anda juga dilarang minum air terlalu banyak sekaligus dan cuba
hindarkan dari minum air dua jam sebelum tidur. Seterusnya, anda juga
hendaklah selalu bersenam dan melalukan aktiviti aktiviti Kagel iaitu
satu latihan menguatkan otot pinggul. Yang terakhir sekali adalah
anda perlu menguruskan stress anda dengan betul. Jangan tidak percaya
bahawa jika anda sering gugup atau berlaku ketegangan akan
menimbulkan rasa untuk buang air kecil.
Mencegah masalah prostat dengan Shaklee
Sebagai seorang pengedar sah Shaklee, seperti biasa saya menyarankan
anda untuk mencuba produk serbaguna ini iaitu Vivix Liquid Dietary
Supplement. Saintis sainstis Shaklee telah mencipta produk
yang’ajaib’ ini untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit
seperti masalah prostat yang sering terjadi kepada kaum lelaki.
Di dalam produk ini terdapat pelbagai bahan bahan berkhasiat seperti
anggur Muscadine yang diekstrak untuk mendapatkan asid ellagik yang
mampu untuk menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus, anti
bakteria dan sebagainya.
Jika anda mahu mendapatkan produk ini dengan saya, anda boleh
menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/ whatsapp/telegram : 012 9772806
PM FB : Muhammad Nurhaziq
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen
14 Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.