Sabtu, 31 Mei 2014

CADBURY, SULTAN AZLAN SHAH DAN MUHYIDDIN YASSIN

Almarhum Sultan Azlan Shah




        Malaysia adalah sebuah negara yang menjadi pelopor kepada hub halal di seluruh dunia. Seluruh penduduk dunia tahu bahawa produk produk di Malaysia kebanyakkannya halal dan boleh di makan dengan selamat. Tetapi, isu DNA babi yang ada di dalam produk Cadbury baru baru ini telah menggugat kepercayaan masyarakat Islam di Malaysia dan barangkali kepercayaan masyarakat Islam di seluruh dunia.

       Selama bertahun tahun kita ditipu oleh Cadbury -  sebuah syarikat pengeluar coklat. Kita percaya bahawa Cadbury adalah produk makanan yang halal di makan memandangkan terdapat logo halal pada pembalut makanan itu dan Cadbury adalah sebuah pengilang yang besar serta terkenal di seantero dunia. Oleh itu, kita meletakkan kepercayaan bahawa produk itu adalah produk yang halal dan selamat di makan.

Rabu, 28 Mei 2014

FENOMENA POLITIK DI TELUK INTAN

Dyana Sofya Mohd Daud




      
        Tiba tiba sahaja nama Dyana Sofya binti Mohd Daud menjadi begitu popular di dalam arena politik Malaysia. Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi juga dilantik sebagai calon PRK Teluk Intan untuk menentang calon BN, Datuk Mah Siew Keong. Berkelulusan undang undang dari UiTM dan menjadi setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

       Walaubagaimanapun, bukan faktor itu sahaja yang meningkatkan nama Dyana di persada politik Malaysia malah faktor dia mewakili parti DAP di dalam PRK kali ini juga meningkatkan popularitinya. Semua orang tahu bahawa DAP adalah parti politik chauvinis kaum Cina walaupun ditentang keras oleh pemimpin pemimpin parti itu. Bagi yang melihat DAP dengan mata hati dan akal, pasti akan melihat DAP sebagai sebuah parti chauvinis kaum Cina namun bagi yang melihat DAP dengan ‘mata untuk mendapatkan kuasa politik’ sudah pasti tidak akan melihat hal ini.

Isnin, 26 Mei 2014

CERPEN : USTAZ LAZIM

Gambar Hiasan


      “Hafsah... Hafsah....” Ustazah Nafsiah memanggil nama anak tunggalnya untuk mengajaknya makan tengah hari.
       Sejak balik dari sekolah tadi, dia langsung tidak melihat kelibat anaknya. ‘Ke mana anak aku pergi?’ Bisik Ustazah Nafsiah di dalam hati. Sanubarinya mula tidak keruan kerana diserang rasa bimbang. Ustazah Nafsiah lantas menuju ke bilik anaknya. Anaknya tiada di situ.
       “Hafsah... Hafsah...” Panggil  Ustazah Nafsiah lagi namun tiada sahutan. Dia sudah mencari anaknya di merata tempat. Di dapur, stor dan bilik air namun masih tiada. ‘Mana pula budak ni pergi?’ Soal Ustazah Nafsiah lagi di dalam hati. Dia begitu bimbang tatkala itu. Di fikirannya sudah terbayang perkara yang bukan bukan. Dia berjalan untuk menuju ke bilik bacaan suaminya. Dia berharap agar anaknya berada di dalam bilik bacaan itu. Tidak putus putus doanya kepada Allah s.w.t agar anaknya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Ahad, 25 Mei 2014

SEMAK STATUS SEO BLOG ANDA DI SINI

1. Saya ingin memberi setinggi tinggi penghargaan kepada http://www.faizuddinfuad.com/ kerana sudi berkongsi maklumat ini.

2. Tanpa Blogger hebat  seperti beliau saya sendiri tidak dapat memperoleh ilmu yang sangat baik ini.

3. Saya doakan agar empunya laman web http://www.faizuddinfuad.com/ sentiasa diberkati oleh Allah.

4. SEO adalah satu perkara yang penting untuk sesebuah blog.

5. SEO mampu meletakkan sesebuat blog itu baik atau pun tidak.

6. Kepada mana mana blogger yang mahu menyemak status blog anda, sila ke laman web ini.



7. Dengan menyemak status SEO blog anda, anda pasti dapat membuat penambahbaikkan kepada blog anda. 

8. Saya memohon maaf jika entry ini tidak berapa baik kerana saya masih belum mahir dalam menggunakan blog. 

Sabtu, 24 Mei 2014

SISI HITAM ARTIS POPULAR KOREA

       Gelombang Hallyu atau Gelombang Korea sudah mula melanda dunia macapada ini. Tiba tiba sahaja industri hiburan Korea menjadi popular. Bukan itu sahaja, budaya, makanan, pakaian, bahasa dan negara Korea juga mula menjadi tumpuan masyarakat dunia termasuk Malaysia. Industri hiburan – muzik, drama dan rancangan yang disiarkan di Korea mula meniti di bibir peminat.

       Tiba tiba kumpulan muzik seperti Big Bang, Super Junior, Girl Generation, Kara, drama seperti Boys Over Flower, My Love From The Star, Full House, The Inheritors, rancangan aneka ragam seperti Runningman, Family Outing, We Got Married begitu popular di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Hampir setiap orang begitu meminati produk produk yang lahir dari Korea Selatan ini.

CARA NAK TINGKATKAN TRAFFIK BLOG

       Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Blog Rina yang sudi membantu blogawan baru seperti saya yang masih merangkak rangkak mencari tapak dalam dunia penulisan maya ini.

Saya kreditkan entry ini kepada Blog Rina yang sudi berkongsi maklumat yang sangat baik ini.

Saya memohon maaf jika entry ini memang banyak kecacatannya di sana sini memandangkan saya masih belum mahir dalam dunia blogawan ini.

Bagi meningkatkan traffik blog, seseorang blogger itu perlu mempunyai tapak atau tempat untuk mereka pingkan entry mereka. 

Oleh itu, bagi pembaca yang ingin tingkatkan trafik blog anda, sila ke BLOG RINA ini.




Saya menyusun jari sepuluh di atas kekurangan dalam entry ini. 

Jumaat, 23 Mei 2014

APA SEBENARNYA PILIHAN PAS : HUDUD ATAU DAP?

Mohamed Nabi Bux

      Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugur akan berlangsung esok. Apa yang istimewanya pilihan raya kali ini adalah tanpa kehadiran calon BN. Justeru itu, persaingan yang akan diterima oleh calon DAP, Ram Karpal Singh Deo agak mudah. Saya meramalkan yang Ram Karpal akan memenangi kerusi ini. Ini kerana kawasan itu adalah kubu kuat DAP dan majorit pengundi adalah pengundi Cina (74.49%) berbanding Melayu (14.48%), India (10.56%) dan lain lain (0.48%). Jadi, peluang untuk anak mendiang Karpal Singh ini menang amat tinggi sekali. Walau apa pun, saya hanya mampu meramal tetapi yang menentukan adalah Allah s.w.t jua.

       Dari segi kekuatan calon ternyata Ram Karpal mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk memenangi kerusi itu. Calon BEBAS dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan ternyata seorang calon yang berwibawa untuk menentang Ram Karpal namun dari segi kekuatan ternyata dia masih lemah. Dua calon BEBAS yang lain, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek binMohd Zan juga tidak mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti mana yang ada pada Ram Karpal dari DAP yang mempunyai jentera pilihan raya yang kukuh dan tersusun.

Selasa, 20 Mei 2014

CERPEN : DOSA SASTERAWAN

      Ratusan malah ribuan manusia berjalan membelah jalan raya untuk menuju ke Dataran Merdeka. Cuaca panas terik dan keadaan yang sesak lagi sempit itu tidak dihiraukan oleh mereka. Peluh merecik di seluruh tubuh badan seolah olah mereka baru sahaja keluar dari sebuah kolam yang dipenuhi dengan air keringat! Mereka masih berjalan bahkan ada yang berlari merempuh sekatan polis yang seumpama sebuah dinding berbaju hitam dengan memegang belantan dan perisai.
      Semangat juang mereka masih tebal. Mereka langsung tidak menghiraukan keselamatan diri dan keluarga mereka. Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan orang lain. Mereka juga tidak menghiraukan kesan kesan buruk akibat daripada perbuatan mereka. Apa yang pasti mereka mahu menunjukkan kepada kerajaan yang memerintah sekarang ini ketidakpuashatian mereka. Mereka tega menempuh onak dan duri demi kepuasan hati mereka dan pemimpin mereka.

Sabtu, 17 Mei 2014

BERSYUKURLAH JIKA ANDA SEORANG GURU


      Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru guru saya yang telah bersusah payah mengajar dan mencurah ilmu kepada saya selama ini. Ucapan ini juga saya tujukan khas kepada semua guru guru dan insan yang bergelar pendidik sama ada di dalam atau di luar negara.

      Bercakap soal Hari Guru ini saya teringat zaman persekolahan saya iaitu di tingkatan empat dan tingkatan lima. Pada waktu itulah saya sudah nampak di mana hala tuju saya selepas SPM nanti dan kerjaya yang saya pilih pada waktu itu adalah guru. Habis satu sekolah saya cerita yang saya mahu menjadi guru. Saya begitu meminati profesion perguruan ini kerana saya suka dengan matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Rabu, 14 Mei 2014

CERPEN : JEJAKA DALAM MAJALAH 1

      Langkah kakinya dicepatkan tetapi entah mengapaa sukar untuk dilajukan padahal dia perlu mengejar masa untuk sampai di tempat kerjanya di Muzium Sains itu. Inilah akibatnya apabila tidur lewat. Semalam dia tidur pada pukul tiga pagi. Ini semua kerana terlalu asyik menonton drama My Love From The Star di komputer ribanya.
       Cerita itu memang seronok untuk ditonton lebih lebih lagi apabila Kim Soo – Hyun yang memegang watak Do Min-joon – seekor makhluk asing yang datang dari angkasa lepas dan mendarat di Bumi pada zaman Dinasti Joseon. Oleh kerana kecomelan dan kekacakkan Kim Soo-Hyun (pelakon Korea Selatan) itulah yang menyebabkan Fitri tidak dapat melelapkan mata dan sukar untuk tidur selagi drama itu tidak tamat.

Ahad, 11 Mei 2014

GST, AZIZ SATTAR DAN EL NINO

      Hampir setiap hari orang bercakap pasal Goods and Service Tax (GST) atau dalam Bahasa Melayunya Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Kiri kanan depan dan belakang orang bercakap pasal GST. Di kedai kopi, di restoran mewah, di hotel lima bintang dan di mana sahaja orang bercakap tentang GST. Dari pemandu teksi hingga ke ahli akademik juga ahli politik tidak habis habis berbincang tentang cukai yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai Mei tahun hadapan ini.

      Pelbagai teori, pendapat, kritikan dan pujian yang diterima oleh cukai ini. Tiba tiba sahaja nama GST menjadi begitu popular dan diperdebatkan di mana mana. Ada yang bersetuju dengan pelaksanaannya dan tidak kurang juga yang menentang. Pihak kerajaan (BN) terus mempertahankan cukai ini manakala pihak pembangkang (PR) bermati matian menentang. Saya sendiri berasa takjub melihat sebegitu ramai orang bercakap pasal GST seolah olah mereka itu pakar ekonomi namun apabila ditanya apa maksud GST itu ada juga yang tidak tahu!

Selasa, 6 Mei 2014

HUDUD MAMPU SATUKAN UMNO DAN PAS

      Melihat keadaan politik macapada ini membuatkan saya begitu teruja. Ini kerana Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS barangkali mungkin akan menjadi kenyataan. Sejujurnya saya amat berharap dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar membenarkan Hukum Hudud ini boleh tegak dan berdiri dengan kukuh di bumi Malaysia ini. 

      Pelaksanaan Hukum Hudud ini bukanlah satu perkara yang mustahil. Brunei sendiri telah mengisytiharkan negara mereka telah menggunakan Hukum Hudud. Jadi, tidak salah rasanya jika Malaysia yang mempunyai penduduk yang beragama Islam sebanyak 60% ini tidak mampu untuk melaksanakan hukum suci itu di bumi yang makmur ini.

Isnin, 5 Mei 2014

KERANA SATU TEGURAN

       Fikiran Haji Ishak mulai runsing sejak dia menerima surat dari Menteri Besar ketika posmen menghantarnya pagi tadi. Kepalanya mula diserang dengan pelbagai pertanyaan mengenai nasibnya selepas ini. Ke mana dia mahu berpindah selepas ini? Ke mana anak anak dan isterinya mahu tinggal? Dan seribu satu persoalan lain yang muncul secara tiba tiba di kotak fikirannya gara gara surat yang baru diterimanya pagi tadi.
      Surat itu adalah surat pemecatannya sebagai Mufti dan Penasihat Hal Ehwal Islam kepada kerajaan negeri. Surat rasmi itu ditandatangi oleh Menteri Besar sendiri. Dia sedih mengenangkan nasib dirinya. Hanya kerana satu teguran - teguran untuk menabalkan kebenaran dan mencegah kemungkaran telah menyebabkan dirinya disingkir daripada jawatan Mufti itu. Sudahlah begitu, dia diminta keluar dari rumah kerajaan itu dalam tempoh dua puluh empat jam.