Mohamed Nabi Bux |
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit
Gelugur akan berlangsung esok. Apa yang istimewanya pilihan raya kali ini adalah
tanpa kehadiran calon BN. Justeru itu, persaingan yang akan diterima oleh calon
DAP, Ram Karpal Singh Deo agak mudah. Saya meramalkan yang Ram Karpal akan
memenangi kerusi ini. Ini kerana kawasan itu adalah kubu kuat DAP dan majorit
pengundi adalah pengundi Cina (74.49%) berbanding Melayu (14.48%), India (10.56%)
dan lain lain (0.48%). Jadi, peluang untuk anak mendiang Karpal Singh ini
menang amat tinggi sekali. Walau apa pun, saya hanya mampu meramal tetapi yang
menentukan adalah Allah s.w.t jua.
Dari segi kekuatan calon ternyata Ram
Karpal mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk memenangi kerusi itu. Calon BEBAS
dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan ternyata seorang calon
yang berwibawa untuk menentang Ram Karpal namun dari segi kekuatan ternyata dia
masih lemah. Dua calon BEBAS yang lain, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek
binMohd Zan juga tidak mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti mana yang ada
pada Ram Karpal dari DAP yang mempunyai jentera pilihan raya yang kukuh dan
tersusun.
Di sebalik kerancakkan kempen yang
dijalankan oleh keempat empat calon bertanding, timbul pelbagai isu di
dalamnya. Isu calon BEBAS, Abu Backer Mohd Zan yang dilanggar kereta Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila tidak dapat bertemu dengan
Setiausaha Agung DAP itu.
Kemudian timbul pula isu mengenai seorang
anggota PAS, Mohd Nabi Bux yang bertanding atas tiket BEBAS semata mata untuk
menyokong hukum Hudud di Parlimen namun PAS tidak merestui apa yang dilakukan
oleh Nabi Bux ini. Ad aura ura dari pucuk pimpinan PAS untuk memecatnya sebagai
anggota parti Islam itu. Lebih menyedihkan apabila PAS sendiri langsung tidak
menyokong tindakan Nabi Bux ini sebaliknya menyokong calon DAP yang terang
terang menentang Hudud.
Oleh itu, apakah pendirian PAS mengenai
hukum Hudud ini? Apakah benar PAS bersungguh sungguh untuk melaksanakan Hudud
di Kelantan atau itu hanya sebagai satu retorik politik untuk mendapatkan undi
orang Melayu? Jika PAS benar benar mahu melaksanakan Hudud, PAS perlu menyokong
ahli partinya sendiri yang mahu bertanding semata mata mahu membantu PAS di
Parlimen untuk menyokong rang undang undang Hudud yang hendak dibentangkan
(tetapi tidak jadi) di Parlimen.
Ironinya, PAS menyokong Ram Karpal yang
terang terang menentang Hudud. PAS mengatakan UMNO sebuah parti kafir kerana
tidak mahu melaksanakan Hudud namun apa pula bentuk akidah orang PAS yang
menyokong orang kafir yang sememangnya menolak Hudud? Buruk buruk UMNO pun
mereka masih mahu menyokong PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS
menggunakan Hudud sebagai gula gula pilihan raya seperti mana UMNO/BN
menggunakan BR1M untuk digunakan sebagai gula gula pilihan raya. Benarlah kata
Yahaya Ismail, PAS sanggup melondehkan serbannya untuk ‘bermarhaban’ dengan DAP
semata mata untuk mendapat kuasa politik. PAS bukanlah parti yang memperjuang
Islam tetapi parti yang menggunakan Islam untuk tujuan politik!
Kalau PAS mengatakan bahawa MCA juga
sama menentang Hudud, itu sudah menjadi lumrah, Orang kafir memang tidak pernah
suka dengan orang Islam. Tidak kira sama ada mereka DAP, MCA, MIC dan parti apa
sekalipun, asal sahaja mereka kafir mereka tidak pernah suka Islam. Ini bukan
saya kata tetapi ini adalah sabda Rasullullah. Mereka tidak akan pernah redha
dengan kita selagi kita tidak mengikut mereka.
“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak
akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup
mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’.
Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian
ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi
pelindung dan penolong bagimu”. (Surah Al Baqarah : ayat 120)
Sudah acapkali saya bilang, PAS perlu
keluar dari PR. PAS tidak boleh bersama PR namun PAS tidak mahu percaya. Mereka
mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkan kerjasama mereka dengan PKR dan
DAP. Dulu mereka kata UMNO kafir kerana bersama dengan MCA dan sekarang adakah
mereka tidak kafir apabila mereka bersama DAP?
Namun, sayang seribu kali sayang pemimpin
pemimpin PAS tetap dengan ego mereka sendiri seperti mana ego pemimpim pemimpin
UMNO. PAS mengeluarkan segala hujah hujah dangkal untuk menghalalkan tahaluf
siyasi antara mereka dengan DAP. Jika beginilah sikap dan pendirian PAS, sampai
bila pun orang Melayu akan berpecah belah, Islam dan Melayu akan terus
diperkotak katikkan.
Sekali lagi saya menyeru kepada PAS
supaya keluar dari PR dan bergabung dengan UMNO. Saya tidak menyuruh PAS untuk
masuk UMNO tetapi PAS dan UMNO mesti bersatu di dalam kerangkan Islam, Melayu
dan Malaysia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.