Langkah kakinya dicepatkan tetapi entah
mengapaa sukar untuk dilajukan padahal dia perlu mengejar masa untuk sampai di
tempat kerjanya di Muzium Sains itu. Inilah akibatnya apabila tidur lewat.
Semalam dia tidur pada pukul tiga pagi. Ini semua kerana terlalu asyik menonton
drama My Love From The Star di komputer ribanya.
Cerita itu memang seronok untuk ditonton
lebih lebih lagi apabila Kim Soo – Hyun yang memegang watak Do Min-joon –
seekor makhluk asing yang datang dari angkasa lepas dan mendarat di Bumi pada
zaman Dinasti Joseon. Oleh kerana kecomelan dan kekacakkan Kim Soo-Hyun (pelakon
Korea Selatan) itulah yang menyebabkan Fitri tidak dapat melelapkan mata dan
sukar untuk tidur selagi drama itu tidak tamat.
Jadi, terpaksalah dia menanggung
akibatnya kerana bangun lambat pada pagi itu. Biasanya pada pukul 6.30 pagi dia
sudah terjaga untuk mandi dan menunaikan Solat Subuh. Tetapi pada pagi ini dia
terjaga pada pukul 8.30 pagi sedangkan dia perlu masuk kerja pada pukul 9.00
pagi. Sudahlah perjalanan dari rumahnya mengambil masa selama 45 minit dan
sudah pasti dia akan sampai lambat pada hari ini.
Dan sudah pasti dia akan dimarahi oleh
Kak Farahanis – ketua unit Bahagian Perkhidmatan Pelanggan yang tegas itu.
Sejak dia masuk kerja enam bulan lalu, dia memang sudah membenci dengan Kak
Farahanis ini. Hari pertama kerja sudah dimarahi oleh perempuan gemuk itu.
Biasalah, orang yang baru belajar sudah pasti melakukan kesilapan tetapi setiap
kali dia buat silap (pada hari pertama bekerja) dia sudah dimarahi dan yang
paling mendukacitakan dia dimarahi di hadapan pengunjung Muzium Sains itu.
Bukan dirinya sahaja, malahan ramai
sukarelawan (nama jawatan untuk pekerja sambilan di Muzium Sains itu) memang
tidak suka dengan Kak Farahanis. Pangkatnya tidaklah besar mana namun berlagak,
sombong, kurang ajar dan biadapnya lebih sudu dari kuah. Encik Azri yang
menjadi pengurus di Jabatan Pengurusan Pelanggan itu pun seorang yang baik,
peramah, sopan santun dan bertimbang rasa padahal pangkatnya lebih tinggi dari
Kak Farahanis itu.
Setelah sampai di stesen LRT Bangunan
LBJ itu, dia terus berlari lari anak untuk bergerak ke Bangunan LBJ itu. Fitri
melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Jam sudah menunjukkan pada pukul
9.15 pagi.
‘Mati aku!’ Bisik hati kecilnya. Dia yakin
dia pasti akan dijerkah oleh Kak Farahanis apabila dia sampai di pejabat. Itu
pasti akan berlaku. Dia melihat kiri dan kanan jalan itu untuk melintas.
Apabila dia yakin kereta sudah tiada pada waktu itu, dia melangkah untuk
menyeberang ke sebelah sana. Malang nasibnya apabila sebuah kereta meluru laju
ke arahnya.
Melihat ada seorang gadis yang mahu
melintas jalan itu, pemandu kereta lantas menekan brek dan terdengar suara
perempuan itu menjerit kerana ketakutan. Nasib yang baik menyebelahi Fitri pada
waktu itu kerana kereta itu tidak mendabrak tubuhnya yang agak langsing itu.
Pucat lesi mukanya kerana terlalu terkejut. Untung dia tidak dilanggar oleh
kereta itu jika tidak sudah tentu dia menjadi arwah sekarang.
Lemah longlai lututnya sehingga dia tidak
mampu untuk berdiri lagi kerana terlalu terkejut. Dia jatuh terjelepok di atas
jalan tar itu. Seorang lelaki tampan telah keluar dari kereta itu untuk melihat
keadaan Fitri. Dia mahu memastikan gadis itu tidak ada apa apa kecederaan.
“Awak okey? Awak cedera ke?” Soal lelaki
itu dalam keadaan panik.
“Tak. Saya okey. Awak jangan risau.” Jawab Fitri.
Lelaki itu membantu Fitri untuk bangun.
Lega hatinya melihat Fitri dalam keadaan baik baik sahaja. Lelaki itu membantu
Fitri mengutip telefon bimbit berjenama Sony dan sebuah majalah fesyen beserta
beg tangan milik Fitri yang berteburan di atas jalan raya itu.
“Awak nak pergi mana? Biar saya tolong
hantarkan?” Lelaki tampan itu mempelawa sambil membuka cermin mata hitamnya.
Fitri memandang wajah lelaki kacak yang
berada di hadapannya itu. ‘Macam aku pernah tengok lelaki tapi kat mana ye?’ Soal
Fitri namun hanya di dalam hati.
“Cik.... cik nak pergi mana? Boleh saya
tolong hantarkan?” Soal lelaki itu lagi apabila melihat Fitri hanya mendiamkan
diri dan berangan pula.
“Oh, maafkan saya. Saya nak pergi kerja.
Tempat kerja saya kat Bangunan LBJ depan tu je. Tak payah la susah susah.” Ujar
Fitri. Dia menolak perlawaan lelaki itu kerana tidak mahu menyusahkan. Lagipun
dia berada dalam keadaan baik pada waktu itu.
“Apa salahnya. Saya pun nak menghala ke
sana. Saya hantarkan sekali.” Ujar lelaki itu lalu membuka pintu keretanya buat
Fitri. Fitri berasa serba salah sebenarnya. Dia tidak tahu sama ada mahu
menolak atau menerima namun apabila melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh
lelaki itu akhirnya dia bersetuju.
“Kenapa awak macam tergesa gesa? Dah
lambat ye?” Lelaki itu meneka.
“Ya. Saya dah lambat sebenarnya.” Jawab
Fitri mengakui.
“Ini telefon bimbit awak. Terjatuh
tadi.” Lelaki itu menyerahkan telefon bimbit berjenama Sony itu kepada Fitri.
“Oh, saya hampir terlupa pasal telefon
ni. Terima kasih banyak banyak.” Ucap Fitri. Dia begitu bersyukur kerana
telefon bimbit itu tidak hilang atau pecah.
“Sama sama.” Balas lelaki itu.
“Saya macam pernah nampak awak. Muka
awak ni familiar sangat tapi saya tak ingat kat mana.” Ujar Fitri.
“Betul awak pernah nampak saya?” Lelaki
itu menduga sambil membuka kaca mata hitamnya.
“Ya, tapi saya tak ingat kat mana.”
“Cuba awak tengok majalah yang awak
pegang tu.” Kata lelaki itu. Fitri lantas melihat majalah yang berada di
tangannya. Alangkah terkejutnya dia apabila lelaki yang menghiasi kulit depan
majalah itu adalah lelaki yang berada di sebelahnya! Dia betul betul terkejut.
Dia tidak menyangka bahawa dia berada di dalam kereta seorang model lelaki yang
terkenal dan terhangat di Malaysia iaitu Affendi Hazim!
Berkali kali Fitri memandang Affendi
yang berada di sebelahnya dan memandang gambar Affendi yang berada di muka
depan majalah itu. Sejujurnya dia memang meminati Affendi Hazim itu. Bukan
sahaja kacak malah comel bercampur macho pula. Fesyen lelaki itu
sentiasa up to date. Melihat kepada pakaian Affendi itu, Fitri dapat
mengagak bahawa Affendi ini mesti orang berada. Dia sungguh beruntung kerana
dapat menaiki kereta seorang model lelaki yang digilai oleh ramai perempuan dan
gadis di luar sana.
Wajah Affendi Hazim ini mirip dengan
wajah Fadhlan Hazim – pelakon drama Jodoh 2 bersama Hanez Suraya itu cuma badan
Affendi Hazim ini lebih besar kerana dia banyak bersenam di gimnasium. Oleh
sebab itulah, badannya agak berisi. Berisi dengan otot otot pejal.
“Kita dah sampai.” Ujar Affendi sambil
memberhentikan keretanya di hadapan Bangunan LBJ itu.
“Terima kasih sebab sudi hantarkan saya.
Saya tak sangka saya boleh jumpa awak.” Kata Fitri sambil tersenyum. Gembira
sungguh hatinya pada waktu itu.
“Sama sama. Lain kali hati hati tau.
Jangan sampai perkara tadi berulang lagi.” Affendi memberi penringatan.
“Baiklah. Sebelum tu boleh tak kita selfie
dulu?” Soal Fitri.
“Boleh. Apa salahnya.” Affendi
bersetuju.
Setelah mengucap terima kasih untuk
sekian kalinya, Fitri lantas keluar dari kereta itu dan menuju ke Muzium Sains
yang terletak di dalam Banguna LBJ itu. Berbunga bunga hatinya apabila menatap
gambarnya bersama Affendi Hazim itu. Sejujurnya dia mula jatuh cinta. Cinta
pandang pertama. Affendi Hazim itu menurutnya bukan sahaja kacak malah baik
hati pula. Beruntung benar mana mana gadis mendapat suami seperti Affendi Hazim
itu.
“Sudahlah tu. Janganlah buat muncung
macam tu. Kau macam tak biasa je dengan perangai Kak Farahanis dan Kak Yoon
tu.” Ujar Raini bagi memujuk Fitri yang sedang bersedih kerana dimarahi oleh
dua kakitangan yang garang di jabatan itu ketika mereka sedang rehat untuk
makan tengah hari di pantry.
Pada hematnya, amatlah tidak wajar Fitri
mengambil hati dengan sikap Kak Farahanis dan Kak Yoon itu. Semua sukarelawan
di situ tahu bahawa Kak Farahanis dan Kak Yoon itu orang yang bagaimana.
Kakitangan yang berlagak, sombong, suka bercakap perkara yang menyakiti hati
orang dan lain lain lagi. Kak Yoon itu sendiri digelar ‘Perempuan Datang Bulan
365 Hari’ kerana setiap hari mahu marah tidak tentu fasal.
“Aku bengang betul la dengan minah dua
ekor tu. Aku tahulah salah aku tapi tak payah la nak marah lebih lebih sangat.”
Kata Fitri sambil mencapai majalah fesyen yang dibelinya sebelum menaiki kereta
api untuk ke tempat kerja tadi. Dia memang gemar membeli majalah itu untuk menambah
pengetahuan tentang fesyen fesyen terbaru masa kini. Tiba tiba matanya
tertancap pada gambar Affendi Hazim yang menghiasi kulit depan majalah itu dan
serta merta peristiwa pagi tadi menerpa ke dalam kotak fikirannya.
“Kau tahu tak pagi tadi aku jumpa
siapa?” Soal Fitri.
“Tak. Kau jumpa siapa?” Raini bertanya
pula.
“Aku jumpa Affendi Hazim.”
“Hah? Kau biar betul! Tak percayalah
aku dengan kau.”
“Betul... ini buktinya.” Fitri
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambarnya bersama Affendi Hazim
di dalam kereta pagi tadi kepada Raini.
“Ya Allah!!!! Kau jumpa Affendi Hazim!
Seronoknya... Untung gila kau. Macam mana kau boleh jumpa dia?” Soal Raini
kepada Fitri dalam keadaan gembira seolah olah dia yang berjumpa dengan model
lelaki terhangat itu. Fitri pula lantas menceritakan dengan bersungguh sungguh
kepada Raini peristiwa pagi tadi.
“Aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan
dia. Wajah dia yang kacak tu membuatkan diri aku terlalu rindu kat dia.” Ujar
Fitri akhirnya.
“Jangan nak beranganlah! Dia mana pandang
perempuan macam kau. Agaknya dia dah ada buah hati yang sepuluh kali lebih
cantik dari kau dan sudah pasti perempuan tu seorang model terkenal.” Sanggah
Raini.
“Hoi, cinta tu buta tau! Cinta tak mengenal
rupa, pangkat atau harta.” Bidas Fitri namun masih dalam nada bergurau.
“Fitri... Fitri.... janganlah nak
bermimpi di siang hari macam ni. Berpijaklah di bumi yang nyata bak kata
pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Ukurlah baju di badan
sendiri.” Ujar Raini dalam bahasa kiasan.
“Kau ni bukannya nak bagi sokongan tapi
nak jatuhkan semangat aku. Aku baru nak lupakan kesedihan aku pasal kena marah
pagi tadi alih alih kau dah rosakkan mood aku. Sudahlah!” Fitri
membentak lalu meninggalkan Raini yang sedang menum air kosong itu.
“Hoi, Fitri! Fitri! Tunggu aku! Merajuk
pula minah ni.” Ujar Raini lalu mengejar Fitri dari belakang sambil memanggil
nama gadis itu.
Selepas menikmati makan malam, Fitri
lantas menuju ke katilnya untuk merehatkan diri. Dia tidak ada hati untuk
menonton televisyen pada malam itu. Tubuhnya berasa letih dan kakinya berasa
sakit. Inilah ‘azab’ yang perlu dia tanggung apabila menjaga lobi Muzium Sains
itu. Sudah menjadi undang undang di muzium itu bahawa kakitangan dan
sukarelawan tidak dibenarkan duduk semasa bertugas.
Dia hanya dibenarkan duduk pada waktu
makan tengah hari dan waktu solat Zohor dan Asar sahaja. Selain itu, dia perlu
berdiri sepanjang hari di lobi untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan. Jika dia ingkar pada arahan ini, kebarangkalian untuk gajinya
dipotong amatlah tinggi. Suka atau tidak dia perlu melakukan tugasannya dengan
sebaik mungkin.
Ketika dia sedang mengurut urut kakinya
dengan minyak angin, matanya tertancap pada majalah fesyen yang dibelinya pagi
tadi. Dia lantas mengambil majalah yang terletak di atas meja itu. Dia menatap
wajah Affendi Hazim yang menghiasi muka depan majalah itu.
‘Handsomenya mamat ni.’ Ujarnya di
dalam hati. Dia membuka majalah itu untuk melihat gambar gambar Affendi Hazim
yang lain. Dia juga membaca artikel artikel yang menarik pada gambar Affendi
Hazim itu.
Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Dia lantas mencapai telefon bimbit berjenama Sony itu. Dia melihat ada nombor
yang tidak dikenalinya terpapar jelas di skrin telefon bimbit itu.
“Siapa pula ni?” Soalnya bersendirian
dan lantas menekan butang JAWAB.
“Hello! Itu Fitri ke?” Soal si
pemanggil.
“Ya saya. Siapa di sana?” Soal Fitri
pula. Dia mendengar suara lelaki di corong telefon itu
“Cuba teka siapa?” Lelaki itu cuba
bermain teka teki.
“Awak jangan main main! Awak ni siapa
sebenarnya?” Soal Fitri yang sudah mula meninggikan suara. Sejujurnya dia takut
apabila menerima panggilan yang tidak dikenali itu. Mana tahu jika ada
penjenayah yang cuba mengapa apakan dirinya. Zaman sekarang ini ramai manusia
tidak boleh dipercayai.
“Kalau saya cakap saya Affendi Hazim
awak percaya tak?” Soal si pemanggil lagi. Serta merta mata Fitri terbeliak. Baru
dia perasan bahawa suara itu adalah milik Affendi Hazim. Bagaimana dia boleh
tidak sedar? Sungguh malu dirinya pada waktu itu kerana telah meninggikan suara
kepada Affendi Hazim. Darah mula naik ke muka dan mukanya terasa panas.
“Err... Hahaha... Affendi rupanya. Hahaha...
Err... saya ingat siapa tadi. Macam mana awak boleh tahu nombor telefon saya?”
Soal Fitri tergagap gagap dan teragak agak. Lidahnya seperti mahu kelu pada
waktu itu. Dia benar benar terkejut dan gembira apabila Affendi menghubungi
dirinya malam itu. Mahu sahaja dia melompat setinggi langit kerana terlalu
gembira. Namun, dia masih tertanya tanya, bagaimana Affendi bisa mendapatkan
nombor telefonnya?
“Ingat tak telefon awak jatuh pagi tadi?”
Soal Affendi.
“Ya.” Fitri cuba mengingati peristiwa
pagi tadi.
“Masa
tu saya buat missed call kat nombor telefon saya guna telefon awak. Macam
tulah caranya saya dapat nombor telefon awak.” Jawab Affendi dengan memberi
penerangan panjang lebar.
“Oh macam tu ke? Hahaha/// “ Fitri
ketawa yang sengaja dibuat buat. Perasaan malu, gembira, teruja, seronok
bergabung dan bergaul manjadi satu. Dia benar benar kehilangan kata kata pada
waktu itu.
“Err... boleh saya tahu kenapa awak
telefon saya?” Soal Fitri.
“Sebab saya rindu awak.” Spontan sahaja
jawapan yang keluar dari mulut Affendi dan Fitri melonjak kegembiraan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.