Hampir setiap hari orang bercakap
pasal Goods and Service Tax (GST) atau dalam Bahasa Melayunya Cukai Barangan
dan Perkhidmatan. Kiri kanan depan dan belakang orang bercakap pasal GST. Di
kedai kopi, di restoran mewah, di hotel lima bintang dan di mana sahaja orang
bercakap tentang GST. Dari pemandu teksi hingga ke ahli akademik juga ahli
politik tidak habis habis berbincang tentang cukai yang akan dilaksanakan oleh
kerajaan mulai Mei tahun hadapan ini.
Pelbagai teori, pendapat, kritikan dan
pujian yang diterima oleh cukai ini. Tiba tiba sahaja nama GST menjadi begitu
popular dan diperdebatkan di mana mana. Ada
yang bersetuju dengan pelaksanaannya dan tidak kurang juga yang menentang.
Pihak kerajaan (BN) terus mempertahankan cukai ini manakala pihak pembangkang
(PR) bermati matian menentang. Saya sendiri berasa takjub melihat
sebegitu ramai orang bercakap pasal GST seolah olah mereka itu pakar ekonomi
namun apabila ditanya apa maksud GST itu ada juga yang tidak tahu!
Sebetulnya saya sendiri tidak memahami
GST ini secara maksimum. Ini kerana GST ini melibatkan ekonomi dan ekonomi
bukanlah bidang yang saya minat. Saya sekadar tahu keberkesanan dan
keburukannya namun teori serta praktikalnya secara menyeluruh tidaklah saya
ketahui. Jadi, memadailah saya tidak membahaskan mengenai GST ini secara
terperinci kerana saya khuatir rakan rakan sekalian akan mendapat maklumat yang
salah apabila membaca blog saya ini. Lebih memalukan jika saya salah dalam
menghurai tentang GST ini sudah pasti saya akan dikecam. Jadi, lebih baik saya
ikut saranan Pak Habib (S. H. Alattas) – tulis apa yang kita tahu sahaja.
Jangan tulis perkara yang bersifat half truth.
Jika ditanya kepada saya, adakah saya
bersetuju GST itu dilaksanakan di negara ini? Jawapan saya adalah saya
bersetuju dan pada masa yang sama juga tidak bersetuju. Mengapa? Ini kerana GST
itu sendiri mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Kebaikkannya adalah
orang tidak boleh lari dari membayar cukai seterusnya meningkatkan pendapatan
negara. Keburukkannya adalah cukai ini membebankan golongan berpendapatan
rendah dan sederhana seperti keluarga saya.
Tentu rakan rakan sekalian mengatakan
saya seorang penulis yang tidak ada pendirian dalam soal ini. Ya. Memang saya
tidak ada pendirian dalam soal ini kerana pada saya cukai ini mempunyai pro dan
kontranya yang tersendiri. Susah untuk saya
menolak dan susah juga untuk saya menerimanya ibarat diluah mati emak ditelan
mati bapak.
Saya menulis tentang GST ini bukan tanpa
fakta yang rapi. Saya sudah mendengar pendapat dari kedua dua belah pihak –
kerajaan dan pembangkang dalam soal ini. Setiap apa yang dikatakan oleh kedua
dua belah pihak ini sukar untuk kita nafikan. Jadi, sebagai seorang penulis
yang tidak bias kepada mana mana pihak, lebih baik saya mengambil sikap
berkecuali dalam hal ini.
Apa yang hendak saya tekankan adalah,
apabila GST ini sudah dilaksanakan pada tahun hadapan dan diteruskan sampai
bila bila, pastikan kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai ini dengan sebaik
mungkin. Gunakan duit itu untuk pembangunan agama, bangsa dan negara ini.
Jangan gunakan duit rakyat itu untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah ahli ahli
politik yang rakus dalam merompak wang rakyat. Ingat! Rakyat membayar cukai
untuk pembangunan negara bukan untuk masuk dalam tembolok pemimpin negara!
Belasungkawa
: Aziz Sattar dalam kenangan
Sesungguhnya negara telah kehilangan
seorang seniman dan pelakon veteran yang cukup berbakat iaitu Allahyarham Aziz
Sattar. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan KPJ
Kajang kerana penyakit jantung di usia 89 tahun. Allahyarham bukanlah pelakon
yang saya minat tetapi apabila saya menonton filem beliau bersama Allahyarham
Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Samsudin menerusi filem Seniman Bujang
Lapok dan Bujang Lapok saya pasti tidak akan henti henti ketawa.
Babak lakonannya yang paling saya minat
adalah ketika dia discreen testkan oleh Pengarah Ahmad Nisfu di dalam
filem Seniman Bujang Lapok. ‘Walaupun rupa mu tidak ku kenal tetapi lubang
hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku.’ Itulah dialog yang paling lucu yang saya
rasa mewujudkan satu identiti buat diri Allayarham dalam lakonannya. Semoga
Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga rohnya di
cucuri rahmat. Al Fatihah…
El Nino :
Ujian Allah Buat Kita
Fenomena El Nino yang mengakibatkan
peningkatan suhu dan taburan hujan dijangka akan melanda rantau Asia
Tenggara pertengahan tahun ini. Menurut Sinar
Harian (Khamis, 8 Mei 2014) pakar kaji cuaca belum dapat memastikan
adakah Malaysia akan menerima tempias El Nino pada kali ini namun jika ia
berlaku kemungkinan untuk Malaysia menghadapi musim kemarau berpanjangan selama
enam bulan berturtut turut mulai tahun ini.
Diharapkan
agar pihak berkuasa yang terlibat dalam pengurusan bekalan air agar membuat
persediaan awal bagi menghadapi fenomena luar biasa ini untuk mengelakkan
krisis bekalan air yang serius.
El Nino adalah fenomena pemanasan suhu
permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut turut setiap dua
hingga empat tahun di Timur Lautan Pasifik.
Seandainya fenomena ini berlaku di Malaysia ,
apa yang saya harapkan adalah kita perlu banyak bersabar untuk menghadapi ujian
Allah ini. Sama samalah kita berdoa agar fenomena ini tidak berlaku di Malaysia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.