Sumber : Google |
Melihat kepada gaya penulisan novel
pada hari ini, di samping melihat kepada gaya pembacaan rakyat Malaysia,
kesimpulan yang dapat dibuat adalah rakyat Malaysia memang suka membaca novel
novel cinta. Penulis penulis novel pun kebanyakkannya gemar menulis cerita
cinta dalam novel novel mereka. Jika dilihat kepada senarai novel novel
popular, semuanya didominasi oleh novel novel cinta. Jika dilihat kepada novel
novel yang dipaparkan di rak rak buku hampir di kesemua kedai buku yang ada di
Malaysia ini, novel novel cinta memang banyak dipamerkan. Jelas novel cinta
mendapat permintaan tertinggi daripada khalayak pembaca.
Walaupun ada juga novel novel
thriller terbitan Amir Muhammad melalui syarikat penerbitan Fixi-nya, dan novel
novel thriller yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid melalui Alaf 21 Sdn Bhd,
yang juga mendapat tempat di hati pembaca novel tempatan, namun novel novel
thriller masih tidak dapat menandingi kehangatan dan kehebatan novel novel
cinta. Walaubagaimanapun, saya masih boleh angkat topi dengan keadaan itu.
Sekurang kurangnya, ada juga orang yang berminat menerbitkan novel novel thriller
secara konsisten, ada juga penulis yang keluar dari kepompong cerita cerita
cinta dan selera pembacaan rakyat Malaysia turut berubah sama. Dari suka
membaca novel novel cinta menukar selera membaca novel novel thriller.
Pasaran novel novel cinta sangat
luas. Tidak hairanlah ramai penulis novel novel cinta popular boleh hidup
senang dengan hasil menulis novel sahaja. Novel novel mereka bukan sahaja laris
bak pisang goreng panas malah jika bernasib baik, diadaptasi menjadi drama atau
filem pula. Untung sungguh menjadi penulis novel novel cinta. Maka ramailah
penulis novel novel cinta popular menjadi terkemuka seperti Suri Ryana, Ahadiat
Akashah, Damya Hana, Anis Ayuni, Norhayati Berahim dan ramai lagi.