Sumber : Google |
Di seluruh dunia, semua orang –
terutama remaja khususnya perempuan tetapi lelaki juga sama – bercakap tentang
K Pop yang berasal dari Korea Selatan. K
Pop adalah muzik berentak pop yang dicetuskan oleh penggiat penggiat muzik dari
Korea Selatan. Sejak belakangan ini, akibat penangan daripada K Pop itu
sendiri, ramai penyanyi, pelakon, pengacara, rancangan, muzik, budaya, makanan,
pelancongan dan warisan Korea Selatan menjadi tumpuan di seluruh dunia. Serta
merta negara Korea Selatan yang acapkali hampir berperang dengan Korea Utara
kerana berlainan ideologi itu menjadi terkenal di seluruh dunia.
Banyak sekali nama nama artis Korea
meniti di bibir peminat. Pelakon – Lee Min Ho, Park Shin Hye, Lee Seung Gi,
Penyanyi – EXO, BTS, Super Junior, 2PM, Pengacara – Yoo Jae Suk, Kang Ho Dong,
Shin Dong Yup dan ramai lagi dikenali oleh rakyat Malaysia dan penduduk dunia.
Ada juga rakyat Malaysia yang kenal hampir semua artis Korea tetapi seorang artis
Malaysia pun dia tidak kenal!
Pokok pangkalnya, artis artis Korea
ini sentiasa menjadi tumpuan remaja remaja dunia. Dengan menawarkan rupa paras
yang kacak dan cantik, tubuh yang berotot dan mengiurkan, bakat yang subur
dalam seni, kebijaksanaan dalam pendidikan, lawak yang bermutu, dan rancangan
yang berkualiti, maka artis artis Korea ini diperhatikan setiap masa. Cerita
cerita mereka – sama ada baik atau buruk - senantiasa mahu diketahui bukan
sahaja oleh para wartawan tetapi oleh para peminat mereka juga.
Dahulu industri hiburan Hollywood,
Bollywood, dan Hong Kong/China menjadi tumpuan penduduk dunia. Ramai betul yang
‘gila’ dengan Hritik Roshan, Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, John Abraham dan
ramai lagi dari Bollywood, Stephen Chow, Daniel Wu, Jet Li dan ramai lagi dari
Hong Kong/China. Tetapi sekarang kedua dua industri hiburan ini seakan akan
hidup segan mati tak mahu apabila industri hiburan Korea Selatan mula mengambil
alih. Yang bertahan hanyalah Hollywood, dari dahulu sehingga sekarang kerana
industri hiburan dunia dikuasai oleh orang orang Barat.
Timbul persoalan di hati para
wartawan, peminat, penganalisis seni dan para blogger, apakah K Pop juga akan
mengalami nasib yang sama seperti Bollywood dan Hong Kong/China? Apakah akan
ada industry hiburan dari negara lain yang akan menguasai hati peminat dunia
hiburan seperti mana yang telah dilakukan oleh artis artis K Pop? Mungkin tidak
berlaku dalam masa terdekat namun tidak mustahil juga apa yang menimpa kepada
Bollywood dan Hong Kong/China akan terjadi kepada K Pop.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju
dengan entri yang saya tulis ini terutama peminat K Pop namun kita juga harus
berfikir ke arah itu. Bollywood dan Hong Kong/China bukanlah industri hiburan
yang kecil kecil anak. Sebahagian besar apa yang ditawarkan oleh industri
hiburan K Pop ini sudah pun ditawarkan oleh dua industri hiburan yang gergasi
itu.
Berbeza dengan Bollywood dan Hong
Kong/China, K Pop berkembang di saat media sosial menguasai hampir segenap
kehidupan penduduk dunia seperti Twitter dan Instagram misalnya. Aktiviti
aktiviti dan berita artis artis dari Korea Selatan ini mudah diketahui dengan
pantas dan tepat (ada juga yang tidak tepat). Orang tidak perlu lagi menunggu
berita daripada media media tradisional seperti surat khabar misalnya untuk
mengetahui tentang aktiviti aktiviti dan berita artis artis K Pop. Cukup
sekadar mereka melayari Twitter dan Facebook untuk mengetahui akan segala
kegiatan artis artis K Pop itu.
Fenomena K Pop yang melanda dunia di
saat ledakan teknologi maklumat berlaku di mana mana telah mewujudkan kesan
yang lain kepada penduduk dunia termasuk Malaysia. Maka, wujudlah dua kumpulan
yang menggelarkan diri mereka sebagai penyokong (K Poppers) dan penentang
(haters) di media sosial hasil daripada ledakan teknologi maklumat itu. Di saat
Bollywood dan Hong Kong/China berkembang, perkara semacam itu tidak lagi berlaku.
Inilah satu daya tarikan yang muncul bersama penyebaran gelombang Hallyu
(Korean Wave) menjadikan K Pop itu mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Sudah banyak kali juga penyokong dan
penentang K Pop ini bertempur di media media sosial. Masing masing menegakkan
benang yang basah untuk mempertahankan pendirian masing masing. Keyboard warrior
yang merupakan golongan opportunis dan tidak bertanggungjawab gemar
membangkitkan isu isu sensitif berkenaan K Pop ini supaya kedua dua golongan –
penyokong dan penentang – berbalah sesama sendiri. Tindakan keyboard warrior
yang gemar melakukan kerja kerja karut ini ini suka melihat masyarakat
bermusuhan dan berpecah belah dengan membangkitkan isu isu yang remeh.
Apa pun yang berlaku, K Pop sekarang
menjadi satu fenomena dunia yang melanda masyarakat antarabangsa. Hampir setiap
masa orang akan bercakap tentang K Pop sama ada muzik, drama, filem, artis dan
rancangan. Pendek kata, K Pop telah berjaya menawan hati penduduk dunia
terutama orang perempuan. Tetapi mustahilkan K Pop akan terkubur suatu hari
nanti? Jika mereka terkubur, industri hiburan negara mana pula yang akan
menggantikan mereka? Sama sama kita saksikan…
Tak pernah minat dengan Kpop, penuh dengan kepalsuan dunia..
BalasPadamKehidupan kita ni ada pasang surutnya..ada masa pasang..ada masa surut...xmstahil k pop akan makin dilupakan bila zaman brubah....kalau xsekarang mgkin akan datang
BalasPadamtak mustahil . menarik pulak nak tahu sape plak yang ganti kpop klau ade la . huhuu
BalasPadamKekadang hairan gak apa yang memyebabkan kpop glamour...
BalasPadam