Rabu, 31 Disember 2014

TAHUN BARU, HARAPAN BARU, CITA CITA BARU

Sumber : Google

Kini kita sudah pun berada di tahun 2015. Kita juga sudah jauh meninggalkan tahun 2014. Menurut Imam Al Ghazali, perkara yang paling jauh dengan kita adalah semalam. Saya yakin anda semua telah mencoret pelbagai kisah suka dan duka pada tahun 2014 bukan? Begitu juga dengan saya. Tidak mengapalah…yang lepas biarkan lepas. Kita tumpu pula kepada yang akan datang.

Tahun 2014 telah berlaku bermacam macam perkara dalam hidup saya. Pelbagai kisah suka duka telah saya lalui sepanjang tahun lepas. Secara tidak langsung, pengalaman itu sedikit sebanyak telah mematangkan diri saya sebagai seorang manusia. Kini usia saya sudah pun menginjak ke 21 tahun. Semoga tahun 2015 ini memberi sinar yang lebih baik kepada saya berbanding tahun lepas.

Pada tahun ini, saya bakal menamatkan pengajian diploma saya. Insha Allah… dengan izin Allah saya akan menamatkannya dalam bulan April nanti. Semoga saya boleh menamatkannya dengan penuh kecemerlangan untuk memudahkan saya melangkah ke alam universiti pula. Itulah harapan dan cita cita saya pada tahun ini. Doakan saya ye… 

MENGAPA SAYA MENOLAK PKM SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN?

Mendiang Chin Peng

Oleh kerana ketaksuban yang sangat dahsyat terhadap kuasa politik, ada sesetengah golongan yang ingin mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai pejuang kemerdekaan dan mahukan pejuang pejuang mereka seperti Chin Peng diiktiraf. Saya yakin pasti ada orang orang yang berideologi komunis atau sosialis yang mahukan komunis bergerak cergas di dalam negara ini.

Tidak dapat kita nafikan, sebelum wujudnya UMNO, sudah ada pihak pihak tertentu yang sudah berjuang terlebih dahulu untuk menentang British iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938. Pada waktu itu juga sudah wujudnya Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyusun kaum buruh Cina di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Oleh kerana perasaan benci terhadap penjajah, maka KMM dan PKM pun bergabung untuk menentang British. Apabila Jepun datang menjajah pada tahun 1941, telah tertubuhnya Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang dibantu oleh British untuk menentang penjajah dari bangsa Jepun pula.

Selasa, 30 Disember 2014

BLOGGER : JANGAN MENIPU BLOGGER LAIN!!!

Sumber : Google


Sejujurnya saya tidak mahu menulis entri ini tetapi apabila mengenangkan akan ada blogger lain turut terkena perkara yang sama, saya fikir lebih baik saya melemparkan kritikan ini sekarang. Selalu kita dengar blogger berperang sesama blogger, tetapi kes yang saya hadapi kali ini agak berlainan sedikit iaitu blogger menipu blogger lain.

Ceritanya begini…beberapa hari lalu saya ada menyertai satu segmen yang dianjurkan oleh seorang blogger. Saya fikir tidak perlulah saya sebut apa segmen itu dan siapa penganjurnya. Saya tidak ada masalah dengan segmen tersebut. Segmen itu mudah dan berjalan seperti biasa. Apa yang menyedihkan saya adalah sikap blogger blogger yang menyertai segmen itu.

Mereka menulis di ruangan komen yang mengatakan bahawa mereka telah mengikuti (follow) blog saya. Saya gembira dengan perkara itu kerana itulah tujuannya segmen itu dibuat. Oleh itu, saya segera memeriksa jumlah pengikut (follower) dan pada anggapan saya pengikut saya pasti bertambah. Saya sentiasa memeriksa jumlah pengikut setiap kali membuka blog bukan sahaja untuk mengetahui berapa ramai yang telah mengikuti dan siapa yang mengikuti blog saya tetapi juga untuk mengikuti semula blog tersebut sebagai balasan mereka telah mengikuti blog saya.

Isnin, 29 Disember 2014

NAJIB WAJAR BERI PENJELASAN YANG KUKUH

Sumber : Google

Ketika saya menulis rencana ini, hujan di kawasan rumah saya masih turun tanpa henti. Begitu juga di seluruh negara. Banjir di negeri negeri pantai timur masih lagi belum menunjukkan tanda tanda mahu pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan negeri negeri yang lain. Bencana dari Allah ini wajar direnungi supaya kita boleh melakukan muhasabah diri untuk membolehkan kita bertaubat bagi menghapuskan dosa dosa kita yang telah lalu.

Melihat kepada bencana banjir ini, saya banyak ‘berdamping’ dengan media media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan Telegram untuk mendapatkan maklumat. Bukan kerana saya memboikot televisyen tetapi saya tiada masa untuk itu. Media media sosial lebih mudah untuk saya mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai maklumat baru yang datang untuk mengisi kantung informasi bukan sahaja saya tetapi kebanyyakan rakyat kita juga.

Jelas begitu banyak komen komen negatif dilemparkan oleh pengguna laman sosial kepada Najib. Bermula dengan beliau bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii, sehinggalah kepada kelewatan penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di seluruh negara. Rakyat terus terusan menyalahkan Najib dan jentera kerajaan di atas kelewatan dan kegagalan tersebut. Sebagai seorang blogger yang mewakili suara rakyat marhaen, saya melihat perkara ini tidak bagus untuk pentadbiran Najib.

Ahad, 28 Disember 2014

WHEN THE MOSQUE TO BE TARGET...

Source : Google


Recently, a mosque in Sweden once again burned by strangers. This proves brains are still thickened Islamophobia in Western societies. Their attitude to anti-Muslim are still strong in themselve. They are able to attack the mosque owned by Muslims because hatred directed at Islam but Islam is innocent to them.

Over the years the West hate Islam. They never like to Muslim even once. For this reason, they always find a way how to destroy Islam. No wonder why the West, especially the United States are very fond of attacking Muslim countries like Iraq, Afghanistan, Libya, and more. All that they do because feelings are extremely averse to Islam.

I am reminded that we as Muslims should never be fooled by their acting. They show that they are well ahead of us but behind us, they are very bore us. They will try to figure out how to destroy us. They do good to us not because of their attitude so but we have an interest to them, such as petroleum, natural wealth and so on.

Sabtu, 27 Disember 2014

SEGMEN YOU FOLLOW ME, I FOLLOW YOU BACK





Apabila saya membaca tajuk segmen yang dianjurkan oleh blogger Aina Rahim saya lekas lekas menyertainya. Haha. Saya kira ini segmen untuk tambah follower la ni. Saya pun tak ada apa nak cakap, jadi kepada rakan rakan blogger yang kurang follower tu boleh la sertai segmen ini ye...




Jumaat, 26 Disember 2014

APABILA MUJAHID BERCAKAP TANPA AKAL

Sumber : Google


Ahli Parlimen PAS kawasan Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa pernah mengeluarkan kenyataan : "Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat?" Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota jawatankuasa PAS Pusat ini.

Saya benar benar hairan dan pelik bagaimana seorang tokoh politik dari parti PAS begitu teruja untuk mempertahankan agama Kristian sedangkan agama Islam sendiri semakin teraniaya di bumi Melayu ini. Saya juga hairan bagaimana seorang tokoh politik berpendidikan tinggi seperti beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Saya tidak pasti beliau ini ahli politik Islam yang bagaimana sehingga boleh berfikir seperti itu. Cuba beliau lihat di Sabah, oleh kerana Kristian 'minoriti' di negara ini, bagaimana pula mereka boleh menundukkan umat Islam sehingga kalimah Allah berjaya dipakai di dalam kitab dan gereja mereka? Tidak sedarkah beliau tentang permainan orang kafir ini? 

ARTIS TIDAK SALAH BERDAKWAH, TETAPI JANGAN…

Sumber : Google

Sekarang kita melihat sudah ramai artis yang berhijrah – kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar dan tidak kurang juga yang bertudung. Ini merupakan satu perkembangan yang positif. Jadi artis itu tidak salah cuma jadilah artis yang benar benar mengikut syariat Islam yang tulin.

Apabila kita melihat artis artis yang bertudung ini mula diangkat sebagai pendakwah, itu juga satu perkembangan positif. Dengan menggunakan populariti mereka, sudah pasti dakwah yang hendak disampaikan itu akan tersebar dengan luas. Sudah pasti akan ramai orang mahu mendengar dakwah yang hendak disampaikan oleh artis itu memandangkan dia mempunyai populariti yang tidak ada pada orang lain. Dari sudut mata kasar, niat murni artis itu sangat baik dan perlu dipuji.

Ada juga artis yang sudah bertudung kemudian melompat menyertai parti politik. Mereka mula menggunakan pentas pentas politik untuk menaikkan nama mereka di dalam dunia politik itu sendiri. Mereka juga menggunakan populariti yang ada pada diri mereka untuk menarik ramai orang untuk menghadiri ceramah politik yang dianjurkan oleh parti politik tertentu. Pada saya. tidak salah artis itu mahu berpolitik. Menyertai politik dan berdaftar ke dalam mana mana parti politik juga tidak salah dalam sebuah negara demokrasi. Itu adalah hak mereka.

Rabu, 24 Disember 2014

BILA BANJIR PUN DIPOLITIKKAN…

Sumber : Google

Keadaan banjir di pantai timur terutama di negeri Kelantan semakin buruk. Banyak tempat sudah tenggelam dan banyak jalan darat sudah dinaiki air sehingga negeri itu terputus hubungan darat dengan dunia luar. Marilah sama sama kita sebagai rakyat Malaysia menadah tangan memohon pertolongan dari Allah agar banjir di seluruh negara dapat surut dengan segera dan mangsa mangsa banjir selamat.

Saya melihat musibah yang berlaku di negara ini adalah kerana kifarah Allah terhadap kita semua. Negara ini sudah begitu banyak maksiat yang tidak dibendung, perpecahan dalam kalangan umat Islam akibat kuasa politik, pemimpin tidak menjalankan amanah dengan betul kepada rakyat, fitnah berleluasa, hukum serta agama Allah tidak dipertahankan dengan sempurna malah dilacurkan untuk kepentingan pihak pihak tertentu dan seribu macam masalah yang berlaku. Inilah yang menyebabkan Allah murka dan menurunkan bala kepada kita.

Sebagai orang Islam, kita perlu mengambil musibah ini sebagai satu peringatan dari Allah. Kita perlu melakukan muhasabah diri dan cuba melakukan perubahan atas apa yang berlaku. Kita juga perlu mencegah segala kemungkaran yang berlaku di negara ini. Ingatlah, jika dengan peringatan sebesar itu pun kita masih gagal untuk berubah, bagaimana jika akan datang peringatan yang lebih besar kepada kita?

Selasa, 23 Disember 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Segmen Jom Kenal Blogger Baru

Tidak tahu mengapa tetapi saya semacam teruja untuk menyertai segmen yang dibuat oleh blogger hebat Hasrul Hassan ini. Antara kelebihan segmen ini adalah dapat meningkatkan traffik dan dapat meningkatkan follower blog yang sememangnya 'kekeringan' follower ini. Jadi, kepada mana mana blogger baru, memang sesuai untuk sertai segmen anjuran bro HH ini.

Syarat syaratnya pun mudah. Tak susah mana pun. Jadi memang berbaloi kalau sertai segmen ini. Apa syarat syaratnya? Mestilah kena sertai segmen ini dulu. 

ORANG YANG SELALU STRESS BOLEH BERGEMBIRA SETELAH JUMPA CARA YANG BETUL UNTUK MENANGANINYA

Sumber : Google

Saya teramat yakin dan percaya anda pasti pernah menghadapi stress bukan? Anda tahu apa itu stress? Stress adalah suatu reaksi yang tidak spesifik terhadap diri seseorang disebabkan oleh bebanan yang menimpanya. 

Ada banyak sebab musabab mengapa stress boleh terjadi. Antara sebab stress terjadi adalah kerana berpunca dari diri anda sendiri maksudnya anda meletakkan harapan atau cita cita yang terlalu tinggi, kemudian apabila anda gagal mencapai cita cita atau harapan itu, anda boleh menjadi stress. Kedua, adalah kerana faktor persekitaran anda contohnya apabila anda bertukar tempat kerja. Perkara ini sudah pasti memberi tekanan kepada anda kerana anda perlu menyesuaikan diri dengan tempat baru, kawan baru, ketua baru dan majikan yang baru. Jika ada yang tidak kena, sudah pasti akan mendatangkan stress kepada anda.

Selain itu, adalah faktor perasaan dan psikologi. Contohnya apabila anda kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa, adik beradik, anak, suami, isteri dan sebagainya. Seandainya anda tidak kuat untuk menghadapi ujian dari Allah Azza wajalla ini saya yakin dan pasti anda akan mudah berasa tertekan. Seterusnya adalah kerana faktor biologi. Contohnya jika anda menghadapi penyakit yang kronik dan merbahaya seperti sakit jantung, kencing manis, kanser dan sebagainya. Perkara seperti ini boleh mendatangkan stress atau tekanan kepada anda kerana jika sebelum ini anda boleh berjalan dan makan apa sahaja, tetapi kini semua itu sudah terbatas kerana penyakit yang anda hidapi. 

TUJUH CARA MUDAH UNTUK KURUS DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN

Sumber : Google

Mempunyai berat badan ideal menjadi idaman setiap orang di dunia ini. Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai pengidap obesiti di dunia. Punca sebenar yang menyumbang kepada masalah ini adalah pemakanan yang tidak seimbang, faktor genetik, kurang bersenam, masalah hormon dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai seorang blogger dan pengedar Shaklee, saya mahu kongsikan kepada anda bagaimana untuk anda menguruskan badan dengan selamat dan berkesan.

Pertama, elakkan diri anda dari berlapar. Makanan memberi kita tenaga dan apabila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan berlapar, sudah pasti akan makan dengan lebih banyak. Walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali seperti biasa, metabolisme tubuh anda masih lemah lagi. Ini menyebabkan kalori dibakar dalam keadaan yang tidak sama lagi. Oleh itu, segera makan sekiranya anda berasa lapar.

Isnin, 22 Disember 2014

BAGAIMANA MAHU MENINGKATKAN IQ ANAK ANDA?

Sumber : Google

Selalu benar kita sebut perkataan IQ bukan? Tahukah kita bahawa IQ itu singkatan daripada perkataan Intelligent Quotient. Kanak kanak yang mempunyai IQ yang tinggi adalah sangat bagus kerana kanak kanak itu pasti akan bijak dan mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, pada hari ini  saya mahu menulis tentang bagaimana untuk tingkatkan IQ anak anda.

Antara cara untuk meningkatkan IQ anak kita adalah belajar muzik. Ini merupakan cara yang baik untuk meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan santai dan mudah. Menurut hasil kajian yang dibuat di Universiti Toronto, pembelajaran muzik dapat meningkatkan IQ dan prestasi sekolah seorang anak. Semakin lama kanak kanak kanak itu belajar muzik, semakin tinggilah IQ kanak kanak tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kanak kanak Cina dan Eropah gemar belajar muzik bukan?

Kedua, minum air susu ibu. Banyak hasil kajian menunjukkan air susu ibu dapat meningkatkan IQ bayi dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan selain menyediakan pelbagai jenis zat gizi. Seorang bayi yang yang kerap mengambil susu ibu selama sembilan bulan secara berterusan akan menjadi lebih pandai berbanding bayi yang tidak mengambil susu ibu.

Sabtu, 20 Disember 2014

WHY EBOLA ATTACK US?

Source : Google

The world's population is currently threatened with Ebola disease. Not only Ebola, but other deadly diseases as well. Last one disease, came to us  another diseases. Do not we all feel fear? Perhaps we or our family members or even our friends  can be exposed to dangerous diseases like this. Do not we all realize that we actually deliberately killed? (!)

After reading various conspiracy theories, I can deduce that there are certain parties in this world deliberately created and spread of various diseases to kill the world's population. Why? First because they want to popularize their products. When a deadly disease comes, drug and pharmaceutical companies will create a variety of drugs and vaccines to help people treat the disease. Therefore, the demand for their products will be high. They can generate economic growth and profit through the sale of the vaccines and medicines.

Second, the establishment of the New World Order is being orchestrated by the United States, the Zionists, Israel, Freemasons and Illuminati, they want the world's population is only about three to six billion people only! For this reason, they created many dangerous diseases so that more people could die to achieve their aspirations. Why would they want to reduce the world's population? Because they do not want to happen to insufficient food, shelter and other basic human needs.

Jumaat, 19 Disember 2014

HARIMAU MALAYA, KEMENANGAN DAN CHARYL CHAPPUIS

Charyl Chappuis


Rabu lalu telah berlangsungnya perlawanan akhir peringkat pertama antara Malaysia dan Thailand di Stadium Rajamangala yang menyaksikan pasukan Thailand berjaya menewaskan Malaysia sebanyak 2-0 menerusi jaringan Charyl Chappuis (penalti) dan Kroekrit Thawikan. Kesedihan jelas terpancar di jiwa rakyat Malaysia di atas kekalahan tersebut. Harapan rakyat Malaysia besar - mahu Harimau Malaya menebus kekalahan mereka malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Muncul persoalan di benak rakyat Malaysia, apakah mungkin Harimau Malaya membawa kemenangan untuk negara pada malam ini? Berdasarkan teori dan mata kasar, pasukan Thailand memang kuat dan sukar digugat. Mengapa? Pertama dalam kedudukan FIFA setakat Mei 2014, kedudukan Thailand berada di tangga 143 manakala kedudukan Malaysia berada di tangga 145.

Kedua, pasukan Thailand mempunyai Charyl Chappuis yang merupakan penyerang yang berbisa dan telah menjadi fenomena  kerana mempunyai wajah yang tampan. Bukan itu sahaja, pasukan Thailand mempunyai bekalan selesa dua gol untuk dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

ADAKAH HUDUD AKAN DILAKSANAKAN TIDAK LAMA LAGI?

Sumber : Google

Isu hudud kembali kedengaran selepas sunyi beberapa lama. DUN Kelantan akan bersidang 29 Disember ini  untuk mengemaskini Enakmen Kanun Jenayah Syariah bagi membolehkan ahli Parlimen PAS untuk membawa usul persendirian (private bill) dalam Parlimen mengikut Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan.

Parti Islam itu dilihat sangat berharap agar usul persendirian itu dapat diterima, dibincang dan diluluskan di Parlimen dengan suara dua per tiga bagi membolehkan undang undang Islam itu dapat dilaksanakan di Kelantan. 

Walaupun pasti akan ada tentangan dari dua rakan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR serta sudah pasti MCA, PAS begitu optimis untuk melaksanakan undang undang Islam itu. Dari segi politik, barangkali PAS akan hilang sokongan dari pengundi bukan Islam tetapi dari sudut agama, PAS telah melaksanakan satu tindakan yang betul dan berani. 

Rabu, 17 Disember 2014

LIM GUAN ENG SENGAJA MENCABAR SENSITIVITI UMAT ISLAM

Sumber : Google
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah atas alasan Seksyen 48(3) dan Seksyen 48(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 yang telah diwartakan pada April 2010 tidak boleh dikuatkuasakan atau terpakai ke atas orang bukan Islam. Jelas Setiausaha Agung DAP itu sengaja mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini.
 
Ironinya, Menteri Besar Selangor, Mohd Azmin Ali dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempertahankan kenyataan Guan Eng atas alasan itu adalah pendirian rasmi Pakatan Rakyat. 
 
Saya melihat kenyataan Guan Eng itu sengaja untuk mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini walaupun dia tahu orang Islam pasti akan marah atas kenyataannya itu. Sebelum ini pun mahkamah telah melarang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu dan akhbar The Herald. Saya fikir Guan Eng pasti tahu akan hal ini namun dia sengaja buat buat tidak tahu untuk menyakitkan hati umat Islam.

ENAM CARA RENDAHKAN TEKANAN DARAH BAGI PESAKIT DARAH TINGGI

Sumber : Google

Sudah ramai sebenarnya orang yang terkena penyakit darah tinggi terutama golongan yang sudah berusia. Penyakit ini bukan penyakit baru dan bukan juga penyakit yang jarang berlaku. Penyakit ini juga adalah satu penyakit yang merbahaya sebenarnya. Oleh itu, sebagai pengedar Shaklee saya mahu memberi informasi kepada anda berkenaan dengan penyakit ini dan bagaimana untuk mencegahnya.

Apa itu penyakit darah tinggi?


Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi merupakan satu penyakit kardiovaskular yang biasa. Tekanan darah merujuk kepada daya darah tersebut menolak ke arah dinding arteri sehingga darah mengisi arteri dalam kapasiti tertentu. Jika darah mempunyai tekanan yang terlalu tinggi ketika mengisi arteri tersebut, arteri boleh terancam dan membawa kepada keadaan yang mengancam nyawa seperti penyakit jantung atau strok.

Selasa, 16 Disember 2014

Blog Eny Abdullah.

Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY.....

1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/ 
3. Follow Instagram Eny Abdullah - 





Isnin, 15 Disember 2014

CARA ORANG DEMAM MAHU KURANGKAN PANAS PADA BADAN

Sumber : Google

Demam bermaksud satu keadaan di mana suhu badan melebihi 37 darjah Celcius. Apabila kita demam, badan kita akan berasa panas, tidak bermaya, lesu dan mudah letih. Kita juga sering berasa tidak selesa dan tidak larat untuk melakukan sebarang kerja. Kita lebih suka baring di atas katil dan berselubung dengan selimut kerana kesejukkan.

Gejala lain sebagai tanda orang itu demam adalah badan panas bila disentuh, pernafasan meningkat, muka menjadi merah, tidak aktif, badan menjadi lemah, sentiasa mahu tidur, sentiasa resah gelisah, tiada selera makan dan kerap menggigil.

Ahad, 14 Disember 2014

RAHSIA MENCEGAH PENYAKIT DATANG BERTIMPA TIMPA

Sumber : Google

Ramai yang selalu bertanya, mengapa aku selalu sakit? Lepas satu penyakit, datang pula penyakit yang lain. Pelbagai penyakit yang datang kepada kita hari demi hari tanpa kita ketahui puncanya dan cara mencegahnya. Pada hari ini, saya akan menulis tentang orang orang yang selalu dihinggapi penyakit dan bagaimana untuk mencegahnya.

Mengapa kita selalu sakit?

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan penyakit ‘suka’ datang kepada kita. Sebagai manusia, kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu faktor faktor tersebut supaya memudahkan kita untuk membuat langkah pencegahan dan pengawalan.

Antara punca utama kita mudah diserang penyakit adalah cara pemakanan harian. Mungkin kita kurang mengambil sayur sayuran dalam pemakanan kita. Kita semua tahu tentang kebaikkan memakan sayur sayuran tetapi ada diantara kita yang tidak langsung mengambil ‘makanan hijau’ ini dalam diet. Oleh itu, kita kurang mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

BILA MAHASISWA BERTINDAK TANPA AKAL…

Fahmi Zainol

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol telah digantung dari Universiti Malaya selama dua semester dan didenda RM600 selepas disabitkan bersalah menganjurkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di universiti itu tanpa kebenaran pada 10 Disember lalu.

Fahmi antara lain telah berkata : “Tindakan gantung satu semester terhadap Safwan Shamsuddin dan satu semester terhadap saya dengan serta merta dianggap seolah olah mereka (UM) tidak ada rasa belas kasihan dan simpati, dengan peperiksaan bakal berlangsung dalam tempoh lebih kurang tiga minggu sahaja lagi.”

“Pernahkah pihak Naib Canselor dan UM (atau) menteri memikirkan bagaimana perasaan ibu dan ayah saya? Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi saya bakal bergraduasi. Pernahkah mereka terfikir betapa gembiranya ibu dan ayah saya sekiranya dapat melihat anaknya memegang segulung ijazah dalam beberapa bulan sahaja lagi?” Katanya.

Sabtu, 13 Disember 2014

HAJI HADI PUN KENCING MANIS JUGA?

Subky Latif

Walaupun isu ini satu isu lapuk, namun saya fikir masih relevan untuk diulas bagi memastikan kepimpinan ulamak akan sentiasa berada di dalam pentadbiran PAS yang sentiasa melaung laungkan Islam sebagai tonggak perjuangan mereka. Kekalahan Ustaz Nasharuddin Mat Isa semasa merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dan pemecatan Datuk Hassan Ali dari parti Islam itu jelas menunjukkan golongan Anwarinas sedang berkuku di dalam PAS.

Prof Dr. Atory Hussein pernah mengatakan bahawa PAS rugi kerana memecat Datuk Hassan Ali namun dijawab sinis oleh penulis utama parti Islam itu iaitu Subky Latif. Subky Latif mengatakan :

Yang PAS bertindak terhadap Hassan itu adalah mengikut fiqah politik. Kalau kaki kencing manis terpaksa dipotong, tidak memotongnya lebih merugikan. (Dipetik daripada Harakahdaily)

Jelas Subky menyamakan Hassan sebagai kaki yang terkena penyakit kencing manis. Oleh itu, wajarlah Hassan dibuang supaya tidak tambah merugikan parti Islam itu kerana Hassan dengan lantangnya mengkritik golongan Anwarinas yang sedang berkuku di dalam PAS pada waktu ini. Namun, sehebat hebat Subky, dia telah banyak membuat kesilapan di atas tulisannya itu.

Selasa, 9 Disember 2014

PAS LEBIH BAIK BERSAMA UMNO BERBANDING DAP DAN PKR

Sumber : Google

Penulis utama PAS, Subky Latif telah menulis di dalam kolumnya di Harakahdaily supaya DAP lebih baik bersama PAS berbanding PKR atas alasan PAS boleh membawa DAP kepada orang Melayu di kawasan luar bandar berbanding dengan PKR. Pada saya, saya lebih suka PAS bersama UMNO berbanding bersama DAP.

Ini kerana banyak titik persamaan antara PAS dan UMNO berbanding PAS dan DAP. PAS dan UMNO berkongsi agama yang sama, bangsa yang sama, negara yang sama, nabi yang sama, tuhan yang sama, kitab yang sama cuma fahaman politik sahaja yang berlainan. Saya melihat lebih banyak titik persamaan antara PAS dan UMNO berbanding PAS dan DAP.

Jika PAS mahu memperjuangkan Islam, UMNO pun begitu juga tetapi tidaklah seagresif PAS. Buktinya, UMNO membina sekolah agama, membuat perbankan Islam, membina univerisiti Islam, membina masjid, membina pusat zakat, mengiktiraf pertubuhan Islam, tidak membunuh orang yang pergi solat berjemaah di masjid, dan tidak menghala muncung senapang kepada orang yang mahu membuat majlis majlis agama di negara ini.

Isnin, 8 Disember 2014

CERPEN : PENGALAMAN DI DALAM SEBUAH KERETA API

Sumber : Google

        Suasana dingin pagi mula mencengkam tubuhku tatkala aku turun menggunakan eskalator untuk menuju ke stesen kereta api bawah tanah. Aku melihat jam hitam pemberian ibu. Jarum jam menunjukkan pada pukul 6.15 pagi bermaksud ada lima belas minit lagi untuk kereta api sampai. Aku berjalan menuju ke sebuah bangku yang kosong untuk menghilangkan lelah. Suasana dingin pagi masih mencengkam diriku pada waktu itu.
          Aku melilaukan pandangan ke arah beberapa orang yang sedang duduk berhampiran denganku untuk menunggu kereta api. Ada Melayu, ada Cina dan tidak kurang juga India. Masing masing mendiamkan diri. Ada yang termenung, ada yang sedang leka ‘menelaah’ telefon pintar, ada yang sedang membaca surat khabar The Sun yang diberi secara percuma dan tidak kurang juga yang termenung jauh.
         Aku masih sama. Memerhati dan terus memerhati orang orang yang ada di situ. Dengan cahaya lampu yang malap, aku memerhatikan suasana di stesen kereta api bawah tanah itu. Hanya suram dan sunyi menyelubungi suasana. Inilah sikapku. Entah mengapa aku suka memerhatikan orang ramai. Aku suka memerhati perlakuan dan gelagat manusia di sekelilingku.

Rabu, 3 Disember 2014

NASIB HADI DI HUJUNG GAUNG!

Sumber : Google
 
Kemelut politik Pakatan Rakyat semakin menjadi jadi walaupun krisis Menteri Besar (MB) Selangor sudah pun tamat. Jelas kelihatan tahaluf siyasi yang dilakukan oleh PAS, PKR dan DAP ini semakin menuju kehancuran dan bagai retak menanti belah. Serangan demi serangan antara pemimpin ketiga ketiga parti itu semakin menjadi jadi sejak belakangan ini.
 
Terbaru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengkritik Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS, kerana kerap tidak hadir dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Perkara tersebut tidak habis di situ sahaja. Pemimpin pemimpin PAS pula antaranya Mahfuz Omar telah mempertahankan Haji Hadi dengan mengatakan bahawa Haji Hadi tidak sihat untuk hadir dalam mesyuarat tersebut dan membalas kritikan Guan Eng dengan mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga kerap tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Isnin, 1 Disember 2014

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANA

 


Rakan blogger saya, Deanna Morni ada anjurkan giveaway dan saya suka hadiah giveaway ni. Nak tahu apa hadiahnya? kenalah sertai dulu giveaway ni. Hadiah ni memang lumayan. Rugi kalau tak sertai. Jom kita meriahkan giveaway rakan blogger saya ni. :)

NAJIB KATA BLOGGER BANGANG? BENARKAH?


Sumber : Google


Sebenarnya sudah ramai ahli politik yang geram dan selalu mengecam para penulis blog ini. Tidak lama dahulu, Tan Sri Zainuddin Maidin (bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu dan penulis blog Zamkata) sewaktu menjadi Menteri Penerangan dahulu pernah melabelkan blogger sebagai ‘goblok’. Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah memanggil blogger sebagai beruk, dan Datuk Shaziman Abu Mansur, bekas Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pernah memanggil blogger sebagai penembak curi.

Terbaru, Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil blogger blogger upahan UMNO sebagai ‘bangang’! Menurut Najib, mereka ini makan gaji dengan UMNO tetapi menyerang balik parti itu. Oleh sebab itulah beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.

Merujuk kepada Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Najib berkata : “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang kadang tembak kita. Dalam istilah perang friendly fire. Friendly fire is not friendly”.