Sumber : Google |
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah atas alasan Seksyen 48(3) dan Seksyen 48(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 yang telah diwartakan pada April 2010 tidak boleh dikuatkuasakan atau terpakai ke atas orang bukan Islam. Jelas Setiausaha Agung DAP itu sengaja mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini.
Ironinya, Menteri Besar Selangor, Mohd Azmin Ali dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempertahankan kenyataan Guan Eng atas alasan itu adalah pendirian rasmi Pakatan Rakyat.
Saya melihat kenyataan Guan Eng itu sengaja untuk mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini walaupun dia tahu orang Islam pasti akan marah atas kenyataannya itu. Sebelum ini pun mahkamah telah melarang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu dan akhbar The Herald. Saya fikir Guan Eng pasti tahu akan hal ini namun dia sengaja buat buat tidak tahu untuk menyakitkan hati umat Islam.
Saya menentang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam kerana mereka menggunakan kalimah suci itu bukan untuk mentauhidkan Allah sebaliknya untuk menghina Allah di dalam kitab mereka. Allah yang difahami oleh umat Islam dan Allah yang difahami oleh agama lain khususnya Kristian amat berlainan sama sekali.
Allah di dalam agama Kristian adalah triniti manakala Allah yang umat Islam fahami adalah Esa - tidak beranak dan tidak diperanakkan! Tidak percaya baca surah Al Ikhlas. Adakah Azmin dan Anwar tidak membaca surah ini sehingga sanggup untuk mempertahankan Guan Eng?
Tambahan pula, penggunaan kalimah Allah juga akan merosakkan akidah umat Islam pada masa akan datang. Tidak percaya, cuba lihat apa yang berlaku di Indonesia, Sabah dan Sarawak? Lihat berapa ramai orang Islam murtad apabila kalimah Allah boleh digunakan di dalam Bible.
Oleh sebab itulah, saya tidak mahu perkara yang sama berlaku di Semenanjung. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Saya tidak mahu generasi Islam akan datang menjadi rosak seperti mana yang berlaku di Indonesia akibat generasi lama mereka langsung tidak cuba untuk mempertahankan kalimah tauhid itu.
Jika Bible yang pada masa kini tidak menggunakan kalimah Allah pun, sudah ramai orang Islam yang murtad, bagaimana pula nanti jika Bible menggunakan kalimah Allah? Tepuk dada dan tanya iman kita.
Ustaz Ann Wan Seng pernah memberi peringatan ketika membentang kertas kerja dalam konvensyen PAS Perak ke 13 pada 27 Julai 2012 : "Kita (umat Islam) perlu merasakan terancam...masalahnya ialah orang kita tidak merasakan apa apa meskipun apabila kita berhadapan dengan ancaman".
Beliau mendakwa Petaling Jaya kini berperanan sebagai pusat bagi menyebarkan agama Kristian serta memurtadkan Muslim.
Kata Ann Wan Seng lagi : "Pihak Kristian melakukan ini secara diam diam dan juga secara terbuka, mereka menyebarkan risalah kepada pelajar Muslim kita."
"Saya ada melihat perkara ini berlaku di Universiti Malaya. Pelajar pelajar wanita memakai tudung tetapi apabila anda mengalihkan tudung, mereka memakai salib."
Jelas, gerakan Kristianisasi sedang bergerak aktif di negara ini. Pendedahan ini dibuat ketika kita tidak lagi membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible. Bagaimana nanti jika kalimah Tauhid itu boleh digunakan dalam kitab agama Kristian itu? Oleh sebab itulah, saya cukup menentang perkara ini. Saya tidak mahu orang Melayu terus dimurtadkan hari demi hari.
Saya melihat kenyataan Guan Eng, Azmin dan Anwar itu adalah sebagai satu cara untuk memancing undi bukan Islam untuk terus memberi undi kepada PR pada PRU yang akan datang. Mereka sanggup menggadai prinsip keharmonian kaum dan keagamaan semata mata untuk mendapat kuasa politik. Semoga Anwar dan Azmin terus dilindungi oleh Allah dari neraka jahanam!
Kesimpulannya, saya menentang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam kerana saya tidak mahu Allah dihina. Saya menyeru kepada semua pembaca blog saya yang beragama Islam ini agar terus mempertahankan kalimah suci itu dari terus dihina dan diperlekehkan. Kita perlu menggunakan segala kekuatan yang ada pada kita untuk mempertahankan kalimah suci itu. Jangan biarkan Allah dan Islam terus dihina oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.
Salam Jumaat MNH, zumal tengok LGE tu pun rasa geram tau ^-^
BalasPadamAncaman terhadap islam dari semua arah.
BalasPadamNamun umat Islam tu sendiri pun kalau kita tengok pun x macam orang islam. Cth: dari segi pakaian sama dah pompuan melayu n nonmuslim pakai short.