Rabu, 30 April 2014

OBAMA : LAMBANG PENIPUAN BUKAN KEBAIKAN




      Geli saya melihat sambutan yang ditunjukkan kerajaan Malaysia dan seluruh rakyatnya terhadap kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara ini. Sambutan yang diterima oleh Presiden kulit hitam pertama negara Uncle Sam itu seolah olah Obama itu seorang ‘dewa’ padahal dia hanya seorang presiden dari sebuah kuasa besar dunia.

     Untuk apa kita membesar besarkan kedatangan ‘kuda tunggangan’ Yahudi laknatullah itu ke negara ini sehingga semua media utama memberikan liputan yang meluas terhadapnya? Apakah sumbangan paling besar yang dia berikan kepada negara kita? Apakah sumbangan besar yang dia berikan kepada dunia Islam? Langsung tidak ada! Oleh itu, apa untungnya kita membesar besarkan kedatangannya di negara ini?

Isnin, 28 April 2014

RANCANGAN RAJA SPONTAN ERA : HIBURAN YANG MELAMPAU




      Sebenarnya ada banyak isu lain yang hendak saya ulas namun apabila melihat rancangan Raja Spontan Era yang disiarkan selama dua puluh empat jam semata mata untuk memecahkan rekod dalam Malaysia Book of Record telah menggerakkan pena saya untuk menulis berkenaan perkara ini. Tujuan saya menulis ini bukanlah kerana saya cemburu kerana tidak dapat pergi ke Bukit Jalil sebaliknya saya merasakan rancangan itu merupakan satu hiburan yang agak melampau.

      Bayangkan, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu disogokkan dengan hiburan dan gelak ketawa yang melampau selama satu hari. Alangkah tidak bagusnya perkara itu. Tidak salah untuk kita berhibur namun hiburan itu mesti ada batasnya. Bukan sepanjang masa kita boleh berhibur. Saya teringat kata kata guru Matematik saya ketika saya di tingkatan tiga, ‘ada masa kita boleh ketawa dan bergurau senda dan ada masa kita kena serius.’

Isnin, 21 April 2014

HITAM DAN PUTIH KARPAL SINGH



       Sejujurnya saya sendiri berasa terkejut dengan pemergian mendiang Karpal Singh – ahli parlimen Bukit Gelugor dan bekas Pengerusi DAP Kebangsaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru baru ini. Pemergian mendiang sebagai seorang ahli politik dan peguam yang handal merupakan salah satu kehilangan yang besar buat sejarah politik tanah air. Sesungguhnya mendiang akan dikenang sebagai seorang ahli politik pembangkang yang paling kontroversi di Malaysia selepas Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang.

      Semua orang tahu tentang Karpal Singh. Dia terkenal sebagai seorang peguam jenayah antara yang paling handal di Malaysia. Dia digeruni kerana kepetahannya berhujah dalam mahkamah. Bukan mudah untuk menewaskan beliau dalam sesuatu kes yang dibicarakan di mahkamah tidak kira kes itu kes berat atau kes yang ringan. Khidmatnya sebagai peguam memang ditagih oleh kebanyakkan orang. Boleh dikatakan 90%  peluang untuk menang itu ada dalam sesuatu kes yang diwakili oleh beliau.

Sabtu, 12 April 2014

ISU KAMPUNG BARU : MENYANGGAH PANDANGAN TAN SRI ABDULLAH AHMAD

      Tan Sri Abdullah Ahmad - wartawan, ahli politik, tapol (tahanan politik), korporat, diplomat dan seorang kolumnis di akhbar Sinar Harian telah menulis satu perkara yang berkaitan dengan tempat tinggal dan tempat saya dibesarkan iaitu di Kampung Baru di kolumnya yang terkenal iaitu DKL Menulis yang bertajuk Transformasikan Warisan Melayu Segera. Rencana ini ditulis pada 21 Februari 2010. Saya membaca artikel ini di dalam buku terbarunya iaitu Berani Tanpa Segan yang saya beli di kedai buku Kinokuniya semalam semasa sedang menunggu sesi temuduga di KLCC. 

      Sejujurnya saya menghormati beliau sebagai seorang penulis yang berkaliber. Dia dianggap sebagai public intellectual (cendekiawan awam) oleh kebanyakkan orang namun tulisannya dalam akhbar itu mengenai tempat tinggal saya memang saya langsung tidak menyetujuinya. Pandangannya terlalu berat sebelah dan langsung tidak mengambil kira pandangan orang Kampung Baru. Dia hanya bercakap berdasarkan apa yang kakitangan kerajaan, ahli politik dan wartawan akhbar beritahu kepada dirinya tetapi dia langsung tidak mahu mendengar sendiri apa pendapat penduduk Kampung Baru secara keseluruhannya. Jadi pada hemat saya lebih baik pendapat yang mengatakan dia seorang 'Cendekiawan Awam' itu dikaji semula.

MAZHAB SONGSANG


     Hadi meliarkan matanya memerhatikan manusia yang lalu lalang dihadapan restoran mamak itu. Matanya juga tidak ketinggalan memerhatikan kereta yang bersimpang siur membelah jalan raya untuk menuju ke destinasi masing masing. Dia memerhatikan jam yang terikat kemas di tanggannya. Jam menunjukkan pada pukul 1.15 tengah hari. Dia menyedut teh o ais yang dipesannya daripada mamak restoran itu sebentar tadi. Dia memerhatikan pinggan berwarna merah jambu dihadapannya itu. Kotoran mi goreng dan selonggok sayur sawi goring terhimpun cantik di dalam pinggan itu.
     Dia melepaskan sendawanya yang tinggi dan mengeluarkan bau mi goreng itu dengan wajah selamba tanpa rasa malu kepada pelanggan restoran yang memandang dirinya pada waktu itu. Dia hanya buat tidak tahu sahaja seolah olah mukanya telah ditempa dengan tembaga tebal yang mampu membuang rasa malu dalam dirinya.

Isnin, 7 April 2014

NIK AZIZ BARU SEDAR KESILAPANNYA SELAMA INI




     Apabila mendapat berita bahawa Nik Aziz mengalirkan air mata kerana gagal menjadi Menteri Besar Kelantan selama lebih 20 tahun beliau duduk di kerusi itu telah menimbulkan pelbagai polemik dalam politik Malaysia. Ada yang menyokong dan ada juga yang mengejek. Sebagai seorang penulis, saya tidak mahu menyebelahi mana mana pihak. Penulis perlu jadi non partisan.

     Dari satu segi saya memuji tindakan Nik Aziz itu yang sanggup meminta maaf kepada rakyat Kelantan atas kegagalannya selama ini. Bukan calang calang orang yang sanggup meminta maaf dan mengakui kesalahan sendiri. Tahniah saya ucapkan kepada Nik Aziz kerana sanggup mengakui kesilapannya selama ini.

Rabu, 2 April 2014

PADAH BILA HINA RAJA RAJA MELAYU

    Saya ingin menyorot tentang kes yang dihadapi oleh bekas Pengerusi Democratic Action Party (DAP) dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu YB Karpal Singh. Beliau telah didenda oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebanyak RM 4000 oleh kerana menghasut. 

     Menurut laman portal freemalaysiatoday.com, mahkamah mendapati beliau bersalah kerana menyoal tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana menyingkirkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 2009.

     Peguam terkenal itu didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dengan hukuman sebanyak tiga tahun penjara atau didenda RM5000 atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.

      Hukuman itu boleh menyebabkan Karpal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor jika dia gagal dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan itu atau mengurangkan denda di bawah RM2000. 

     Inilah akibatnya jika kita sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India yang menghina Raja Raja Melayu sesuka hati kita. Karpal perlu sedar, sebagai seorang yang bergelumang lama dalam bidang undang undang, beliau perlu tahu tentang kedudukan Raja Raja Melayu di Malaysia. Jika kita tidak berpuas hati dengan Raja Raja Melayu, gunakan saluran yang betul untuk menyampaikan pandangan dan kritikan bukannya dengan cara menghasut orang ramai supaya membenci Raja Raja Melayu.