Rabu, 30 April 2014

OBAMA : LAMBANG PENIPUAN BUKAN KEBAIKAN




      Geli saya melihat sambutan yang ditunjukkan kerajaan Malaysia dan seluruh rakyatnya terhadap kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara ini. Sambutan yang diterima oleh Presiden kulit hitam pertama negara Uncle Sam itu seolah olah Obama itu seorang ‘dewa’ padahal dia hanya seorang presiden dari sebuah kuasa besar dunia.

     Untuk apa kita membesar besarkan kedatangan ‘kuda tunggangan’ Yahudi laknatullah itu ke negara ini sehingga semua media utama memberikan liputan yang meluas terhadapnya? Apakah sumbangan paling besar yang dia berikan kepada negara kita? Apakah sumbangan besar yang dia berikan kepada dunia Islam? Langsung tidak ada! Oleh itu, apa untungnya kita membesar besarkan kedatangannya di negara ini?


      Bukan saya kata salah kita menyambut tetamu asing dengan baik ke negara kita tetapi tidak perlulah sampai mahu membesar besarkan kedatangannya seolah olah dia itu seorang ‘dewa’ yang baru turun dari langit. Kerajaan sepatutnya tidak boleh terpedaya dengan kilat dan kilau (meminjam kata dari Yahaya Ismail) Obama itu. Kedatangannya ke mari sudah pasti ada agenda tersendiri dan sudah pasti juga agenda itu agenda Yahudi.

      Saya akui saya telah melakukan kesalahan dengan meletakkan harapan yang tinggi kepada Obama sewaktu dia mula mula bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat itu. Saya merasakan bahawa apabila dia menjadi Presiden sudah pasti dasar luar Amerika terhadap dunia Islam akan berubah. Saya terlalu yakin bahawa dia tidak akan meneruskan dasar yang dibuat oleh Presiden terdahulu iaitu Bush laknatullah itu.

      Namun, sangkaan saya ternyata meleset sama sekali. Dasar luarnya langsung tidak berubah terhadap dunia Islam. Dia masih meneruskan dasar luar yang sama sehingga tumbangnya Muammar Gadaffi di Libya. Isu Palestin – Israel masih sama dan langsung tidak membawa anjakan paradigma sehingga sekarang. Dia masih lagi mengamalkan sikap pro Yahudi dan Israel.

      Setelah membaca begitu banyak buku yang memberi pendedahan terhadap negara Uncle Sam itu dan kebanyakkannya oleh rakyatnya sendiri barulah saya dapat membuat kesimpulan bahawa siapa pun yang duduk di kerusi Presiden itu ternyata tidak membawa apa apa makna kerana pelobi pelobi Yahudi masih berkuasa di sebalik pintu Oval Office itu.

      Jadi, pada hemat saya kita tidak perlu berasa bangga dengan kehadiran Obama yang datang ke Malaysia. Ingatlah, sebagai orang Islam kita harus sentiasa mencurigai kehadiran musuh musuh Islam ini. Sampai bila pun mereka tidak akan pernah suka dan redha dengan kita. Janganlah mudah percaya dengan kata kata bahawa dia suka dengan Islam kerana itu hanyalah satu sandiwara bodoh sahaja.
  
“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. (Surah Al Baqarah : ayat 120)

      Para pembaca perlu membaca buku buku yang mendedahkan kepincangan dan kajahatan yang dilakukan oleh para pengikut Dajjal ini supaya anda semua tidak mudah percaya dengan sandiwara yang mereka lakukan. Antara penulis yang boleh saya paparkan di sini adalah Ibnuyaakob, Sabaruddin Hussein, Jerry D. Gray dan ramai lagi. Bacalah buku buku mereka untuk menambah pengetahuan kita akan kejahatan yang mereka telah lakukan selama ini. Saya yakin anda pasti tidak akan merasa bosan untuk membaca buku buku ini. Buku buku ini boleh didapati di kedai kedai buku seperti MPH dan Pustaka Mukmin (Jalan Tunku Abdul Rahman)

      Amerika Syarikat, Israel dan kuncu kuncunya akan sentiasa mencari jalan bagaimana mahu menumbangkan Islam dari dalam. Mereka akan berusaha untuk menjahanamkan Islam agar Islam ini boleh musnah dalam sekelip mata. Mereka tidak akan pernah berhenti untuk mencucuk ‘jarum jarum’ mereka agar umat Islam akan terus berpecah belah dan Islam itu sendiri akan hancur.

      Obama baru sahaja datang ke mari dan tiba tiba sahaja dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang saya sifatkan sebagai suka jaga tepi kain orang. Dia mengatakan “Malaysia tidak akan menjadi negara maju sekiranya masih mendiskriminasi golongan bukan Islam dan minoriti.” Inilah sifat pemimpin Negara ‘Polis Dunia’. Suka benar masuk campur dalam negara orang lain dan membuat kenyataan tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

      Saya mahu bertanya, di mana diskriminasi yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap orang bukan Islam dan minoriti? Saya petik tulisan Datuk A. Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara) dalam blognya The Scribe :

Siapakah yang ditindas dan berasa tertekan? Siapa yang membuka kotak pandora dengan menuntut agar mereka juga dibenarkan mengguna kalimah Allah?

Apakah kaum minoriti dan orang bukan Islam di negara ini ditindas, tidak dibenarkan beribadat dan hidup papa kedana?

Apa ceritanya dengan gereja yang berpuluh di Brickfields, Jalan Gasing dan Sentul? Apa halnya dengan kuil Hindu di merata simpang jalan, bawah pokok besar dan gua itu? Apa ceritanya kuil Buddha dan wat Siam, Gundwara Sikh dan tokong Cina di merata pelosok tanah air? Dan siapa yang menguasai ekonomi?

      Inilah yang membuktikan ketololan dan kebodohan insan yang bernama Barack Obama ini. Kita semua menyangkakan bahawa orang orang Barat adalah orang oranng yang bijak pandai namun hakikatnya tidak begitu. Mereka hanya pandai berkata kata untuk melindungi diri mereka dan ‘kaum kerabat’ mereka namun apabila kena pada orang Islam mereka akan bersuara dengan mengeluarkan hujah hujah dangkal.

      Mereka hanya nampak diskriminasi yang kita lakukan terhadap orang bukan Islam dan golongan minoriti di Malaysia tetapi adakah mereka nampak diskriminasi yang mereka lakukan terhadap umat Islam di Amerika Syarikat? Adakah mereka nampak diskriminasi yang mereka lakukan terhadap golongan Red Indian di negara mereka?

    Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam agar jangan sesekali terpedaya dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Obama ini. Saya tegaskan sekali lagi bahawa itu hanyalah sandiwara semata mata!
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.