Hadi meliarkan matanya memerhatikan
manusia yang lalu lalang dihadapan restoran mamak itu. Matanya juga tidak
ketinggalan memerhatikan kereta yang bersimpang siur membelah jalan raya untuk
menuju ke destinasi masing masing. Dia memerhatikan jam yang terikat kemas di
tanggannya. Jam menunjukkan pada pukul 1.15 tengah hari. Dia menyedut teh o ais
yang dipesannya daripada mamak restoran itu sebentar tadi. Dia memerhatikan
pinggan berwarna merah jambu dihadapannya itu. Kotoran mi goreng dan selonggok
sayur sawi goring terhimpun cantik di dalam pinggan itu.
Dia melepaskan sendawanya yang tinggi dan
mengeluarkan bau mi goreng itu dengan wajah selamba tanpa rasa malu kepada
pelanggan restoran yang memandang dirinya pada waktu itu. Dia hanya buat tidak
tahu sahaja seolah olah mukanya telah ditempa dengan tembaga tebal yang mampu
membuang rasa malu dalam dirinya.
Tiba tiba matanya tertancap kepada seorang
lelaki yang memakai serban dan berjubah putih sedang memasuki restoran itu.
Lelaki itu juga mempunyai jambang seperti Ustaz Azhar Idrus – seorang
penceramah terkenal dari negeri Terengganu yang semakin hilang popularitinya
akibat gossip yang melanda perkahwinannya tidak lama dahulu.
Lelaki berjubah itu sedang tertinjau
tinjau untuk mencari tempat duduk yang kosong di dalam restoran itu. Maklum
sahajalah, pada waktu tengah hari begini memang sukar untuk mencari tempat
duduk yang kosong memandangkan ramai orang menjamu selera untuk mengisi perut
yang kosong pada waktu tengah hari itu.
Melihat lelaki yang sedang tercari cari
itu telah menimbulkan rasa kasihan dan simpati di dalam hati Hadi. Entah apa
sebabnya dia tidak tahu.
“Abang!” Panggil Hadi kepada lelaki
berjubah itu dan lelaki berjubah itu seraya memandang ke arah Hadi.
“Kat sini ada tempat kosong. Marilah.”
Ujar Hadi dengan suara yang agak kuat. Beberapa pelanggan yang berada di dalam
restoran itu sekadar memandang sahaja pelakuan Hadi.
Lelaki berjubah itu terus mendapatkan Hadi
sambil mengukir sebuah senyuman. Mungkin dia gembira kerana ada juga orang yang
baik yang mahu berkongsi tempat duduk bersama dirinya.
“Silalah duduk. Tempat ni tak ada orang.”
Kata Hadi kepada lelaki itu.
“Terima kasih sebab adik sudi berkongsi
tempat duduk dengan saya. Adik memang baik. Hanya Allah yang dapat membalas
budi baik adik.” Ujar lelaki berjubah itu.
Hadi kemudian memanggil mamak yang berdiri
tidak jauh dari meja mereka berdua supaya mengambil pesanan lelaki berjubah
itu. Setelah mengambil pesanan, lelaki berjubah itu lantas bertanya kepada
Hadi.
“Siapa nama adik?”
“Hadi. Hadi bin Muslim.” Jawab Hadi
ringkas.
“Sedap nama tu. Adik tinggal kat mana?” Soal
lelaki berjubah itu.
“Yang abang asyik bertanya nama saya,
abang tu siapa nama?” Sergah Hadi. Hadi merupakan seorang lelaki yang kasar dan
agak brutal. Wajahnya yang agak bengis itu menyebabkan ramai orang tidak
mahu berkawan dengannya.
“Nama abang Abdullah. Abdullah bin
Sobri.” Jawab lelaki berjubah itu. Hadi sekadar mengangguk tanda faham apa yang
disampaikan oleh Abdullah itu.
“Adik kerja kat mana?” Soal Abdullah
ketika Milo Ais yang dipesannya sebentar tadi diletakkan oleh mamak itu di atas
meja.
“Saya kerja bawa teksi. Tu teksi saya.” Jawab
Hadi sambil menunjukkan ke arah teksinya yang berwarna merah itu.
“Oh, muda muda lagi dah bawa teksi. Berani
betul adik bekerja sendiri. Biasanya orang macam adik ni cari makan dekat pejabat
dulu. Bila dah masuk 50 baru bawa teksi.” Ujar Abdullah.
“Nak buat macam mana bang. Sekolah sampai
tingkatan tiga saja. Mana ada orang nak terima sijil PMR yang banyak gagal tu.”
Jawab Hadi tanpa rasa malu.
“Kenapa sekolah sampai tingkatan tiga
saja?”
“Malaslah saya nak sekolah. Menyusahkan!
Asyik kena hadap buku dan kena buat kerja sekolah yang berlambak lambak tu.
Lebih baik saya kerja. Dapat duit.”
“Mana boleh macam tu. Pelajaran tu penting
dalam hidu…”
“Abang tak payah nak ceramah dekat saya!
abang nak makan, makan! Tak payah nak bagi khutbah Isnin pula sekarang ni.”
Hadi lantas memotong kata kata Abdullah. Dia sudah jelak dan jemu mendengar
nasihat. Cukup cukuplah nasihat yang telah dilemparkan oleh ibu dan bapanya
dahulu. Nasihat itu bagai batu berapi yang menikam telinganya.
“Abang minta maaf kalau abang dah ganggu
urusan hidup adik.” Kata Abdullah sambil menjamah mihun goreng yang telah
sampai seketika tadi.
Azan Zohor berkumandang dengan kuat memandangkan
terdapat sebuah masjid yang agak besar terletak berhampiran dengan restoran
itu. Beberapa orang pelanggan yang telah selesai makan dan membuat pembayaran lantas
bergegas ke masjid itu untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Hanya
beberapa orang sahaja yang masih tinggal di dalam restoran itu termasuk Hadi
dan Abdullah.
“Kamu tak pergi solat Zohor ke?” Soal
Abdullah.
“Nanti dululah. Zohor habis lambat lagi.
Banyak lagi masa.” Ujar Hadi.
“Betul tu tapi kalau kamu niat sahaja pun
kamu dah dapat pahala. Dalam Islam niat itu sudah dikira baik. Kita tak perlu
sembahyang pun tak apa. Cukup sekadar kita niat sahaja.” Ujar Abdullah.
Hadi yang mendengar kata kata Abdullah
itu begitu terkejut dan tergamam. Belum pernah lagi dia mendengar kita hanya
boleh bersembahyang dengan cara niat sahaja. Inilah kali pertama.
“Betul ke bang? Saya tak pernah dengar pun
sebelum ni.” Soal Hadi yang agak ragu ragu.
“Itulah masalah kamu. Kamu tak mendalami
dan memahami Islam secara terperinci. Cuba kalau kamu belajar pasal
Mazhab Syiah. Kamu pasti akan jumpa dengan ilmu ilmu macam tu. Islam ini satu
agama yang memudahkan. Bukan
menyusahkan. Kita saja yang menyusahkan diri kita dengan sembahyang macam tu.
Padahal Islam sudah memberi jalan mudah pada kita untuk kita beribadat.” Jawab
Abdullah.
Hadi yang mendengar kata kata Abdullah
itu mula terpengaruh dan percaya memandangkan iman di dadanya hanya senipis
kulit bawang. Tambahan pula ilmu agamanya tidaklah sebanyak mana. Inilah akibatnya
apabila kita tidak mahu ke sekolah. Kita mudah ditipu oleh orang lain.
“Saya tak tahu pula kalau sembahyang kita
boleh niat saja. Ini kali pertama saya dengar. Tapi betul juga kata abang.
Islam itu memudahkan. Bukan menyusahkan.” Jawab Hadi.
“Sebab tu kamu kena banyak belajar. Mari
masuk Syiah. Mazhab yang kamu percaya itu iaitu Mazhab Ali Sunnah Wal Jamaah
itu kafir. Sebab itu dia selindungkan ilmu macam ni dari kamu. Mereka sengaja
sembunyikan ilmu macam ni sebab nak menyusahkan kamu dan nak beri tanggapan
negatif kamu terhadap Islam.”
“Saya dengar Syiah tu satu mazhab yang
sesat lagi menyesatkan.”
“Siapa kata Syiah sesat. Hanya orang bodoh
saja kata Syiah ni sesat. Syiah tak sesat. Kami sama sahaja dengan mazhab
mazhab yang lain. Kami sama dengan Mazhab Shafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Hambali
dan Mazhab Maliki. Cuma ada beberapa perbezaan sahaja.”
Hadi sudah mula terpengaruh. Imannya yang
senipis kulit bawang itu tidak mampu membentengi dirinya dari terjeblos ke
lembah kesesatan. “Boleh abang ajar saya tentang Syiah. Saya nak tukar pegangan
saya. saya nak masuk Syiah.”
“Boleh saja. Mari ikut abang. Kita jumpa
guru abang. Dia boleh ajar kamu serba serbi pasal Syiah.” Kata Abdullah.
Mulai
hari itu, Hadi sudah mula menjalani kehidupannya sebagai seorang yang bermazhab
Syiah. Dia sudah mula menyambut Hari Asyura. Satu hari yang disambut oleh
pengikut Syiah sempena memperingati kematian Saidina Hussein di Karbala. Mereka
menyambut perayaan itu dengan cara memukul badan mereka dengan menggunakan
objek objek tajam. Ini kerana mereka berasa bersalah kerana gagal
mempertahankan Saidina Hussein itu yang dikatakan telah dibunuh oleh Yazid,
anak Muawiyah di bumi Karbala
itu. .
Bukan itu sahaja, Hadi juga sudah mula membawa
batu untuk bersolat secara berjemaah di masjid. Batu itu dianggap suci kerana
datang dari bumi Karbala .
Itu untung sahaja dia sembahyang. Kadang kala dia hanya niat sahaja untuk
memudahkan dirinya. Dia juga mencela para sahabat di dalam setiap solatnya!
Suatu petang ketika Hadi sedang memandu
teksinya untuk mencari pelanggan dia ternampak seorang lelaki tua yang menahan
teksinya. Dia begitu seronok kerana ada pelanggan yang sudi menaiki teksinya.
Entah mengapa sejak belakangan ini pendapatannya sering saja berkurangan. Jika
ada orang menahan teksi, dapatlah dia seringgit dua.
Dia memerhatikan wajah tua yang menahan
teksinya itu. Serasa dia kenal dengan wajah itu. Tiba tiba dia teringat bahawa
itu adalah Pak Chamil. Bekas imam di kampungnya suatu ketika dahulu.
“Boleh hantar pakcik ke Jalan Hamzah?”
Soal orang tua itu.
“Boleh.” Jawab Hadi ringkas dan orang tua
itu masuk ke dalam teksinya.
“Ini Pak Chamil kan ? Imam di Kampung Beruas?” Soal Hadi
meminta kepastian.
“Ya. Anak ni siapa?” Soal Pak Chamil.
“Saya Hadi. Anak Pak Raiyani yang pernah
duduk sebelah rumah Pak Chamil dulu.” Jawab Hadi.
‘ “Oh,
Hadi rupanya! Maaflah, Pak Chamil tak ingat. Maklum sajalah, sudah tua tua
begini ingatan pun sudah lemah. Tak sangka kamu dah besar sekarang.” Kata Pak
Chamil.
“Pak Chamil apa khabar? Sihat? Anak anak
sihat?”
“Alhamdulillah, Pak Chamil sihat.
Diaorang semua sihat. Tak sangka Pak Chamil boleh jumpa kamu lagi. Sejak kamu
pindah, sudah lama kita tak jumpa.”
“Pak
Chamil nak berhenti kata mana ni?” Soal Hadi.
“Turunkan Pak Chamil kata masjid depan
tu. Pak Chamil nak solat Asar dulu. Lepas tu baru balik rumah.”
“Pak Chamil, kalau saya tanya satu soalan
boleh tak?”
“Apa dia? Tanyalah.”
“Pak Chamil tak rasa ke solat ni
membebankan?”
Tersentak Pak Chamil mendengar kata kata
yang keluar dari mulut Hadi itu. Dia tidak menyangka anak arwah Pak Raiyani
yang baik itu boleh bertanya satu soalan yang bukan sahaja pelik bin aneh
malahan tidak patut sama sekali ditanya oleh orang Islam.
“Kenapa kamu tanya macam tu?” Soal Pak
Chamil yang masih terkejut.
“Islam itu agama yang mudah Pak Chamil.
Kenapa kita mesti menyusahkan diri kita dengan perkara yang sukar. Macam saya,
saya hanya niat sahaja kalau nak solat. Kata guru saya kalau kita niat sahaja,
kita sudah melakukan solat. Lihatlah kehebatan dan keindahan Islam cuma orang
Islam sendiri tidak nampak perkara ni sebab mereka tak nak belajar. Tak nak
mendalami ilmu agama sampai habis.”
“Pak Chamil nak tanya satu soalan boleh
tak?”
“Apa dia? Tanyalah.”
“Kamu mazhab apa?”
“Syiah!”
Mahu melompat jantung Pak Chamil
mendengar satu patah perkataan yang keluar dari mulut Hadi itu kerana terkejut.
Jelaslah bahawa anak muda yang berada di sebelahnya ini sudah tersesat dan
terpesong. Anak muda ini sudah menjadi mangsa jarum jarum Syiah yang halus itu.
Jarum jarum yang rosak lagi merosakkan.
Apabila sampai sahaja dihadapan sebuah
masjid, Pak Chamil membayar harga tambang teksi itu. Sebelum keluar dia memberi
nasihat kepada Hadi.
“Hadi, Pak Chamil nasihatkan supaya kamu
pergi belajar semula ajaran Islam yang sebenarnya. Belajar dengan ulama’ yang
muktabar. Fahami Islam itu semula. Jangan buat Islam ini seperti kamu yang
punya. Fahaman dan akidah kamu sudah sesat. Pak Chamil doakan agar kamu kembali
ke pangkal jalan.”
Dan Hadi
terpinga pinga mendengar kata kata Pak Chamil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.