Sebenarnya ada banyak isu lain yang hendak
saya ulas namun apabila melihat rancangan Raja Spontan Era yang disiarkan selama
dua puluh empat jam semata mata untuk memecahkan rekod dalam Malaysia Book
of Record telah menggerakkan pena saya untuk menulis berkenaan perkara ini.
Tujuan saya menulis ini bukanlah kerana saya cemburu kerana tidak dapat pergi
ke Bukit Jalil
sebaliknya saya merasakan rancangan itu merupakan satu hiburan yang agak
melampau.
Bayangkan, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu
disogokkan dengan hiburan dan gelak ketawa yang melampau selama satu hari.
Alangkah tidak bagusnya perkara itu. Tidak salah untuk kita berhibur namun
hiburan itu mesti ada batasnya. Bukan sepanjang masa kita boleh berhibur. Saya
teringat kata kata guru Matematik saya ketika saya di tingkatan tiga, ‘ada masa
kita boleh ketawa dan bergurau senda dan ada masa kita kena serius.’
Namun begitu, pihak Astro selalu benar
membuat rancangan rancangan yang sering membuat orang kita ketawa. Tidak
cukupkah rancangan rancangan hiburan yang sudah ‘melambak’ di televisyen itu?
Mengapa mesti ditambah lagi? Benarlah kata seorang ustaz, dunia akhir zaman memang
penuh dengan keseronokkan. Orang lebih suka menyanjung artis dari menyanjung
ulamak. Artis sering dipuja namun ulamak dicerca.
Ingatlah saudara saudara sekalian,
hiburan adalah satu senjata utama orang Yahudi untuk melemahkan orang Islam.
Ini adalah agenda orang Yahudi untuk melalaikan orang Islam dari mengingati
Allah, Rasulullah dan menuntut ilmu. Sebab itulah umat Islam hari ini lemah.
Mengapa? Kerana mereka lebih suka berhibur dan bergelak ketawa dari mengingati
Allah, Rasulullah dan menuntut ilmu.
Apabila orang Islam terlalu banyak
berhibur, mereka akan kurang menuntut ilmu. Masa mereka lebih banyak dihabiskan
dihadapan televisyen atau di Bukit Jalil. Mereka lebih suka meramaikan stadium
Nasional Bukit Jalil itu dari pergi menunaikan solat berjemaah secara beramai
ramai di masjid. Cuba
kita lihat mengapa masjid kita semakin kurang dikunjungi orang pada waktu
solat? Antara salah satu sebab musababnya adalah mereka khayal dengan program
program hiburan yang ada di televisyen.
Umat Islam hari ini tidak banyak menguasai
ilmu ilmu yang boleh membawa kepada kemajuan umat Islam itu sendiri. Bayangkan,
senjata nuklear untuk mempertahankan diri kita daripada diserang oleh musuh
musuh negara pun kita masih tidak mampu untuk buat lagi. Mengapa? Kerana tidak
ramai umat Islam hari ini terutama orang Melayu yang mahu pergi menuntut ilmu
tersebut. Kita terlalu alpa dan leka dengan program program hiburan yang ada di
negara kita.
Saya mahu bertanya, apakah kebaikan yang
timbul dengan adanya program seperti ini? Apakah objektif yang baik yang boleh
kita pelajari dari program program seperti ini? Tidak ada! Yang ada hanyalah
gelak ketawa satu hari suntuk. Jadi
pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pihak Astro
sendiri perlu mengkaji secara terperinci tentang program hiburan yang ada di
negara ini.
Ingatlah, jika terlalu banyak program
program hiburan seperti ini umat Islam akan mudah leka dan alpa. Banyak isu isu
penting yang ada di negara ini tidak diketahui atau tidak diambil peduli oleh
kebanyakkan rakyat Melaysia. Mengapa? Kerana salah satu sebabnya terlalu banyak
program hiburan yang karut marut di negara kita.
Bukan saya mahu menafikan tentang program
keagamaan yang ditayangkan oleh pihak Astro seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan
dan Pencetus Ummah namun jika kita teliti betul betul, program program hiburan
lebih banyak dari program program keagamaan. Nisbah yang muncul memang betul
betul berat sebelah umpama 1 : 10.
Saya tidak kata salah untuk kita
berhibur. Berhibur bukanlah satu kesalahan. Rasulullah sendiri pun berhibur
kerana itu adalah naluri manusia namun yang saya tentang adalah hiburan yang
melampau dan keterlaluan. Tidak baik sebenarnya hiburan yang terlalu banyak
ini.
Oleh itu, pihak Astro dan Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diterajui oleh Datuk Shabery Cheek
perlu membuat kajian secara terperinci berkenaan program program hiburan yang
ada di negara ini dan kesannya terhadap masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.