Sumber : Google |
Maksud golongan oportunis itu adalah
golongan yang suka mengambil kesempatan. Dalam konteks universiti atau
kemahasiswaan, golongan oportunis adalah golongan yang malas untuk menyiapkan
kerja dalam sesebuah tugasan berkumpulan tetapi mendapat markah yang sama
banyak dengan ahli kumpulannya yang bertungkus lumus menyiapkan kerja itu.
Golongan ini hanya menumpang nama dan tuah kumpulan sahaja tetapi langsung
tidak berusaha untuk membantu ahli kumpulan dalam menyiapkan sesebuah kerja.
Golongan oportunis ini memang banyak
di universiti. Setiap semester (bukan setiap tahun!) golongan ini akan muncul
di segenap ceruk rantau negara ini dan menghadirkan diri mereka untuk sama sama
belajar di universiti. Namun, sikap dan nilai kemahasiswaan itu tidak ada dalam
diri mereka. Sikap malas dan suka mengambil kesempatan yang mereka bawa dari
rumah itu mereka bawa juga ke universiti.
Golongan ini sebenarnya memang
membawa malang kepada ahli kumpulan, universiti, dan negara. Mereka acapkali menyusahkan
ahli kumpulan dengan cara mereka tidak menyiapkan kerja yang diberi. Kerana
sikap mereka itu, kerja kerja kumpulan itu tidak dapat disiapkan dengan
sempurna Akibatnya, ahli kumpulan merekalah yang perlu menyiapkan semua kerja mereka.
Mereka hanya sekadar goyang kaki dan hidup dalam dunia oportunis mereka tadi.
Apabila ahli kumpulan mereka mendapat markah yang baik daripada pensyarah,
mereka turut mendapat markah yang sama. Mereka ini adalah golongan yang tidak
tahu malu!
Golongan ini adalah golongan parasit
kerana mereka inilah nanti yang akan menjadi penjenayah kolar biru. Mereka
inilah nanti yang akan melakukan rasuah, pecah amanah, menipu dan sebagainya
apabila mereka sudah masuk kea lam kerja nanti. Golongan seperti mereka ini
sanggup membuat apa sahaja asalkan diri mereka senang dan lepas dengan sesuatu
perkara.
Sepatutnya, sikap oportunis ini tidak
boleh ada dalam diri mahasiswa kita. Segala tugasan yang pensyarah beri itu
adalah markah bagi membantu kita untuk lulus dengan cemerlang dalam sesuatu
subjek. Tugasan juga diberikan kepada kita sebagai persediaan untuk menghadapi
cabaran kerja yang banyak pada masa akan datang. Jika tugasan yang diberikan
oleh pensyarah pun kita tidak mampu buat, bagaimana pula kita mampu buat tugasan
yang diberi oleh majikan kita?
Sebab itu kita tidak boleh pandang
remeh kepada tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Jika tugasan itu tugasan
berkumpulan, kita mesti sama sama siapkan dengan ahli kumpulan kita kerana ia
bukan sahaja melibatkan markah kita, malah markah ahli kumpulan kita juga. Jika
kita tidak beri kerjasama, maka kualiti kerja kita akan menurun lalu markah
ahli kumpulan kita akan terjejas. Tidak ada rasa bersalahkah kita menyusahkan
rakan rakan kita kerana sikap oportunis kita itu?
Maka, sudah sampai masanya kita
berubah. Buangkan segera sikap oportunis kita itu dan sama sama membantu
menyiapkan tugasan berkumpulan yang diberi oleh pensyarah kita. Jika benar kita
mahu terus jadi oportunis, segera isytiharkan diri supaya senang pensyarah
gagalkan kita. Jangan aniaya orang lain kerana sikap oportunis kita.
memang...biasanya dipanggil free rider...orang lain sibuk buat tugasan dia tahu siap ja =(
BalasPadam