Ahad, 31 Julai 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 21



          Setelah ditangguhkan beberapa kali, akhirnya perhimpunan aman seksualiti merdeka yang mengiktiraf golongan LGBT yang dianjurkan oleh sebuah NGO bernama CUCI berjaya diadakan di Dataran Merdeka. Norin yang menjadi pengarah kepada perhimpunan itu berasa sangat bangga kerana begitu ramai rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan agama (termasuk yang beragama Islam) telah hadir ke program itu untuk memberi sokongan.

          Kehadiran begitu ramai peserta ke perhimpunan aman itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih terbuka, liberal, dan bebas. Mereka juga mahu memastikan hak setiap manusia diiktiraf seperti hak untuk menukar agama sesuka hati dan hak untuk mengamalkan seks bebas serta pelik. Bagi mereka, itulah tanda kemajuan sebenarnya. Jika Malaysia menghalang itu semua, Malaysia akan terus menjadi negara yang tertutup pada perubahan. Jadi proses pemodenan, pembangunan, dan kemajuan Malaysia akan terus terlungkup sampai bila bila.

          Peserta yang datang ke perhimpunan itu bukan sahaja dari golongan lesbian, gay, transgender, dan biseksual sahaja, malah peserta peserta yang bukan dalam golongan itu pun turut hadir juga untuk memberi sokongan. Pihak polis menganggarkan seramai lebih 500 000 orang telah menyertai perhimpunan itu. Mereka berhimpun secara aman dengan berjalan dan duduk di sekitar Dataran Mereka di samping membawa sepanduk yang jelas menyokong kebebasan seksual dan kebebasan beragama dalam kalangan rakyat Malaysia.   


          Walaupun secara majoritinya ramai rakyat Malaysia yang membantah perhimpunan itu atas pelbagai alasan dan hujah hujah yang konkrit, namun kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan mahu menunjukkan sikap besar kepala mereka, maka perhimpunan itu tetap berlangsung dengan jayanya. Penganjur dan peserta perhimpunan membalas hujah hujah golongan yang menentang perhimpunan tadi dengan pelbagai hujah dangkal semata mata untuk menghalalkan perbuatan songsang mereka itu.

          “Tahniah Norin di atas kejayaan kamu menganjurkan perhimpunan ni. I bangga sangat dengan you. Ramai betul orang yang datang hari ni.” Ucap Mona selaku Pengerusi CUCI.

          “Sama sama Mona. I sangat hargai pujian you tu. Kita dah buktikan kepada kerajaan yang kita punya program ni akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ini menandakan bahawa rakyat Malaysia memang mahukan seksualiti merdeka itu. Mereka mahukan golongan LGBT di negara ini diiktiraf. Kita akan mengumpulkan tandatangan kemudian kita akan menghantar petisyen kepada Perdana Menteri supaya membenarkan seksualiti merdeka dan mengiktiraf golongan lesbian, gay, transgender, dan biseksual di negara ini.” Jawab Norin.

          “I harap sangat yang usaha kita ni tak sia sia. I harap sangat yang kita bebas untuk mengamalkan orientasi seks kita secara bebas tanpa rasa takut kepada sesiapa pun. Kita harus mengiktiraf seks bebas kerana seks adalah sesuatu yang menyeronokkan! Kita tak boleh halang remaja remaja kita daripada berkhalwat. Kita tak boleh halang remaja remaja kita untuk mengamalkan seks bebas kerana jika mereka tidak mengamalkan seks bebas, mereka tidak boleh berfikir macam mana remaja remaja Barat fikir. Oleh itu, kita takkan jadi maju macam Amerika dan Eropah. Mereka maju kerana seks bebas tidak terhalang di negara mereka. Kita juga tak boleh tutup rumah pelacuran atau rumah urut sebab ramai orang bekerja di tempat itu. Kita tak boleh tabur pasir pada periuk nasi orang.” Kata Mona. 

          “I setuju sangat pendapat you tu Mona. Macam golongan LGBT tu, mereka juga adalah manusia cuma selera seks mereka sahaja lain. Mereka tetap bekerja macam kita dan ramainya golongan professional dari negara ini, terdiri daripada golongan LGBT. Jika kita menghalang nafsu seks golongan golongan professional yang LGBT ini, maka idea idea bernas untuk tujuan pembangunan negara akan hilang begitu sahaja kerana kita telah menyisihkan mereka dari kehidupan kita sebagai manusia biasa.” Ujar Norin dengan penuh bersemangat.

          “I suka dengan semangat yang ada pada you Norin. Semangat yang macam ni la yang kita mahukan. Eh, berborak pula kita kat sini. Mari kita join mereka jalan jalan sama. Kita meraikan rakan rakan kita yang LGBT tu. Cuba you tengok pasangan gay yang memakai baju pink dan sedang berpegangan tangan tu. Ya Allah...sweetnya diaorang tu. Comel betul couple tu. I dengan suami I pun tak macam tu. hihihi.” Kata Mona dengan penuh keterujaan.

          “Kan Mona? Diaorang sweet sangat. Pasangan lesbian yang tengah berpeluk kat sana tu pun sweet juga. Suka I tengok. Jom kita jumpa dan kenal kenal dengan diaorang.” Norin mengajak.

          “Jom.”

......................................................................................................................

          Siang yang panas membahang telah melabuhkan tirainya dan digantikan pula dengan malam yang hening. Bunyi cengkerik dan katak bersahut-sahutan di mana mana menambahkan lagi suasana hening tetapi tidak sunyi pada malam itu. Malam yang telah melepaskan layarnya itu begitu asing dan pelik sekali pada pandangan Hafizah. Dia merasakan bahawa malam yang dilaluinya kini begitu berbeza daripada malam malam lain yang biasa dia tempuhi. Rasanya, inilah kali pertama dia merasai malam yang sedikit ‘pelik’ itu. Malam yang dihiasi keheningan yang satu macam. 

          Malam itu Hafizah berjaya menanda semua kertas peperiksaan akhir tahun pelajar pelajarnya. Perasaanya begitu lega sekali kerana kerjanya dapat dibereskan. Hanya ada beberapa perkara sahaja lagi yang perlu dia lakukan sebelum pelajar pelajarnya menempuhi cuti akhir tahun yang akan menjelang tidak lama lagi seperti urusan merekodkan markah dan urusan urusan yang lain. Setelah mengemaskan barang barang yang terdapat di atas meja kerjanya dan menyimpan di tempat yang sepatutnya, Maimunah lantas masuk ke bilik untuk tidur memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul dua belas tengah malam.

          Memandangkan matanya telah diserang dengan rasa mengantuk yang amat sangat kerana telah seharian bekerja, maka dia pun terus tertidur sebaik sahaja kepalanya mencecah bantal.

          Sekitar pukul dua pagi itu, Hafizah telah tersedar apabila dia mendengar sesuatu di bahagian dapur. Kedengaran seperti bunyi besi yang diketuk orang dan bunyi pinggan yang jatuh. Hatinya sudah mula diserang perasaan takut yang amat sangat. Bermacam soalan yang bermain di mindanya saat itu. Dia sangat berharap yang bunyi bunyi yang didengarinya tadi adalah bunyi bunyi yang datang dari rumah sebelah, bukan dari rumahnya.

          Tiba tiba dia terdengar suara orang berbisik tetapi dia tidak tahu butir bicara bisikan itu. Hatinya terus dilanda resah, takut, dan gelisah. Bermacam gambaran buruk yang bermain di mindanya saat itu. Hatinya terus diserang dengan pelbagai soalan yang dia sendiri tidak punya jawapan.

          Tidak semena-mena, dia melihat dua susuk lembaga hitam sedang berdiri di pintu biliknya yang terbuka luas itu. Dua lembaga itu sekadar berdiri sahaja di muka pintu itu sambil memandang tepat ke arah dirinya. Memandangkan keadaan pada masa itu gelap dan hanya diterangi oleh cahaya bulan yang masuk melalui tingkap bilik, dia tidak dapat melihat wajah kedua-dua lembaga itu. Dia tidak tahu sama ada lembaga itu manusia atau hantu kerana mereka tidak berwajah!

          Tanpa disangka-sangka oleh Hafizah, kedua dua lembaga itu meluru ke arahnya. Mereka naik ke atas katil tempat tidurnya lalu memaksanya bangun. Dia mahu menjerit tetapi salah satu daripada lembaga itu telah menutup mulutnya dengan kain menyebabkan suaranya sekadar tersekat di kerongkong. Dia begitu takut sekali pada waktu itu. Tiada siapa yang boleh membantunya saat itu kecuali Allah Taala sahaja. Tahulah dia yang masuk ke rumahnya waktu itu bukan hantu tetapi perompak!    

          “Baik kau diam sebelum aku bunuh kau. Kau nampak pisau ni? Sebelum pisau ni terbenam dalam leher kau, baik kau diam!” Kata perompak yang berada di belakang Hafizah. Perompak itu mengacukan sebilah pisau yang tajam berkilat (pisau dapur mungkin) ke leher Hafizah. Hafizah sangat takut pada waktu itu. Air matanya mengalir deras. Nyawanya sekarang di hujung tanduk.

          “Hoi perempuan! Sekarang baik kau cakap kat aku, mana kau letak duit dan barang barang kemas kau? Cakap cepat! Sebelum aku siat siat kulit kau dengan pisau tu. Cakap cepat!” Kata perompak yang sedang duduk mencangkung di hadapannya. Perompak yang berada di belakangnya tadi telah membuka tekapan kain yang menutup mulut Hafizah tetapi tidak mengalihkan pisau yang tajam berkilat itu dari lehernya. Kedua dua perompak itu mahu tahu di mana Hafizah menyimpan wang dan barang kemasnya. Hafizah tidak dapat melihat wajah kedua dua perompak itu kerana mereka memakai topeng berwarna hitam. Hanya mata mereka sahaja yang kelihatan.

          “Aaa...aaa...ada, aaa...ada, ada kat dalam beg aku. Duit ada kat dalam beg tangan aku. Bbb...barang kemas ada kat dalam almari tu.” Hafizah memberitahu dalam keadaan tergagap gagap kerana terlalu takut. Jantungnya mahu sahaja melompat keluar pada waktu itu kerana terlalu gusar. Dia tidak tahu apakah yang harus dia lakukan pada waktu itu. Mahu menjerit, sudah pasti nyawanya akan melayang.

          Hafizah hanya melihat sahaja perompak yang berada di hadapannya tadi menggeledah almari bajunya yang ada menyimpan barang barang kemas miliknya. Barang barang kemas itu tidaklah banyak sangat. Hanya ada sebentuk cincin, seutas rantai leher, dan seutas gelas yang halus. Namun, dia sangat yakin, yang perompak itu akan mengambil kesemuanya. Mereka tidak peduli sama ada barang kemas itu sedikit atau banyak, besar atau kecil, janji mereka boleh jual untuk mendapatkan wang ringgit walaupun dengan cara yang tidak halal sebegitu.   

          Setelah mendapatkan barang barang kemas miliknya yang berada di dalam almari itu, perompak itu terus menggeledah pula beg tangannya untuk mencari dompet. Setelah menjumpai dompet tersebut, perompak itu membukanya dengan rakus. Berbekalkan lampu suluh kecil, segala wang yang berjumlah RM500 milik Hafizah itu berjaya dikeluarkan oleh perompak tersebut. Habis segala kad pengenalan dan kad kad bank bertaburan di atas lantai namun langsung tidak diendahkan oleh perompak tersebut malah dia sangat gembira kerana memperoleh ‘rezeki’ yang banyak pada malam itu.

          “Kaya kita malam ni Man...dah la ada barang kemas, duit pun banyak ni. Ada RM500! Makan besar kita malam ni Man. Hahahaha.” Kata perompak itu sambil ketawa. Rakannya yang sedang mengawasi Hafizah dari belakang sedari tadi turut ketawa terbahak bahak kerana gembira.

          “Baik betul la perempuan ni. Semua benda dia bagi kat kita. Terima kasihlah sebab ‘sedekah’ kat kami berdua kau punya barang kemas dan duit duit ni semua. Hihihi.” Kata perompak itu lagi.

          “Dah la tu Cap. Jom la kita balik. Lama lama kat sini kang susah pula. Silap silap hari bulan kita kena cekup nanti.” Kata perompak yang berada di belakang Hafizah itu.

          “Sabar dulu...rileks dulu...kita rompak ni perempuan Man. Sorang pula tu. Takkan nak tengok je. Hehehe.” Kata perompak yang menggeledah almari dan beg tangan Hafizah tadi.

          “Kau nak buat apa doe? Kau jangan macam macam Cap. Lain jadinya kang.” Perompak yang sedang berada di belakang Hafizah itu memberi amaran.

          “Bil air aku dah lama tertunggak ni. Aku nak clearkan kat perempuan ni. Jom kita try jom perempuan ni best ke tak.”

          “Kau nak mampus ke apa Cap?! Perempuan tua kot. Takkan kau berselera dengan perempuan tua? Kau ni dah kenapa Cap?”

          “Tua atau muda tu belakang kira. Janji dia perempuan. Aku dah tak tahan ni. Kau ikan tangan dia kat katil tu. Cepatlah!”

          “Aku tak nak campur doe. Kita datang sini nak rompak je. Mana ada rogol rogol bagai.”

          “Kalau kau tak nak, kau jangan cakap banyak. Biar aku je yang rasa. Kau tolong aku ikat dia je.”

          “Okaylah okaylah. Tapi nanti apa apa jadi kat kau, jangan libatkan aku okay. Aku tak nak bersubahat.”

          “Yalah...yalah...apa apa jadi nanti biar aku sorang je yang tanggung. Kau tak payah risau. Cepatlah ikat dia. Aku tak tahan dah ni.”

          Hafizah tidak tahu apa yang harus dia lakukan pada waktu itu. Dia hanya pasrah dan redha sahaja terhadap apa yang cuba dilakukan oleh kedua dua perompak itu. Dia cuba menjerit namun mulutnya telah disumbat dengan kain yang telah menekup mulutnya sejak tadi. Tidak cukup dengan itu, kain yang berada di dalam rongga mulutnya itu juga ditampal dengan pita pelekat dari bahagian luar mulut supaya kain itu tidak tersembul keluar. Bertambah sukarlah untuk dia meminta tolong kepada sesiapa.

          Dia cuba melawan dengan meronta ronta untuk melepaskan diri namun dia telah ditampar beberapa kali oleh kedua dua perompak itu. Kudrat perempuannya memang tidak terlawan dengan kudrat lelaki dua orang perompak itu. Dan akhirnya dia lemah dan tewas lalu kedua dua belah tangannya diikat dengan menggunakan tali yang entah dari mana pada kepala katil. Tiada apa yang mampu dia lakukan pada waktu itu selain pasrah dan menangis.

          Di ketika usianya mencecah 52 tahun, dia telah kehilangan dara secara paksa akibat diragut oleh seorang perompak yang durjana!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.