Ahad, 28 Ogos 2016

RAKYAT MALAYSIA SUKA GOSIP TETAPI BENCI ILMU

Image result for buku



Pengalaman saya selama beberapa bulan sebagai wartawan sambilan di sebuah portal berita telah membuka minda saya mengenai pembacaan rakyat Malaysia terutama golongan wanita. Jelas dan terang di situ, pembacaan rakyat Malaysia masih lagi di takuk yang lama.

Mengapa saya berkata sedemikian?

Apabila saya menghasilkan berita mengenai gosip dan artis – terutama tentang pelakon kacak bernama Raja Afiq yang berlakon sebagai Kapten Mukhriz dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz, artikel atau berita itu pasti akan mendapat perhatian yang tinggi daripada pembaca. Namun, apabila saya menghasilkan artikel seperti makanan makanan untuk mencegah kanser, artikel semacam itu pasti akan dipandang sepi.

Jumlah pembaca yang membaca perihal artis lebih tinggi daripada jumlah pembaca yang membaca artikel perihal ilmu pengetahuan.


Artikel yang saya hasilkan sekitar ilmu pengetahuan itu bukanlah sebuah artikel yang ‘berat’ seperti artikel mengenai sejarah, pemikiran, ekonomi, ataupun politik tetapi artikel tersebut lebih bersifat memberi tips tips penting dalam kehidupan seharian.

Apa yang menyedihkan, artikel yang membicarakan ilmu yang ‘ringan’ itu pun tidak mahu dibaca oleh pembaca. Jika saya menghasilkan artikel yang ‘berat’ sifatnya, pasti akan dibakulsampahkan oleh pembaca.    

Tidak salah pembaca membaca perihal gossip para artis sekadar untuk berhibur dan bersosial. Tetapi apa yang salah adalah pembaca menolak untuk membaca artikel artikel yang berkaitan dengan ilmu. Adakah rakyat Malaysia ini – terutama wanita – benci kepada ilmu?

Barulah saya faham mengapa negara ini bermasalah. Barulah saya faham mengapa masyarakat Malaysia tidak pernah maju. Rupa rupanya masyarakat Malaysia lebih suka pada gossip dan benci pada ilmu.

Jika beginilah taraf pembacaan rakyat Malaysia, memang negara ini tidak akan menjadi sebuah negara yang maju dan masyarakatnya pun tidak akan berkembang walaupun Malaysia dianggap (kononnya) akan menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. 

Jika diteliti beberapa kajian yang dibuat, rakyat Malaysia adalah antara rakyat di dunia yang malas membaca buku. Masakan membaca artikel artikel yang membicarakan ilmu di internet pun malas juga? Tepuk dada dan tanya iman kita.

Mahu menjadi sebuah negara yang maju atau masyarakat yang membangun mestilah dengan ilmu. Tanpa ilmu, kita bukan sahaja sukar untuk maju malah sukar untuk membangun juga.

Membaca artikel gossip itu boleh tetapi ia tidak mengembangkan minda masyarakat Malaysia. Ia akan terus membuatkan minda masyarakat Malaysia berada dalam khalayan dan fantasi yang tidak berkesudahan. 

Saya tertanya tanya juga, artikel yang anda sedang baca ini bolehkah mendapat bacaan yang tinggi daripada pembaca dalam keadaan rakyat Malaysia suka gossip dan benci ilmu.


2 ulasan:

  1. Jika dilihat rata-rata rakyat Malaysia juga sangat suka dengan rancangan raja lawak etc. lambakan rancangan yang berbentuk hiburan dan yg berkenaan artis juga adalah penyumbang kepada orang Malaysia khususnya orang melayu lebih cenderung kepada membaca yg berkenaan artis saja dan tidak hairan jika di pejabat semua akan cuba dijadikan bahan lawak, cakap merapu nombor satu. Bukan semua tapi ramai. Walaupun mereka lulusan universiti.susah nak dengar mereka berbicara perkara ilmiah.

    BalasPadam
  2. Adakah tuan baru sedar dengan keadaan ini.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.