BABAK 4 : DI BILIK GURU
Nota : Pada waktu tengah hari
Amirah : Kenapa kau termengah mengah ni Aida? Kau
berlari dari mana ni? Ada orang kejar kau ke?
Aida : Bukanlah. Aku ada berita penting ni nak
bagitahu kat kau. (tercungap-cungap)
Amirah : Berita penting? Apa dia? Cakaplah.
Aida : Kau ingat tak Danish? Budak lelaki
yang handsome gila tu lepas tu dapat straight A dalam SPM tahun
lepas?
Amirah : Ohhh Danish…mestilah aku kenal. Dia
selalu datang tuisyen kat rumah aku kot dulu. Aku la yang ajar dia Matematik
Tambahan masa dia SPM tahun lepas. Kenapa dengan dia?
Aida : Dia terlibat dalam kemalangan ngeri
pagi tadi. Cuba kau baca kat akhbar ni. (beri akhbar kepada Amirah)
Amirah : (Seusai membaca) Haah
la…Astaghfirullahalazim. Kesiannya dia.
Aida : Kesian kan? Muda muda lagi dah
meninggal. Eh kau tahu tak sekarang dia belajar kat mana?
Amirah : Yang aku tahu, lepas habis SPM hari
tu, dia sambung belajar kat UIA. Ambil Asasi Undang Undang.
Aida : Oh macam tu. Haihh, kesian kat budak
ni. Baru lapan belas tahun dah menemui ajal. Semoga Allah mencucuri rahmat
rohnya dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.
Amirah : Amin…begitulah hendaknya.
BABAK 5 : DI BILIK TIDUR AMIRAH DAN HAZIQ
Nota : Pada waktu malam
Haziq : Awak ada baca akhbar pagi tadi?
Amirah : Ada. kenapa bang?
Haziq : Ni berita pasal budak Danish yang
terlibat dalam kemalangan ngeri tu. Budak Danish tu budak yang selalu datang ke
rumah ni kan yang selalu tuisyen Matematik Tambahan dengan awak tu.
Amirah : Haah betul tu bang.
Haziq : Kesian kan dengan budak tu? Muda muda lagi dah meninggal. Haihh,
takut saya bila baca berita berita pasal kemalangan ngeri ni. .
Amirah : Dah ajal bang, nak buat macam mana. Bukankan jodoh dan ajal tu
di tangan Tuhan?
Haziq : Betul tu. Hmmm… (tersengih-sengih sambil
memandang ke arah Amirah)
Amirah : Kenapa abang sengih sengih pandang saya ni?
(bingung)
Haziq : Takdelah, sebenarnya abang gembira
sangat sangat sayang. Sebab kita nak dapat baby baru tak lama lagi.
Amirah : Saya pun gembira juga tapi… saya ada
sesuatu yang perlu saya beritahu pada abang. (kelihatan risau dan takut
takut)
Haziq : Apa dia? Cakaplah. (fokus pada Amirah)
Amirah : Tapi abang kena janji yang abang takkan
marah saya.
Haziq : Okay abang janji. Apa dia?
Amirah : Janji betul betul dulu.
Haziq : Ya sayang, abang janji abang takkan marah.
Cakap je la.
Amirah : Sebenarnya…
Haziq : Sebenarnya apa sayang? Cakaplah cepat. Abang
dah tak sabar ni. (teruja)
Amirah : Sebenarnya baby yang saya kandung ni
bukan anak abang. (menegur air liur kerana takut)
Haziq : Hah? Apa awak cakap?! (suara menjadi
keras dan terkejut)
Amirah : Maafkan saya bang. Saya rasa berdosa
sangat. Ampunkan saya bang. (menangis teresak-esak)
Haziq : Kejap kejap. Saya tak faham. Ulang
baik apa yang awak cakap tadi? (sudah mula mahu marah)
Amirah : Baby yang saya kandung ni sebenarnya
bukan anak abang. Tapi anak Danish. Maafkan saya bang sebab berlaku curang
dengan abang. Saya minta maaf banyak banyak. Saya terlalu mengikut nafsu
serakah saya. Saya tak fikir panjang masa tu. Saya dah terlanjur dengan Danish
beberapa kali masa abang takde kat rumah
pada waktu malam sampai saya mengandung. Maafkan saya bang. Maafkan saya. (menangis teresak esak sambil mencapai
tangan Haziq)
Haziq : Danish? Danish mana ni? Danish yang
selalu datang tuisyen kat rumah ni malam malam tu? Danish yang dah mati
kemalangan tu?
Amirah : Ya bang, maafkan saya bang. Ampunkan saya. (merayu
dan menangis)
Haziq : Astaghfirullahalazim… Sampai hati awak
curang dengan saya. Apa salah saya dengan awak? Kenapa awak buat saya macam ni?
(meradang)
Amirah : Ampunkan saya bang. Saya terlalu
mengikut nafsu masa tu. Ampunkan saya. (merayu)
Haziq : Saya tak sangka Amirah, macam ni
perangai awak. Awak perempuan bertudung, sembangyang tak tinggal tapi buat
benda terkutuk tu kat dalam rumah ni. Awak patut ajar Matematik Tambahan kat
budak tu, bukan ajar benda lain!
Amirah : Tapi dia yang goda saya bang. Dia yang
selalu ambil kesempatan atas saya.
Haziq : Arhhh…itu semua alasan! Kalau iman
awak kuat, kalau awak fikir yang saya ni suami awak, awak takkan buat macam tu!
Perempuan jenis apa awak ni hah?!
Amirah : Ampunkan saya bang. Saya tahu saya
berdosa. Sebab tu Allah hukum saya dengan bagi mimpi mimpi buruk kat saya tiap
tiap malam. Saya tahu tu peringatan dari Allah supaya saya mengaku dengan
abang. Maafkan saya bang. Saya tak nak mati macam Danish mati. Tolonglah bang
maafkan saya.
Haziq : Kau dah curang belakang aku, lepas tu
kau nak suruh aku ampunkan kau?! Jangan haraplah perempuan sundal! Kau dengar
sini Amirah binti Saufi, mulai hari ni aku ceraikan kau dengan talak tiga! Kau
boleh berambus dari rumah ni sekarang! Berambus!
BABAK 6 : DI RUMAH AQILAH
Nota : di tangga rumah Aqilah
Aqilah : Astaghfirullahalazim…kenapa la kau
boleh buat macam tu Mira? Kau kan tahu zina tu berdosa? Kenapa kau sanggup
curang dengan Haziq? Dia tu suami yang baik Mira. Sangat tak patut kau buat dia
macam tu.
Amirah : Aku terlalu mengikut nafsu masa tu
long. Aku tak tahu kenapa aku sanggup buat macam tu. Aku rasa bersalah sangat
dengan abang Haziq. (penuh rasa bersalah)
Aqilah : Sudahlah tu. Benda dah nak jadi. Nasi
dah pun jadi bubur. Aku harap kau lekas sedar benda ni. Segeralah memohon ampun
kepada Allah di atas dosa dosa zina yang telah kau lakukan tu.
Amirah : Insha Allah long. Terima kasih atas
nasihat tu. Dan terima kasih juga sebab sudi terima aku duduk kat rumah kau ni.
Kalau kau takde, aku tak tahu nak pergi ke mana.
Aqilah : Aku ni kan kakak kau. Kita berdua
sahaja yang masih tinggal dalam dunia ni. Ahli keluarga kita yang lain semuanya
dah meninggal dunia. Kalau aku tak tolong kau, siapa lagi yang nak tolong kau.
Lagipun kau je la satu satunya ahli keluarga aku yang masih ada dalam dunia ni.
Amirah : …. (hanya diam dan kelihatan seperti
termenung)
Aqilah : Kau cuti sampai bila Mira?
Amirah : Aku tak cuti long. Aku berhenti kerja terus.
Aqilah : Apa? Kenapa kau berhenti?
Amirah : Aku tak boleh kerja long. Aku malu
dengan diri aku. Aku malu nak jadi cikgu setelah apa yang telah aku lakukan
selama ni. Aku rasa berdosa dengan diri aku. Aku rasa berdosa dengan Allah. Aku
rasa berdosa dengan abang Haziq dan aku rasa berdosa dengan anak anak murid
aku. (mula mengalirkan air mata)
Aqilah : Takpelah. Kau duduk je la kat rumah
aku ni sampai bila yang kau nak. Pasal belanja semua kau tak payah la risau.
Gaji aku sebagai cikgu kat sekolah tu cukup nak tanggung kita berdua makan.
Lagipun aku ni duduk sorang. Kalau kau ada boleh jugalah temankan aku kat rumah
ni. Tapi aku harap kau selesalah duduk kat rumah kampung aku ni. Ye la…ni rumah
kampung je. Tak sebagus rumah kau kat Kuala Lumpur tu.
Amirah : Takpe long. Dapat duduk kat rumah ni
pun dah cukup baik dah. Aku dah rasa bersyukur sangat.
Aqilah : Hmmm…yalah. Sudahlah tu. Janganlah
menangis lagi. Kau kena jaga kesihatan kau dengan kesihatan bayi dalam
kandungan kau tu. Kau jangan stress sangat. Nanti beri kesan buruk pada diri
kau dengan bayi dalam kandungan kau tu.
Amirah : … (sekadar mengangguk)
BACA BAB 1, 2, dan 3 di sini ---> DRAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.